PUAN SRI MELUR mengeluh perlahan saat tangannya mengambil bingkai gambar anak perempuannya yang sedang tersenyum manis. Wajah manis anak daranya diusap perlahan, rindu terhadap anak perempuannya tidak dapat dibendung lagi memandangkan ketika hari jadinya, bayangan anaknya langsung tidak muncul seperti yang diharapkan.
Tulang punggung dijatuhkan ke atas sofa. Dia sedar anaknya sedang sibuk belajar jadi dia tidak mahu menganggu anaknya. Di tambah lagi, anak perempuannya mengatakan sekarang sedang minggu peperiksaan sebelum semester berakhir.
Keluhan berat sekali lagi dilepaskan.
Terasa bahunya disentuh membuatkan Puan Sri Melur segera memandang ke arah insan yang sedang memegang bahunya. Senyuman berbalas lalu ruang diberikan sedikit untuk suaminya melabuhkan punggung.
"Dah beberapa hari abang tengok Melur asyik bermuram. Takkan masih sedih kerana Orked tak pulang masa sambutan hari jadi sayang." Ujar Tan Sri Rahmat lembut, tangan isterinya dipegang lalu digenggam erat.
Puan Sri Melur mengeluh buat kesekian kali. Bingkai gambar anaknya diletakkan ke atas meja di hadapannya.
"Hmm ini pertama kali Orked tiada waktu menyambut birthday saya abang. Abang sendiri tahu Orked sentiasa datang walaupun dia sibuk macam mana sekalipun." Kedudukan dengan suami tercinta dirapatkan sebelum kepalanya disandarkan ke lengan Tan Sri Rahmat.
"Abang tahu tapi Melur sendiri kena faham situasi anak kita. Dia sedang sibuk. Lagipula, Orked sendiri bagitahu kita sekarang ini tengah musim menjawab exam. Tak lama lagi semester tamat. Orked akan pulang ke rumah juga." Pujuk Tan Sri Rahmat, rambut lurus isterinya sempat dikucup kasih. Meskipun usia perkahwinan mereka sudah berbelas tahun tapi rasa cintanya pada sang isteri sama seperti saat mereka baru bercinta.
"Hmmm,"
Lengan pejal Tan Sri Rahmat dipeluk erat.
"Melur rindukan Orked. Abang sendiri tahu dah berapa lama Orked tak pulang ke rumah." Luahnya lagi, melepaskan segala perkara yang dipendam sendiri selama ini.
"Abang tahu tapi Dahlia kan ada? Melur cuba ajak Dahlia. Dahlia pun anak Melur juga sayang. Lagipun, abang rasa sekarang ini masa yang baik untuk pulihkan hubungan Melur dengan Dahlia. Hari itu, Dahlia datang kan ke majlis?" Puan Sri Melur terdiam selepas mendengar sebaris nama tersebut.
Anak sulungnya namun hubungan mereka keruh sejak Dahlia memasuki sekolah menengah. Selepas sahaja tamat PMR, gadis itu terus membuat keputusan untuk berpindah rumah. Tinggal bersama orang tuanya.
Sejak itu, Puan Sri Melur jarang bertemu dengan Dahlia. Bukan kerana dia sebagai ibu tidak cuba untuk memujuk Dahlia kembali tetapi dek kerana sikap anaknya yang terlalu keras kepala. Menuduhnya menjadi ibu yang memilih kasih, sedangkan kasihnya buat mereka terbahagi sama rata dari dulu sehingga sekarang.
"Bukan Melur tak mahu membaikkan hubungan dengan Dahlia tetapi anak kita terlalu bencikan Melur sebagai ibunya. Hari itu pun, Melur cuba berbual dengan dia tapi lepas sahaja berikan hadiah, dia terus pulang." Sayu kedengaran nada Puan Sri Melur. Hati ibu mana yang tidak kecewa menerima layanan dingin dari anaknya sendiri?
Tan Sri Rahmat mengurut perlahan belakang Puan Sri Melur bagi menenangkan sang isteri. Dia sebagai suami turut pening memikirkan keluarga mereka yang rengang kerana perkara kecil.
Walaupun Dahlia dan Orked bukanlah anak kandungnya namun dia sudah bersama mereka sejak mereka berusia lima tahun. Hubungan mereka rapat sudah sama seperti seorang ayah dengan anak perempuannya. Kasih sayang yang diberikan kepada Orked dan Dahlia tulus tidak berbelah bahagi.
"Nanti abang usahakan pujuk Dahlia."
"Hmmm terima kasih abang. Melur harap sangat anak kita dapat maafkan Melur dan kembali semula menjadi anak kita seperti dahulu," tubir mata yang berair dihapuskan mengunakan jemarinya. Setiap kali memikirkan perihal Dahlia, air matanya sebagai seorang ibu pasti mengalir.
ANDA SEDANG MEMBACA
THEO'S [EBOOK]
Romance[EBOOK READY FILE] RM 25 : 2600 Pages. SENTIASA AVAILABLE! WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SEND...
![THEO'S [EBOOK]](https://img.wattpad.com/cover/337884808-64-k563271.jpg)