BAB 19

3.8K 463 79
                                    

"Dayyan."

"Dayyan."

"Kau tak nak bernikah ke bang? Bangunlah gila!"

Perlahan-lahan mata Dayyan terbuka sebelum dengan mengejut dia bangun dari pembaringan. Dipandang wajah adiknya itu dengan mata yang bulat.

"Nayla? Dia ada?"

Danni memandang wajah abangnya itu dengan dahi yang berkerut. Hairan. Bangun-bangun terus sebut nama bakal bini. Tahulah dah nak nikah pun.

"Kak Nayla mestilah ada. Dia dah bersiap tunggu masa nak pergi masjid saja. Kau tu yang masih terbongkang atas katil ni." Perli Danni selamba. Telefon pintar dikeluarkan dari poket baju melayunya yang berwarna kelabu.

Harini tema mereka kelabu kecuali Dayyan dan Nayla. Pasangan pengantin sesuai warna putih.

Dayyan meraup rambutnya kebelakang dengan mata yang terpejam. Keluhan lega dilepaskan mengenangkan itu hanyalah sebuah mimpi.

"Dia tak larikan? Tak menghilang secara tiba-tiba?" Soal Dayyan lagi. Cuma mahukan kepastian.

"Ada yang aku hempuk sampai koma nanti. Tak kau yang nikah dengan kak Nayla, aku pula yang nikah dengan dia." Kata Danni geram.

Skrin telefonnya yang memamparkan gambar Nayla yang sudah bersiap dengan persalinan baju pernikahan itu ditunjukkan pada abangnya. "Dah siap dah haa. Nak lari apanya lagi."

Automatik bibir Dayyan menarik senyuman selepas melihat wajah cantik itu. Persis bidadari. Bidadari Dayyan Akhtar.

"Gila. Orang mabuk bercinta memang macam ni." Gumam Danni perlahan. Telefon itu kembali disimpan ke dalam poket baju melayu sebelum menarik lengan kekar abangnya itu untuk berdiri.

"Pergi mandilah. Kau ni melambatkan proses pernikahan kau dengan kak Nayla." Kata Danni. Ditolak tubuh abangnya itu sehingga ke hadapan muka pintu bilik air.

"Cantik betulkan bakal bini aku, Danni." Kata Dayyan yang masih tersenyum itu. Angau.

"Kau bersiap!" Arah Danni. Mata dijulingkan ke atas tanda menyampah.

Tak hormat orang single!

"Aku tak sabar nak jadikan dia isteri aku, Danni!" Kata Dayyan lagi. Sengaja nak sakitkan hati adiknya itu.

"Dah tak sabar tu pergilah mandi! Air tu takkan datang dekat kau sendiri." Tuala dilempar kepada Dayyan sebelum dia melangkah keluar dari bilik abangnya itu. Angaulah dia sorang-sorang. Danni tak nak sebab Danni masih bujang.

"Thank goodness it was just a dream." Gumamnya perlahan sebelum masuk ke dalam bilik air dengan senang hati.

Lepasni dah boleh peluk Nayla ketat-ketat!






Nayla duduk bersimpuh di atas bantal yang sudah dikhas untuknya. Matanya naik memandang belakang tubuh Dayyan yang sedang berhadapan dengan daddynya, Malik AlQadr. Perlahan-lahan bibirnya menarik senyuman.

Finally! Pernantian yang berharga.

"Puteri mommy dah sedia?" Soal Nadra yang duduk bersimpuh disebelah anaknya itu. Dipandang wajah cantik puteri sulungnya itu dengan penuh kasih.

Nayla seorang anak yang kuat. Pernah membesar selama tiga tahun tanpanya di sisi. Nayla pembawa kebahagiaan kepada dirinya dan Malik. Mengenangkan hal itu membuatkan mata Nadra berkaca-kaca.

"Nayla dah sedia tetapi kenapa mommy nak nangis? Mommy kenalah senyum. Kalau mommy nangis nanti Nayla pun nangis." Kata Nayla perlahan. Bibir dicebik sedih dengan sebelah tangan naik mengusap lembut sisi wajah mommynya itu.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now