Terbitnya matahari, Nayla Adellya bangun dari katil terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah tiga bulan dia mengurung dirinya di dalam bilik kerana trauma dengan kejadian yang berlaku pada keluarganya. Dia mempunyai tiga beradik iaitu seorang abang dan seorang kakak termasuk dirinya. Hidupnya sangat bahagia bersama keluarganya selama bertahun-tahun. Selepas tiga bulan, hidupnya berubah 360 darjah sekelip mata.
Seluruh ahli keluarganya dibunuh dan rumahnya dibakar oleh seseorang yang cemburu terhadap ayahnya. Terlihat keluarga mereka bahagia dan kaya telah membuat seseorang tidak berpuas hati dan dia membunuh seluruh ahli keluarganya kecuali Nayla Adellya. Gadis itu terselamat kerana dia masih belajar dan duduk di rumah sewa. Sejak gadis itu mendapat tahu tentang apa yang berlaku kepada keluarganya, dia memutuskan untuk berhenti dari universiti.
Nayla Adellya, gadis itu menumpang dirumah makciknya selama beberapa bulan. Setelah membersihkan diri, dia meminta izin untuk keluar rumah untuk bersiar-siar. Gadis itu tahu bahawa dirinya perlukan udara yang segar.
***
Sebuah mart yang dimasuki gadis itu untuk membeli air dan makanan. Tiba-tiba bahunya dilanggar seorang figura yang berbadan tegap.
"Auch" dengus Nayla. Mana tidaknya, gadis itu baru sahaja mendapat ketenangan, tiba-tiba bahunya dilanggar.
"Eh sorry cik" Ucap lelaki itu. Gadis itu tidak hiraukan kata-kata lelaki itu dan dia terus menuju ke kaunter.
"Semua RM10.90" Tutur penjaga kaunter.
"Alamak, maaf saya bawak RM10 cukup-cukup je" Tutur Nayla.
"Habis macam mana tu?" Tutur penjaga kaunter.
"Takpe, saya bayarkan" Sampuk lelaki itu.
"Eh, takpayah-takpayah, awak kira air je" Tutur Nayla.
"Takpe awak kira sekali" Tutur lelaki itu. Kad bank dihulur.
"Ok baik"
"Nanti aku bayar balik dekat kau" Tutur Nayla.
"Eh takpayah" Jawab lelaki itu laju. "Jom duduk dekat luar" Ajak lelaki itu. Nayla hanya mengangguk kepala. Dalam hati terpaksa.
"Nama saya Adam Rayyan. Just call me Rayyan" tangan dihulur untuk berjabat tangan. Gadis itu hanya mengangguk buat kali kedua. Gadis itu juga tidak berkenan untuk mengenal siapa-siapa semenjak kejadian berlaku.
"Aku gerak dulu" Tutur Nayla. Gadis itu bangun dan berjalan laju meninggalkan satu figura lelaki yang sedang duduk sambil makan itu. Adam Rayyan hanya melihatnya sehingga satu figura wanita hilang dari pandangannya.***
Dirumah Untie Nayla, dia ingin meminta izin untuk berpindah supaya tidak ingin menyusahkan Untie nya lagi. Ya gadis itu kerja sambil belajar. Bapanya juga kaya tetapi dia ingin belajar berdikari sebab itu dia kerja separuh masa.
"Untie, Nayla nak duduk rumah sendiri boleh?, urmm maksud sewa rumah" Tutur Nayla gugup.
"Lah, kenapa ni sayang?" Tanya Untie Mazni. Dia sudah anggap gadis itu seperti anak kandung.
"Nayla nak cari kehidupan barulah untie" Tutur Nayla. "Tapi rumah tu tak ada lah besar mana,cukup-cukup Nayla nak sewa" Tutur Nayla lagi.
"Kalau macam tu, boleh sayang, but promise dengan untie, Nayla kena jaga diri jaga makan and jaga kesihatan,ok?" Untie Mazni menghulur jari kelingking untuk membuat perjanjian.
"Ok my lover untie" Jawab Nayla gembira. Dia menyambut jari itu.
"Urmm, untie, can you cut my hair?" Tanya Nayla. Untie Mazni hanya menganggukkan kepala. Untie Mazni memahami mungkin Nayla ingin melupakan perkara yang berlaku dengan memotong rambutnya menjadi pendek.