T1

60 11 8
                                    

Fiq berjalan ke hulu hilir di dalam mansion 4 tingkat itu. Sekejap dia naik ke tingkat 4 lepas tu turun pergi tingkat 3 dan mengulang sehingga ke basement mansion itu.

"Kau apahal Fiq? Dari tadi ke naik turun dalam mansion ni dah kenapa?", soal Fee melihat Co Captain Team 1;Fiq berjalan turun naik mansion itu dari tadi. Dia yang sedang memeriksa senjata milik nya di ruang tamu tingkat 1 itu hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah laku Fiq.

"Aku cari captain aku, kau ada nampak tak?", balas Fiq lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Fee.

"Captain kau? Tuan Ray?", tanya Fee lagi. Fiq mengangguk kepalanya perlahan.

Manakala Fee menggeleng kepalanya lalu dia menyambung memeriksa senjatanya. Setelah selesai memeriksa dia menyimpan kembali senjatanya di dalam beg khas.

"Aku nampak Tuan Ray keluar pagi tadi. Tak tahu la kalau dah balik ke belum", sampuk Ariz yang berdiri di atas tangga.

"Pergi mana orang tua ni. Sudah la ada meeting dengan Tuan Akeyo sekejap lagi", Fiq mengeluh perlahan apabila teringat akan perangai Ray.

Ariz dan Fee mengangkat bahu mereka serentak.

"Kejap lagi Co Leader dengan Captain ada meeting dengan Tuan Akeyo kan?", soal Gore yang baru melangkah masuk ke dalam mansion itu.

Dia melihat Co Captain Team 1, 2 dan 3 berkumpul di situ. Langkah di atur menuju ke sofa di sebelah Fee.

"Yes. Sebab tu aku cari Tuan Ray. Hilang pergi mana entah, penat aku cari dia", ujar Fiq perlahan.

Gore tertawa perlahan, dia faham perasaan Fiq.

Ting !

Bunyi pintu lift terbuka membuatkan perhatian mereka teralih. Mereka memandang Sky dan Ash yang melangkah keluar dari kotak lift itu.

"Yo! Buat apa kumpul ramai-ramai dekat sini?", soal Sky sambil melihat rakan-rakan nya itu.

"Tak buat apa pun", balas Fee dengan Gore serentak.

Ash dan Sky mengangguk kepala mereka. Sky mengatur langkah menuju ke sofa di hadapan Fee, manakala Ash melangkah menuju ke tangga dan berdiri di sebelah Ariz.

"Fiq, Tuan Ray mana? Tuan Akeyo cari, dia cakap meeting dah nak start", ujar Ash sambil memandang Fiq yang kelihatan seperti penat itu.

"Aku tak tahu dia pergi mana. Dari tadi lagi aku cari dia tapi tak jumpa", ujar Fiq, dia menghembus nafasnya perlahan. Terlalu penat dengan perangai Captainnya.

Mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri kerana mereka tidak bekerja di bawah Tuan Ray;Captain Team 1.

"Tu bukan Tuan Ray ke?", soal Sky sambil menunjuk ke arah seorang laki yang baru melangkah masuk ke dalam mansion.

"Tuan Ray! Tuan pergi mana? Tuan tahu tak aku cari Tuan dari tadi lagi", ujar Fiq dingin, dia bangun dari kerusi lalu melangkah menuju ke arah Ray.

"Relaks lah, aku dah ada kan sekarang ni. Nah roti untuk kau orang, aku nak pergi meeting", balas Ray selamba sambil menyuakan dua bungkus plastik yang penuh dengan roti.

Tangan kanan menekan punat on telefonnya manakala kaki melangkah menuju ke arah lift.

Fiq terdiam melihat perangai Ray, manakala mereka yang hanya tersengih.

Baru sahaja Ray mahu melangkah ke dalam lift, bunyi pintu mansion di buka membuatkan perhatiannya teralih.

Plak !

Pintu mansion itu di buka dari luar, seorang perempuan melangkah masuk ke dalam mansion itu.

Mereka semua memandang perempuan itu dengan hairan.

Tradimento [OG]Where stories live. Discover now