TIGA

61 7 0
                                    

"DEKAT mana tadi? Ha...Air mana air!" Ayla menyambung semula larian dia. Semakin lama, semakin perlahan larian dia dan akhirnya Ayla berjalan secara biasa.
Tak kan nak lari depan bilik guru pula.
Malu lah kita. Dia mendaki tangga yang membawa dia ke tingkat tiga, Hujung sekali.

Ayla berhenti di hadapan pintu. Nama yang tertulis dibaca. Dah macam masuk bilik ceo!

Makmal Fakhrul.

Tanpa berfikir panjang, Ayla memberi salam dan tangan menolak membuka pintu makmal yang tidak berkunci. Pantas melangkah masuk dengan kaki kanan. Kelibat jejaka tersebut tidak terlihat, dari segi pandangan Ayla hanya ada banyak bikar dan alat peralatan sains yang lain.

"Mana dia ni? Takkan dah pergi rehat? Selalunya dia rehat sedikit lambat daripada orang lain." Ayla berjalan di sekeliling meja. Fakhrul yang tengah duduk mengutip buku bersepah di atas lantai. Ternampak kaki seseorang. Macam kasut perempuan.

"Ya amar, awak ke tu?" Laju dia meneka.
Ayla menunduk memandang bawah meja. Dari sudut pandangan Ayla, Fakhrul tengah membongkok mengutip sesuatu.

Panggilan istimewa untuk Ayla.
Hanya dia sahaja boleh panggil dengan panggilan itu.

"Eh, hai!"

Dia baru nak bangkit namun tak semena-mena kepala dia terhantuk dekat bawah meja. Tergerak sikit meja.
Dia merungut sakit. Spontan tangan naik menggosok kepala nya.

Untung tak ada apa-apa terjadi.
Buku yang berada di tangan dipeluk.
Fakhrul berdiri menghadap Ayla sambil tersenyum ramah. Ayla nak membalas senyuman nya tetapi dia tak boleh sebab dia betul-betul perlukan air.

Habis berair mata dia. Spek mata dia dah ditanggalkan sebentar.

"Rul ada air tak? Segelas pun jadilah. Nak terbakar lidah saya." Pinta Ayla, dah terdesak sangat dah.

Fakhrul tidak memandang wajah Ayla sebaliknya dia menundukkan pandangan. Lelaki itu juga salah satu kawan Ayla juga. Pelajar tingkatan lima.

Jejaka itu berjalan memasuk bilik lagi satu. Ayla berfikir dia diminta tunggu sebentar sebab nak ambil air dalam bilik lagi satu.

"Eh lupalah, awak ambil cawan yang dah diisi air dekat meja kiri awak." Fakhrul terpaksa mengeluarkan suara sedikit kuat. Bimbang tidak dengar manakala dia menyambung kerja yang tergendala tadi.

Janganlah tanya aku dia tengah buat apa? Saya bukan budak sains, saya budak seni.
Sila bertanya kepada yang pakar.

Lagipun Fakhrul memang tak nak berkumpulan dengan orang lain. Katanya lebih suka buat kerja sendirian. Tak ada terganggu dengan bunyi bising. Dia lebih suka suasana yang sunyi.

That's why si Ayla ni kadang-kadang terdetik nak pergi jenguk dia sekejap dan telah diberikan amaran supaya tidak menyentuh mana-mana bahan eksperimen dia. Bukan apa, sekali Ayla pegang sesuatu memang pecahlah jatuhlah tercabut lah.

Yang Ayla suka tentang Fakhrul ni. Makmal dia sentiasa bersih dan teratur. Kalau tak mahu kena bebel dengan kita hehe.

"Aik, dua gelas air ni sama je ke?"

Ayla mengambil gelas belah kanan lalu diteguk sehingga licin tanpa ragu. Hmm...ada rasa lain sikit tetapi air itu berhasil hilangkan kepedasan yang mengancam nyawa aku.

"Thanks Rul, saya masuk kelas dulu tau...bye!"

Selepas gadis itu beredar, barulah jejaka itu keluar dari bilik lagi satu. Gogal diangkat dan diletak atas kepala. Dia melihat segelas air yang tidak disentuh lagi. Dia menghembus nafas lega.

"Sebaik dia tak ambil gelas yang ada tanda warna ungu."

Lengan baju ditarik menampakkan jam tangan. Menandakan sudah masuk waktu rehat. Peralatan sains yang sudah digunakan terus dibilas, dilap dan diletak kan pada tempat asal dan baru lah dia tenang nak meninggal kan makmal ini.

Suis lampu dan kipas ditutup. Kaki kiri berjalan melepasi garisan pintu masuk lantas menuju ke kantin. Semua kawan sebaya dia sudah berada di sana terlebih dahulu sebelum diri dia sampai.

"Hei kawan lama. Dah lama aku tak jumpa kau!" Lelaki berambut penyapu menyapa anak saintis itu dengan 'mesra'.

"Ye weh, lama betul kau duduk dalam makmal tu...aku ingatkan kau tak pandai nak keluar sebab aku ingat kau dah mati!" Tambah kawan sebelah dia. Mereka mentertawakan si Fakhrul. Kuah sup ayam dihirup lagi.

"Tu lah, eh rupanya hidup lagi!" Gelak lelaki berambut seperti mop eh bukan dia pakai blazer pengawas berwarna kuning.

"Cepat-cepat lah berambus dari sekolah ni...sakit telinga dan mata aku sebab cikgu selalu sebut nama kau dan asyik kau je yang naik pentas!"

Fakhrul membeli sepinggan nasi goreng.
Dia duduk berjauhan dari sekumpulan orang toxic. Ini lah sebab pertama kenapa Fakhrul tak suka makan dekat kantin. Selalunya dia akan bawa bekal tetapi disebabkan bekal dia tertinggal dia nak tak nak terpaksa lah pergi sini.

"Hoi nak makan buat cara makan...kalau nak memekak pergi karaoke-lah!"

"Alaa kau makan jelah...sibuk lah." Herdik salah satu geng pengawas paling berguna dan selalu berpegang pada amanah tugas itu.

Fakhrul hanya memekak kan telinga. Malas nak layan. Lepas ini dia kena masuk kelas serta sebelum balik pula dia perlu ambil hasil eksperimen dia di makmal untuk ditunjukkan kepada semua bahawa dia pun layak juga menjadi seorang saintis yang berkemahiran!

Manakala Ayla lepas sahaja balik dari berjumpa dengan lelaki itu. Masuk je dalam kelas, senyuman yang terukir terus pudar. Mata yang bulat tadi juga menjadi sepet.

Meja dituju, kemudian melabuhkan punggung di situ lalu meletakkan kepalanya. Mata Ayla memerhati kawan sekelas sekeliling. Sepasang mata yang tak sengaja memandang dia automatik memandang tempat lain.

-Akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now