Aku benci Danielle. Dia selalu tersenyum riang, mempunyai banyak teman dan sepertinya dia tiada masalah.
Aku tak suka senyumannya.
Padahal dia baik kepadaku.
Kenapa aku boleh berfikiran seperti ini? Aku memang orang yang paling teruk di dunia. Aku cuba mencari sebab kenapa aku membencinya tapi aku tak punya sebab itu. Aku hanya membencinya kerana dia adalah dia.
Aku ingin melihatnya menangis walaupun sekali saja.
Bagaimana, ya?