Di bilik sewa sofea termenung memikirkan lelaki yang bernama aiman itu. Dia tak berani nak pandang aiman disebabkan wajah nya yang handsome boleh buatkan hati sofea caik melihat nya.'ishh kenapa lah fikirkan tentang hal dia pulak ni'
Sofea merenung handphone nya kemudian mengambil untuk melihat whatsapp.
' hmm mana ada siapa yang nak chat aku..kawan pun tiada' guman sofea dalam diam
Sofea pusing ke kiri ke kanan sambil mendengar lagu. Tak lama kemudian sofea bangun lalu mandi ambil wudhuk untuk solat zohor. Selepas solat zohor sofea bersiap untuk keluar mencari makanan di kedai bawah kerana bilik sewa dia tiada dapur jadi perlu lah makan di luar.
Sambil sofea ingin mencari tempat duduk tiba2 sofea ternampak aiman dari jauh dengan kawannya.
" sejak bile mamat tu makan dekat kedai ni..tak pernah nampak pun dia makan kat sini"kata sofea dengan nada yang perlahan.
Sofea menghindari dari mereka dan duduk di kerusi yang agak tersorok dari pandangan lelaki2 tersebut.
" mau makan apa ye cik" kata waiter itu
" bagi saya nasi goreng kampung satu dengan air sirap beng..bungkus ye"kata sofea
"okey cik"
Sambil2 menunggu pesanan itu tiba sofea usha lagi aiman dengan kawan2 dia lagi
" erh dah hilang...takdi ade kat meja sana hmm..dah pergi kut tak sempat nak tilik muka" nada sofea sedih bila tak dapat melihat muka aiman lagi. Bukan main kau ye sofea usha anak teruna orang takdi kau dalam dewan kau tak pandang muka dia.
' takpelah esok jumpa lagi dalam kelas time tu aku tenung lama2 muka dia tilik habis muka dia huh'
"Cik ni makanan nye dah siap semua sekali harga 6 ringgit ye" kata waiter
"ouh ni dia duit nye baki dia adik ambik je ye"kata sofea sambil tersenyum
"ouh terima kasih cik" kata waiter tu dengan mata yang bersinar sinar selepas dapat tips dari sofea
Sofea senyum memandang waitee itu dan berlalu pergi untuk balik ke bilik sewa. Dalam perjalanan untuk ke bilik sewa dia..seseorang memanggil sofea dari belakang.
"weiii perempuan" jerit perempuan itu
' bala datang dah...baik aku lari dulu'
Guman sofeaSofea berlari meninggalkan bella dan kawannye untuk selamatkan diri.
Sofea laju menaiki tangga untuk sampai ke bilik nye supaya dia selamat dari dibuli oleh bella dan kawannya. Laju sofea menaiki tanggan sehingga tak sedar dia terlamggar orang di hadapan diaAuchh
' apa mende pulak yang dekat depan aku nii..aku dahlah nak laju ni nak cepat boleh pulak langgar dekat tangga ni'
"erhh sorry tak sengaja terlanggar" kata sofea sambil menggosok kepala dia yang terlanggar badan lelaki tersebut.
"takpe2 saya yang salah sebab berdiri kat sini..tak nampak pulak awak ade kat belakang..saya mintak maaf ye" kata lelaki tu
Sofea memandang lelaki yang tinggi dari dia itu sambil mengerut dahi akibat silaun dari cahaya yang sinar itu.
Ini adalah makhluk tuhan yang handsome tapi handsome lagi aiman hehehe
"ouh takpe saya nak laju sangat takdi tak sedar awak ade dekat sini..kalu macam tu saya pergi dulu ye" kata sofea dengan nada yang laju
Sofea pergi macam tu tanpa memandang lagi lelaki itu. Cepat2 sofea pergi ke bilik sewa dia di dalam rumah itu. Lelaki tanpa nama itu tersenyum melihat sofea yang laju pergi itu.
'comel je minah tu berlari'
Lelaki tu beransur pergi ke rumah
kawan dia." ish macam mana lah boleh terlanggar mamat tu..dia pun satu naik tangga macam siput dah kenapa sambil tengok phone lagii haishh"nada sofea dengan marah.
Sofea laju masuki rumah dan terus ke bilik sewa nya. Kak Laila hanya memandang ke arah sofea.
