" no mama " rossa meninggikan suara sambil menghentakkan kaki menuju ke sofa. duduk rapat di sebelah mama nya Puan Nadine, dengan wajah yang jelas menunjukkan kemarahan.
Puan Nadine memandang rossa dengan penuh kesabaran , suaranya lemah lembut "Rossa , tolonglah dengar cakap mama , mama minta rossa kenal - kenal dulu je kan sayang "
"Seriously mama , rossa baru je sembilan belas tahun . Tak kan nak kahwin sekarang ? rossa nak enjoy dulu lah mama " berat hatinya untuk menerima Cadangan itu.
"Cuba lah kenal - kenal dulu rossa Mana tahu serasi " pujuk Puan Nadine dengan lembut
"Kalau nanti rossa kahwin, macam mana kalau suami rossa dera rossa atau tak bagi rossa keluar ? Kalau dia halang rossa jumpa mama dan papa, nak ke rossa hidup macam tu? Lebih baik rossa hidup sendiri. Rossa tak perlukan lelaki untuk hidup lah " tegas rossa
Tuan Norman, yang selama ini mendengar, tiba-tiba bersuara dengan nada tegas " rossa , Susah sangat ke nak dengar cakap ? Semua ni untuk kebaikan rossa . Tolonglah, jangan fikir negatif sangat , mama dengan papa ni makin tua , sebelum menghembus kan nafas terakhir kami nak tengok anak perempuan yang kami besarkan ni terjaga , cukup lah abang kamu je degil "
Papa melangkah ke ruang tamu, wajahnya tegang, memaksa dirinya untuk campur tangan dalam pertengkaran yang semakin hangat antara isteri dan anaknya. rossa terdiam, jelas kelihatan rasa takutnya terhadap ayahnya.
" tapi papa , rossa tak ready lah nak berkeluarga, nak pikul tanggung jawab jadi isteri lagi " jawab rossa perlahan, suaranya hampir seperti bisikan.
" rossa , mana dengan papa tak minta rossa kawin sekarang . Papa dan mama cuma nak rossa berkawan dengan anak kawan papa dengan mama dulu. Serasi atau tidak, itu belakang cerita. Tapi sekarang , kami nak rossa cuba kenal dia dulu."
" Yela , rossa cuba kenal dengan dia " kata rossa terpaksa mengalah.
"Alhamdulillah... okay, esok rossa jumpa dia okay?" Mama dan papa kelihatan agak gembira selepas rossa bersetuju untuk berkenalan dengan lelaki pilihan mereka.
"Tapi rossa tak tahu pun rupa dia macam mana, Nama dia , Perangai dia ok ke tak " rossa terfikir
"Jangan risau, mama dan papa dah aturkan semua." Mama menjawab dengan semangat, cuba menenangkan hati anaknya.
"Nama anak Reyhan apa?" soal papa kepada mama.
"Nick Rifae'l, kalau tak silap," jawab mama sambil tersenyum.
"Dia Islam ke? Asal dari mana?" soal rossa agak curiga.
"Dia Islam, tapi dia membesar di Spain," jawab mama, rossa mengangguk kepala tanda faham .
"Jangan risau tau, rossa ," kata papa dan mama tersenyum , sambil mengangguk kepala .rossa mengangkat kening, memikirkan apa yang ada dalam fikiran mama dan papanya kali ni.
"Rossa naik atas dulu , mama dengan papa uruskan lah apa yang patut," kata rossa , menyerahkan segala urusan kepada mama dan papa .
---
"Nick setuju je" kata Nick dengan nada tenang , sambil menilik gambar Rossa di telefon ibu nya . Dalam hatinya merasakan sesuatu melihat wajah gadis ini tapi dia masih tertanya - tanya macam mana dengan tingkah laku dan per watakka rossa ni ? Banyak persoalan bermain di fikirannya.
