"Kesian anak papa .. Sebabkan salah papa, Jaeyun jadi mangsa"
Taehyung memandang Jaeyun yang baru sahaja tidur selepas makan ubat. Dah 3 hari 3 malam mereka berkampung di hospital sebabkan Jaeyun terkena jangkitan bakteria dan demam panas.
"Ibu tak jahat sayang. Ibu sayangkan kamu sangat-sangat. Mungkin ada sebab ibu buat macam tu. Papa janji papa akan kembalikan Jaeyun dekat ibu balik. Ibu lagi penting"
Dahi Jaeyun dicium. Dia membetulkan selimut yang menutup badan Jaeyun sebelum keluar ke kafeteria untuk membeli secawan kopi buatnya.
"Kopi panas satu. Minum sini"
Dengan berbekalkan roti, dia menunggu airnya untuk siap. Tiba-tiba sahaja fikiran Taehyung melayang memikirkan hal petang tadi di taman permainan.
Throwback ...
"Thalea. Sini sayang. Jom kita tunggu daddy awak. Daddy awak nak datang ambil kejap lagi"
"Hmm? Daddy Thalea? Siapa tu?" Tanya Hanny yang turut ada di situ menjaga Thalea ketika bermain di taman.
"Ayah Thalea la. Takkan taktahu?"
"Daddy ... Thalea orang lain? Saya tak faham hahaha"
"Thalea bukan anak kandung saya "
"Maksudnya ? Bukan anak puan Jihyo? "
"Anak Jihyo. Nampak muka dia sama macam ibu dia. Cantik"
Hanny tergelak. Dia masih cuba menangkap apa yang Taehyung cuba sampaikan.
"Jadi.. ayah kandung Thalea siapa? "
Seorang lelaki berbaju suit lengkap berdiri tegak di kiri Taehyung. Hanny terkejut melihat lelaki yang sangat dikenalinya ada disitu.
"Hai Taehyung. Hello anak daddy"
"Daddyy !!! " Thalea dah sedia mendepa tangan untuk Jimin mendukung dia.
"Awal kau datang. Ha kenalkan ini .. "
"Hanny ?? Apa kau buat dekat sini? " Tanya Jimin yang terlebih dahulu memanggil nama Hanny kerana terkejut sepupunya ada di sebelah Taehyung.
"Eh korang kenal rupanya ! " Taehyung
"Kejap ! Kajja ! Jadi... Thalea anak kepada Jimin? Puan Jihyo ... Puan Jihyo dekat mana sekarang ??! " Keadaan tiba tiba jadi kelam kabut bila Hanny mencari Jihyo.
"Dia tak ada. Dia dekat US la" kata Jimin
"Puan Jihyo.. dah kahwin dengan Dong Wook...? "
Taehyung makin pelik. Macam mana Hanny boleh tahu semua ini? Kenapa dia terkejut seperti ada sesuatu yang tidak kena?
"Kenapa Hanny? " tanya Taehyung
YOU ARE READING
HALF SOUL 2 | K T H
Fanfiction• HALF SOUL SEASON 2 • "You buat macam ni sebab dendam ke, Jihyo? Dendam 8 tahun yang lepas?" "Aku tak izinkan kau jumpa lelaki tu dan anak anak kau lagi. Kau tahu apa yang aku boleh buat dekat kau kan?" Demi cinta dan pengorbanan, biarlah dia yan...