ORKED tersedar dari lena yang panjang. Pandangan mata awalnya terasa kabur sebelum digosok perlahan sehingga menangkap ruangan yang tidak dikenali. Pinggang yang terasa berat dipandang sebelum seluruh tubuh Orked berubah kaku. Kejadian buruk semalam kembali berlayar membuatkan tubir matanya mulai berair.
Berulang-ulang kali kejadian semalam bermain di fikirannya sehingga Orked menekup telinganya lalu menggeleng kuat. Bibirnya diketap kuat bagi tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Orked yakin ini semua hanya mimpi buruk, kepala digeleng tidak berhenti sehingga akhirnya dia terasa lelah.
Tidak. Semuanya realiti. Realiti yang menyakitkan. Dirinya benar-benar sudah kotor. Dia bukan lagi gadis suci.
Tubuhnya bogel yang berbalut dengan selimut tebal dipandang bersama air mata yang mengalir perlahan. Jijik, hina keadaan dirinya sekarang ini. Seakan seorang wanita yang baru sahaja selesai melayan lelaki yang membayarnya. Keadaannya tidak ubah seperti seorang pelacur.
Tangan sasa yang memeluk erat pinggang ditolak perlahan sebelum Orked bangkit dari katil tersebut lalu tangannya mengapai tuala yang tersangkut di dinding. Tubuhnya segera dibalut, menutup tubuhnya yang tiada seurat benang.
Katil dipandang. Jelas kelihatan kesan lompakan merah di situ menandakan kesuciannya telah dirampas. Orked terduduk ke atas lantai sebelum esakan yang ditahan akhirnya pecah. Tangannya segera naik dan memeluk tubuh erat.
Dirinya sudah kotor. Dirinya sudah hina.
"Ya Allah ampunkan Orked. Orked dah berdosa. Ya Allah.." ucapnya perlahan bersama air mata yang mengalir deras. Dia sendiri merasakan jijik kerana kehormatan yang selama dijaga sudah hilang. Dia sudah hina, kesuciannya sudah tiada.
Lelaki yang masih tertidur pulas dipandang bersama pandangan yang sudah dikaburi dengan air mata. Kejadian di mana lelaki itu merogolnya kembali bermain di fikirannya membuatkan Orked segera menekup telinga lalu esakannya semakin kuat. Tubuhnya mengigil hebat. Dia takut, dia trauma.
"Bonda, Orked takut."
Manakala Mattheo pula merengus kasar sejurus telingannya menangkap bunyi tangisan yang menganggu lenanya. Tubuh dipaksa bangkit lalu rambut diraup kasar. Kepala yang terasa berpinar cuba diabaikan memandangkan rasa marahnya lebih penting sekarang ini.
"Apa memekak pagi-pagi ni? Aku nak tidur pun tak senang lah!" Orked yang terlihat tersentak tatkala memandang ke arahnya dipandang tajam. Terlihat Orked sedang ketakutan.
"Kau─" keadaan sekeliling dipandang sehingga matanya terjatuh ke arah dirinya sendiri. Selimut tebal yang menutup separuh badannya diangkat lalu dilihat. Otaknya cuba memproses keadaan yang sedang berlaku sehingga akhirnya beberapa memorinya berkaitan semalam sedikit berulang kembali.
Orked yang masih menangis dipandang semula sebelum decitan sinis terlahir dari bibir merah delima itu.
Tubuhnya bangkit dari katil bersaiz king tersebut tanpa rasa segan meskipun badannya langsung tidak ditutupi oleh sebarang kain lalu diatur langkah menuju ke almari sebelum satu bathrobe berwarna putih diaambil dan disarungkan ke tubuh sasanya.
Orked yang sekadar menutup dirinya mengunakan tuala miliknya dipandang lama.
"After all, service kau malam tadi tak lah teruk sangat. Walaupun aku tak berapa nak sedar sebab under pengaruh arak tapi aku still enjoy." Ucapnya tenang. Sebatang rokok dikeluarkan lalu diletakkan ke mulut sebelum hujungnya dibakar sedikit mengunakan pemetik api.
Kakinya diatur menuju ke balkoni yang memperlihatkan kawasan luar yang sedang terang menandakan sudah siang sebelum tulang punggung dilabuhkan ke salah satu kerusi di situ. Puntung rokok dihisap sejenak sebelum kepulan asap berwarna putih dilepaskan.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...