Teaser 3

1.3K 55 3
                                    

"Kenapa kau tidur dekat luar?"

"Tertidur."

"Tertidur atau memang sengaja tak nak tidur dengan aku?" Sinis pertanyaan Nazril.

Annisa melarikan bola matanya bila telahan Nazril itu tepat mengena sasaran. Tak mungkin dia nak berhimpit di sebelah Nazril di atas tilam yang sempit ini. Lagipun dia masih belum biasa.

"Taklah." Mulutnya berdusta. "Tilam ni tak muat untuk kita berdua."

"Tak muat? Habis tu, elok je kita tidur atas tilam ni malam tadi. Lena lagi tu kau tidur. Siap peluk aku lagi."

Wajah Annisa kembali memanas bila Nazril menyebut tentang itu. "Sorry kalau aku buat tidur kau tak selesa. Sumpah aku tak sedar macam mana aku boleh terpeluk kau. Kenapa kau tak tolak je tangan aku atau kejutkan aku? Aku boleh tidur atas lantai. Tak payah kita berkongsi tilam yang sempit ni."

"Dah kahwin, sempit ke luas ke, semua kena kongsi. Jadi, tak ada istilah tidur atas lantai, tidur dekat luar atau mana-mana jelah. Ni bukan drama atau novel nak buat perangai tidur asing-asing. Dekat mana aku tidur, dekat situ jugak aku nak kau tidur. Sebelah aku." Panjang lebar hujah Nazril.

Terpasung terus lidah Annisa. Tak tahu nak jawab apa. Memikirkan selepas ini, setiap hari dia terpaksa tidur sebelah Nazril membuatkan dia seriau. Buatnya Nazril apa-apakan dia masa dia tengah tidur macam mana?

Sekudus Sinar Purnama (EBOOK)Where stories live. Discover now