THE DOLL - ONESHOT

637 34 8
                                    

Assalamualaikum, Bismillah

---------------------------------------


The Doll



Tahun 1786


Saya amat meminati seorang lelaki ini.Cinta saya mula terbit selepas dia siap mengukir saya.Namun..saya hanya dapat lihat dia dari jauh,kerana dia sudah mempunyai teman wanita.Walaupun ukiran saya adalah hadiah daripada lelaki yang saya minati kepada kekasihnya.Saya tetap mahukan kasih sayang!.

Jadi saya perlu membunuh tuan saya!.Gantungkan tuan saya dan buatkan seperti dia bunuh diri!.Namun..lelaki yang saya minati difitnah atas perbuatan saya.Polis langsung tidak memberi peluang untuk dia bersuara malah mengheretnya ke dalam hutan dan menghempap kepalanya dengan sebuah batu besar! Lalu menanamnya dalam keadaan masih hidup!.Saya mungkin bersalah namun..polis jahanam itu lebih teruk!.Saya berdendam saya harus membalas dendam!.Iya itu yang pasti keturunan polis itu WAJIB MATI!!.

Tahun 2038

Kedengaran sebuah kereta mewah meluncur laju melusuri sebuah hutan simpan Korea.Pemandu kereta mewah berjenama HyunBoi merupakan seorang wanita rupawan.Bernama Song Ji Hyo.

"Hello!.. boleh berhenti sekejap!".Kedengaran seorang lelaki muda memegang kamera antik cuba memberhentikan kereta Song Ji Hyo.Kereta Song Ji Hyo berhenti tepat-tepat berdekatan dengan seorang lelaki muda itu."Ye kenapa".Tanya Song Ji Hyo kepada pemuda itu."Erm nama saya DO Kyung Soo.Panggil DO ja".Kata DO sambil menghulurkan tangan kepada Ji Hyo tanda perkenalan."Saya Song Ji Hyo..panggil Ji Hyo saja".Kata Ji Hyo tanda membalas salam perkenalan oleh DO tadi."Nak kemana?".Tanya DO."Rumah Agam menyimpanan patung BJD".Kata Ji Hyo sambil tersenyum manis kearah DO."Eh samalah saya boleh tumpang?".Kata DO sambil membuat muka comel."Hehe boleh saja masuklah ".Kata Ji Hyo sambil menekan punat khas membuka pintu sebelah Ji Hyo.

"Kenapa bawa kamera antik tu?".Tanya Ji Hyo selepas 1 jam membawa kereta tanpa berbual dengan rakan baharunya."Ouh ini kamera dari Moyang saya.Datuk Moyang saya beri kepadanya dan kamera antik ini bertukar tangan dengan saya".Kata DO dengan panjang lebar.Dia bangga kerana rata-rata ahli keluarganya pandai menyimpan barang antik."Ouh ha! sampai pun kita".Kata Ji Hyo sambil memandang ke rumah agam yang besar itu.

"Wah ada orang datang lagilah!".Kedengaran seorang lelaki yang sedikit pendek berlari kearah kereta mewah Song Ji Hyo."Hai".Sapa Ji Hyo kepada lelaki itu."Hai nama saya Ha Dong Hoon panggil Haha saja".Kata Haha sambil tersenyum kearah Ji Hyo dan DO."Saya Ji Hyo dan ini DO".Kata Ji Hyo memperkenalkan DO yang asyik menangkap gambar kenangan."Hah itu Jong Kook,dia tak cakap banyak pelik saya tengok perangai dia".Kata Haha sambil menunjukkan kearah seorang lelaki yang bertubuh sasa memegang sebuah patung BJD lelaki.

Ji Hyo yang memang menyukai patung BJD cuba melihat dengan lebih dekat namun dihalang olehnya.Entah mengapa? Jong Kook seperti menjaga patung BJD itu dengan rapi.Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari rumah agam itu.Ji Hyo pasti itu adalah tuan rumah agam itu."Cik cik berempat diminta masuk kedalam rumah ini Tuan Rumah agam ini ingin merasmikan penjumpaan kita.".Rupanya itu adalah pembantu rumah sahaja.Jadi tekaan Ji Hyo tersasar.

"Hai..dan salam sejahtera Ji Na Ra.Tuan rumah agam ini".Kata Nara tanpa senyuman.Nara yang berusia lewat 30-an duduk diatas kerusi roda.Namun kesombongannya membuatkan keempat-empat manusia itu menjeling ketidakpuasanhati."Ini kunci bilik kalian..pergi bersiap kita ada makan malam".Kata Nara sambil memberi kunci bilik kepada keempat mereka.

"OMG!!."Jeritan Ji Hyo bergema sebaik sahaja melangkah masuk kedalam biliknya.Sebuah patung BJD besar memegang cermin dengan cara yang amat menakutkan.Sebaik sahaja sedar itu adalah patung.Ji Hyo mengurut dadanya yang berombak kencang."Huh kreatifnya..nak luruh jantung aku tengok kekreatifan mereka ni".Kata Ji Hyo.Dia mencapai telefon bimbit yang mempunyai kamera berpiksel tinggi dan mengambil gambarnya.Dia melawat dibilik rakan-rakannya yang lain dan mendapati di setiap akan ada satu patung BJD besar membuat 'pergerakan'.

THE DOLLWhere stories live. Discover now