5

9.8K 415 23
                                    

ORKED tersedar setelah lama tidak menyedarkan diri dek kerana ubat yang ditekup ke mulutnya oleh seseorang yang tidak dikenali, kepala yang terasa berpusing disentuh mengunakan tangannya.

Saat kotak mindanya sudah kembali mengingati perkara yang berlaku sebelum pandangannya berubah gelap, Orked pantas bangkit namun dia tidak bisa bergerak kerana kakinya sudah dirantaikan dengan rantai besi. Keadaan sekeliling dipandang. Gelap gelita, tiada langsung sebarang cahaya yang membolehkan dia untuk melihat kawasan bilik yang didudukinya.

Orked sudah mengigil ketakutan. Wajah menakutkan lelaki yang menculiknya kembali terbayang. Rantai yang mengikat kakinya cuba ditarik tetapi malang rantai tersebut hanya boleh dilepaskan menggunakan kunci.

"T-tolong sesiapa.. lepaskan saya." Meskipun Orked sedar perbuatan itu sia-sia namun dia tetap ingin berusaha.

"Ya Allah bantu lah hambaMu ini.."

"Tak perlu nak minta bantuan dari Tuhan sangat dekat sini!" Satu suara gurau menjerkahnya, Orked tersentak. Suara kepada pemilik suara tadi cuba dicari walaupun dia langsung tidak dapat melihat apa-apa di hadapannya.

"Encik.. tolong lepaskan saya. Ada orang culik saya tadi, s-saya tak tahu sebab kenapa. Tolong encik," pinta Orked bersama tangisan yang sudah mengalir perlahan dari tubir matanya. Lelaki tadi tertawa galak sebelum keadaan berubah sunyi semula.

Kedengaran tapak kaki melangkah membuatkan Orked pantas menapak ke belakang sehingga tubuhnya bertemu dengan dinding berlumut.

TAP!

Lampu terbuka menerangi seluruh isi bilik tersebut, Orked pantas mengosok kelopak matanya yang terasa pedih kerana menerima cahaya secara tiba-tiba. Saat pandangannya berubah menjadi jelas kembali, kornea matanya menangkap tubuh seorang lelaki yang sedang memandangnya bengis sambil berpeluk tubuh tidak jauh darinya.

"Look who's here, my little beast." Ujarnya bersama pandangan tajam berserta seringai sinis. Orked tidak mengerti maksud lelaki itu, kenapa lelaki itu mengelarnya sebegitu? Dia tidak mengenali langsung lelaki yang sedang merenungnya tajam sekarang ini.

"Encik.. tolong lepaskan saya. Saya tak kenal encik siapa. Saya rasa encik salah orang. S-saya─" lelaki itu segera merapati Orked lalu mencengkam kuat pipi Orked sehingga gadis itu meringis kesakitan.

"Diam! Siapa bagi kau izin untuk bercakap sundal? Kau nak aku pecahkan mulut kau ni supaya kau dah tak boleh cakap selamanya ke?" Herdiknya kuat, tangisan Orked semakin hebat di saat lelaki itu menyakitinya. Di tambah lagi, pandangan menakutkan dari lelaki itu mengecutkan perut Orked.

"Perempuan sial macam kau sepatutnya tak layak hidup kau tahu tak? Sepatutnya perempuan macam ni kau ni dibunuh dan daging kau sepatutnya diagihkan kepada anjing-anjing terbiar! Tapi aku taknak senangkan kematian kau... lepas apa kau dah buat pada adik aku. Kau fikir kau boleh sekadar mati dan jumpa Tuhan macam itu sahaja? Kau silap... aku akan pastikan kau terima seksaan paling ngeri sehingga kematian yang kau dambakan!" Cengkaman di pipi Orked dilepaskan kasar menyebabkan gadis itu terduduk ke lantai yang berlumut tersebut.

Kesan merah mulai timbul di pipi Orked di saat cengkaman dilepaskan.

"S-saya tak kenal encik siapa. Saya tak faham maksud encik." Orked masih berkeras hendak menegakkan kebenaran bahawa dia tidak mengenali lelaki ini.

Lelaki itu berdecit sinis sebelum menarik wajah Orked kembali lalu ditampar berulang kali sehingga bibir merah jambu yang suci tanpa sebarang coletan gincu itu pecah dan dilumuri darah. Tangan berurat lelaki itu cuba ditahan.

"E-encik.."

Lelaki itu masih tidak berhenti menampar wajah jelita milik Orked sehingga pegangan tangan Orked berubah menjadi lemah. Darah pekat mengalir keluar dari mulut serta bibirnya. Sakit, itu sahaja yang dirasakan Orked saat ini. Kenapa lelaki itu mengasarinya sedangnya dia langsung tidak mengenali lelaki itu.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now