"Bapak ah , macam tu je abang setuju?" usik adiknya ketawa terbahak bahak , nick menarik rambut adik nya itu tidak kuat .
"kalau nick setuju, nanti ibu dan ayah uruskan semua . Kamu dengan Rossa tinggal nak jumpa je," ibu tersenyum lebar, gembira dengan persetujuan anak sulungnya.
"So, nama perempuan ni Rossa ?" soal nick sambil mengusap dagunya.
"Ye, nama dia Nuriella rossa binti norman " ibu menjawab sambil memandang Nick dengan penuh harapan, melihat reaksi positif anak bujangnya itu terhadap calon kali ini.
" nuriella rossa , such a beautiful name for a beautiful women " bisik nick perlahan menilik wajah rossa di dalam telefon ibu nya
"Bro, you like her? Aw sumpah lah HAHAHA abang jatuh cinta ke?" usik Riyana
Nick menjeling adiknya sebelum senyum jahat muncul di wajahnya. "Ibu, kenapa tak carikan calon untuk Ria sekali? Rasanya dia dah lama single, kesian adik takde siape nak kaan . tu lah terpaling rebutan orang sangat kan dah takde siape nak , ibu carikan adik lah ibu bosan tengok muka dia dekat rumah "
"Eeww, excuse me ! There's no way Ria nak kenal - kenal dengan mana-mana lelaki , okay? Men are full stupidity . Full stop," balas Ria dengan riaksi muntah.
"Betul juga kata Nick. Nanti ibu carikan calon untuk Ria juga. Ria nak macam mana?" tanya ibu kepada riyana , Nick dan ayahnya hanya menahan ketawa.
"Ish, ibu ni sama lah macam abang ! Ria tak nak, eh tak nak !" Ria memuncungkan bibir, terus bangun dari duduknya dan berlari ke bilik.
" lari lah lari takde siapa nak kejar " jerit Nick, dan semua ketawa terbahak-bahak, meriahkan suasana .
"Ha, awak pula? " tanya ibu kepada ayah, menyebabkan gelak tawa Nick dan ayahnya berhenti. "Kenapa dengan saya?" tanya ayah dengan wajah cuak.
"Awak nak saya carikan juga ke?" puan Raudah menyoal suaminya.
"Kalau awak nak bermadu, saya boleh tunaikkan permintaan awak esok sampai madu idaman " jawab Tuan Reyhan, sambil mengusik isteri.
"benci lah awak ni!" Puan Raudah membaling kain yang dilipat kemas ke atas kepala suaminya yang sedang tergelak.
Nick dan ayahnya, Tuan Reyhan, terdiam melihat gelagat itu. "Uish, garangnya ibu ni. boleh jadi gang leader " usik Nick dengan membuat reaksi konon nya takut.
"Dah lah , saya nak masak. Malas layan awak " ibu menjeling ayah, berdiri dan ingin pergi ke dapur. Tangan Puan Raudah ditarik oleh suaminya. "
Takkan saya nak madu kan isteri kesayangan saya ni ? Nak dapat awak dulu pun susah," Tuan Reyhan mencium tangan isterinya dengan penuh kasih.
Puan Raudah tersipu malu. "Dah lah awak, anak depan ni."Puan Raudah pun pergi ke dapur untuk menyiapkan makan petang.
"nick kalau nak ade istri biar ada ciri - ciri macam ibu . nak cari isteri, biar garang asalkan ada di masa susah dan senang boleh terima kekurangan dan terima kita seadanya," kata ayah kepada Nick, sambil merenung isterinya dengan bangga.
Nick hanya tersenyum melihat ibu dan ayahnya yang masih romantik walaupun sudah lama berkahwin.
Nick berjalan masuk ke biliknya dan mencari matlumat rossa
" Bingo " setelah mendapatkan account instagram rossa yang tidak private" beautiful " ringkasnya dengan renungan di setiap gambar rossa yang di screenshot.