"Fuck.."Hairul merintih kesakitan sambil menunggu gilirannya untuk dirawat di hospital itu. Lengan yang berlumuran darah itu ditekup dengan sapu tangannya.
"Shit! Woi, lama lagi ke bangsat!" Jerit Hairul kuat sehingga semua jururawat di situ memandang kearahnya. Mereka semua terus diam menikus melihat wajah bengisnya ketika itu.
"Pandang apa? Tak nak tolong ke?!"
Diam lagi. Jururawat jenis apa ni? Takde sorang pun yang ingin menolongnya.
Sebab dia bertatu? Tahulah tatunya kelihatan menyeramkan tetapi dia masih lagi seorang manusia yang memerlukan rawatan. Sebab dia tinggi besar macam Samsung? Mungkin?
Ni semua salah Garcell!
Boleh pulak mamat tu tembak dia sebab rambutnya menyerupai warna rusa. COKLAT. Alasan apakah itu? Aku tahu dia tengah melampiaskan marahnya selepas dihukum boss kami.
Gadis yang ditangkap itu hanyalah gadis biasa yang boleh berbahasa Perancis. Ingatkan musuh tapi hanya budak hingusan yang terlebih bijak! Terkejut mereka apabila si boss, ketua mafia ingin menghukum mereka bertiga, Hairul, Garcell dan Alan. Hanya kerana kesilapan kecil, kena hukum jugak! Dasar The King!
Ivan Xavier,ketua mafia The King!
Lelaki yang berambut hitam.
Pandangannya tajam memanah.
Tiada belas kasihan.
Dingin.
Bijak.
Hensem.
"Aku lagi hensem, hehe.." jururawat yang berhampiran dengan Hairul memandangnya pelik. Tadi bukan main bengis tapi tiba gelak. Sudah gila kah?
"Ermm...encik?"
Hairul dengan pantas beriak tenang apabila seorang jururawat menegurnya. Terus berlagak macho. Dia berdehem kecil.
"Ehem...ya saya?"
Jururawat itu menyimpul senyum dalam diam kerana gelagat Hairul yang lucu tadi. "Giliran encik dah tiba, sila pergi ke room 17." Balas jururawat itu lembut. Hairul tersengih kecil.
"Sorry tak perasan. Terima kasih." Dia seraya bangun mengikuti jururawat tersebut ke bilik 17. Sapu tangan tersebut diikat kemas di lengannya untuk mengurangkan pendarahan.
Seorang budak kecil memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar apabila dia melalui bilik 15. Pesakit ke budak ni?
"Wahh.."
"Apa pandang pandang?" Terus budak itu bertempiaran lari. Tahu takut. Kau ingat cool sangat ke bila cedera ni? Tak hot and kebaboom lah, sakit tahu tak!
"Okay encik. Boleh masuk. Nanti doktor datang rawat..."
Hairul menangkap sesusuk tubuh yang familiar di sebelahnya. Matanya memandang kearah belakang jururawat tersebut. Macam kenal.
Seorang gadis yang memakai baju hospital itu direnungnya. Kepala gadis yang bersarungkan anak tudung itu memang familiar sangat di matanya walaupun gadis itu tidak memakai tudung. Dari restoran hari tu kan? Tapi siapa?
"Encik?"
Hairul lekas tersenyum sumbing sambil menggangguk faham. Jururawat itu membalas senyuman lalu tangannya membukakan pintu bilik tersebut kepada Hairul.
"Err..sis? Suster? Siste-, Nurse! Haaa.. nurse. Saya nak tanya, siapa yang duduk kat bilik 16?" Tanya Hairul menginginkan kepastian. Dia separuh yakin dengan sangkaannya sekarang ini. Apa ek nama budak tu..Hairul mengusap dagu.
YOU ARE READING
SURVIVE
Любовные романыSurvive. Ya, itulah matlamat gadis itu. Tak kisahlah dia sambung belajar ke tidak, kerja cuci pinggan ka, cleaner ka atau apa-apa pun pekerjaan walaupun bersekolah. Kenapa? Kau tanya kenapa? 'Huh, you asked me why?" "Woi, bak sini duit kau, kau dah...