02|Gem

123 21 0
                                    

"Korang ni tak paham bahasa ke ape?! Kan dah berapa kali aku cakap, jangan nak berlawan sorang sorang! Dengan putera putera Elemen Villorie kingdom pula tu. Kuasa korang pun tak sempurna lagi tau tak?! Kalau korang sampai tertangkap, korang tau kan apa yang akan berlaku?!!"

Seorang lelaki bermata kuning gold tengah mengadili Aze dan Sol yang tengah tertunduk

"Alaahh aku pun nak tes kuasa aku! Kalau aku tak cepat kuat, lama lagi lah aku dapat kuasa dark macam kau!" Aze membantah

"Macam mana kau boleh dapatkan kuasa dark kalau kuasa kau sendiri pun tak sempurna lagi! Kau nak hilang kawalan lepastu musnah disebabkan oleh kuasa dark tu ke?!" Lelaki bermata gold tu meninggikan suara dia. Aze tertunduk tak dapat menjawab kembaran sulungnya

Kuasa elemen dark memanglah kuasa yang bukan mainan. Ia merupakan sebuah kuasa yang besar dan kuat, dan berbahaya. Mampu membuat siapa sahaja tewas kerana kuasa tu, termasuk tuannya sendiri. Kuasa dark pun mendapat julukan senjata makan tuan, lantaran kuasa tu boleh melukai dan membunuh penggune nya sendiri jike penggunanya tak boleh kawal kuasa dark tu.

Sebetulnya Gem pun belum mendapatkan dan memegang kuasa dark seutuhnya kerana umurnya yang masih 14 tahun.

Berbahaya untuk budak dibawah 18 tahun untuk mengawal dan memegang kuasa dark seutuhnya, bisa bisa jiwa Gem taruhannya.

"Gem, dah lah tu. Aku pun bersalah sebab tak boleh halang dia, tetapi ikut campur masuk perlawanan je" Sol membela Aze

Lelaki bernama Gem menghela nafas. Ia merupakan wakil kapten pasukan tempur elite yang terkenal kejam dan ganas. Ia (G) berkepribadian kejam, menakutkan, dan ganas, bertanggung jawab, dan boleh mengatur rancangan. Tetapi, dibalik tu ia tetap lembut dan risau akan kedua adik kembar dia

Ia juga termasuk orang kepercayaan raja Vendhelis, Raja dari Dark Shadow kingdom. Walaupun sebenarnya die dan kedua kembarnya adalah putera dari raja Vendhelis tu sendiri, tetapi raja Vendhelis sentiasa menaruh kepercayaan kepada putera kembar sulungnya, Gem.

"Dah, korang boleh berehat. Satu lagi, aku tak nak dengar yang korang buat hal macam tu lagi" Gem mengelus kepala kedua kembarannya kemudian berlalu meninggalkan kedua kembar dia

Sol menatap tajam Aze

"Kita bernasib baik yang Gem tak marah! Kau ni tak habis habis nak buat hal!"

"Aku pula? Kau pun sama juga kan?! Kau boleh je tinggalkan aku sorang sorang!"

"Kalau boleh pun dah lama aku buat! Tapi aku tak nak kene marah disebabkan tinggalkan kau sorang sorang!"

Terjadilah adu mulut antara Aze dan Sol

...................

Gem masuk ke sebuah ruangan besar dan megah. Ada beberapa ketua pimpinan penting dalam ruangan tu tengah duduk di kursi masing masing. Ruangan tu macam ruang sidang. Gem duduk di kursi depan. Sebelum duduk, ia membungkuk hormat pada raja yang berada di depannya kemudian duduk

"Sampai pun kau, putera mahkota Gem"
Suara berat terus masuk ke telinga Gem

"Maaf jika saya terlambat,






















-Ayahanda... "


......................

"Cube kau buat bertenang sikit!" Sol yang tengah membaca buku menutup buku dia. Aze sedari tadi bolak balik tak dapat tenang

"Ishh apa yang Gem buat ye? Bahkan di usia die yang baru menginjak 12 tahun mase tu pun dah dibenarkan mengawal kuasa dark. Aku nak juga!" Aze tampak cemburu

Elemental brothersTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang