1

7 1 0
                                    

" TCH..malas nye nak pergi kuliah!" keluh Thaqif sambil menutup mukanya dengan bantal.

Memang kerjanya suka mengeluh kalau waktu dia rehatkan diri diganggu.Tipikal seorang yang bijak tapi malas belajar. Sabo jelaaa..

"Tengku Thaqif Arasyah! Kamu bangun tak lagi tu..dah pukul berapa ni.. tak reti-reti lagi ke nak turun haa?!" laung Datin Dahlia dari bawah.


Dia menuju ke arah bilik anak terunanya itu .Thaqif yang mendengar suara petir mamanya terus mengalihkan bantal daripada muka.

"Ya mamaaa...Thaqif dah bangun la...tengah bersiap ha" jawab Thaqif malas.Dia menekup semula bantal di atas mukanya dan mengubah posisi dengan berbaring terlentang. Datin Dahlia naik ke atas. Thaqif,dengar boleh percaya jangan. Datin Dahlia dah kenal sangat perangai si Thaqif tu.

Pintu bilik dibuka dan Datin Dahlia sudah bercekak pinggang sambil menggelengkan kepala.

"Ooo..tengah bersiap?Habis kenapa masih berbaring macam gorgon panggang lagi atas katil ni ha?! Bangun sekarang sebelum mama piat telinga kamu!" garang Datin Dahlia memarahi anaknya.

Terkejut Thaqif dengan jerkahan mamanya . Lantas dia dengan segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Kalau ye pun terkejut,tuala tu jangan lupa ambil.Nanti nak keringkan badan pakai apa?" perli Datin Dahlia.Aduhai mama..kalau tak memerli dalam sehari memang tak sah.

Thaqif dengan perlahan-lahan membuka sedikit pintu bilik air dan menghulurkan tangan.

Datin Dahlia dengan malas bergerak ke arah anaknya lantas meletakkan tuala diatas tangan Thaqif.

"Hehe..sorry la mama..jangan marah ii nanti cepat beruban" kata Thaqif tidak bersalah .Dia dengan cepat menutup semula pintu dan membuka shower setelah melihat muka menyinga mamanya.Seram matt.

Paginya memang tak lengkap kalau tak mendengar mamanya itu tidak bising. Pening kepala Datin Dahlia melayan karenah Si Thaqif.Adehhh..

***

Tengku Thaqif Arasyah dengan bergaya memasuki kawasan universiti menaiki Buggati Chiron yang dihadiahkan oleh papanya sempena kejayaannya mendapat 4 flat bagi semester lepas.

Some useful information, now he is continuing his study in master of Chemicals Engineering and will graduate two years from now.

Dia memakirkan kereta tersebut di kawasan yang telah dikhaskan untuk pelajar.

Turun sahaja daripada kereta,dia disambut dengan jeritan gadis-gadis yang sering memuja ketampanannya.Macam mana orang tak tercrush kalau diri tu cukup package!

Dengan rambutnya yang kemas disikat rapi..pakaian yang kena dengan gaya..kaya..tinggi....jawline yang tajam..bibir dan kening yang cantik terbentuk...ada mix Thai-Malay...fuhhh..menggetarkan hati semua wanita! eceee..

Tetapi..satu je perangai dia yang buat ramai tak berani nak dekat..His killing eyes and cold personality.Sekali si Thaqif ni tenung orang..kalau boleh nak kasi tembus.Seram wooo..satu lagi perangai...kalau mamat ni buka mulut..sampai esok yang dengar tu menangis tak berlagu..laser amat!

Sewaktu sedang menutup pintu kereta..dia terdengar suara sumbang seekor katak jadian menjerit...

"Oiii !!! Thaqiff !! Dah sampai dahhh pujaan hati kanda student ii perempuan . Asal kau lambat bro?!" jerit Ryan lantas menepuk belakang Thaqif.Sangat kuat sehinggakan Thaqif terdorong ke hadapan.

Who Are You?Where stories live. Discover now