"kau ni laju2 dah kenapa..kau kene kejar ngan anjing ke apa sampai berpeluh ni"kata Kak Laila
Kak Laila yang menawarkan bilik untuk di sewa kepada Sofea yang tengah mencari bilik untuk di sewa ketika itu. Rumah ni milik Kak Laila yang dibeli hasil titik peluh nya bekerja tapi dia menyewakan bilik kerana dia kesunyian tinggal berseorangan di rumah itu..ada geng takpe jgk boleh borak tak adalah bosan sangat kan.
"hmm macam biasa lah Kak Laila takdi terserempak orang yang buli kita dekat universiti tu..sebab tu laju ni nak elak dari diorang lah"kata sofea.
"ouh diorang buli kau lagi..dah kenapa ye kau ade buat salah ke apa sampai diorang tak habis2 buli kau" kata Kak Laila
"memang tak lah Kak Laila..sofea mana ada cari pasal dengan siapa2..diorang tu buli sofea sebab diorang kata sofea ni lembab...sofea tak lembab Kak Laila tahu kan kenapa sofea jadi macam ni" kata sofea dengan nada yang sedih.
Dia tak pernah jadi macam ni sebelum ni. Dia seorang yang ceria dan suka bergurau tapi disebabkan peristiwa itu di jadi macam ni tak mampu nak bertahan akhirnya sofea membiarkan dia dibuli. Dia dah tak mampu nak jadi macam dulu lagi.. Sofea yang dulu dah takda dan takkan pernah ada selepas ni.
" yelah akak tau tapi sampai bile kau nak kene buli ni Sofea...akak taknak tengok adik angkat akak yang cantik ni dibuli dengan siapa2 lagi...selalu tido lewat disebabkan sofea buat kerja diorang" kata Kak Laila marah
" hmm nak buat macam mana kak sofea tak ada siapa2 dekat uni tu yang boleh pertahankan sofea... Sofea tak ada kawan akak. Semua pergi jauh dari sofea apa yang sofea boleh buat akak" sedih sofea mengenangkan nasib nya. Memang sofea tiada kawan di uni itu semuamya menjauh kerana taknak dibuli oleh bella dan kawannya itu. Diorang tahu macamana teruk nya bella dan kawannya buli tapi semua prof tak pedulikan dia..anak usahawan yang terkenal dengan banyak membantu uni tempat sofea belajar. Jadi dia tak mampu nak melawan..mampu tadahkan je bila dah kena buli ni. Kalau dia melawan memang nahas lah dia silap hari bulan dia kena dikeluarkan dari uni tu.
Sofea dapat tawaran universiti itu dengan biasiswa kerana keputusan spm sofea cemerlang dan dia ditawarkan dengan biasiswa. Dia tak dapat menolak disebabkan dia nak belajar dekat universiti walaupun dia sebatang kara. Dulu hingga sekarang dia berusaha seorang diri bekerja separuh waktu di kedai makan , menghantar barangan dan macam2 lah dia buat untuk tampung kos hidup dia, bila dah dapat biasiswa dia bersyukur sebab tak perlu fikirkan tentang duit uni dia. Sekarang dia perlu fikirkan untuk cari duit supaya dia dapat teruskan hidup.
" Akak.. Sofea dah dapat kerja tau dekat universiti..gaji pun boleh tahan jugak kak boleh lah kan sofea bayar duit bilik sewa tu" kata sofea dengan gembira. Dah berapa la dia mencari kerja kosong akhirnya dapat jugak di sebuah kedai makan yang berhampiran dengan universiti. Tak adalah dia nak berjalan jauh untuk cari kerja.
" laaa ye ke alhamdulillah kalau dah dapat kerja dan pasal duit bilik tu takpelah kau bayar sikit2 takpe tak bayar pun takpe akak tak kesah pun"
kata Kak Laila yang memandang televisyen drama korea dia." takpe lah kak..sofea nak masuk bilik dulu nak makan sekejap nanti nak sambung buat assignment"
"okey..apa2 masalah bagitahu dekat akak ye"
" okey kak"
Sofea masuk ke bilik dan makanan nya diletakkan atas meja kecil di samping katil lalu sofea membaringkan dirinya di atas katil.
' haih apa lah nak jadi ni' gumam sofea dalam hati lalu dia bangun dan duduk di kerusi untuk makan makanan nya. Nasi goreng kampung memang makanan favourite dia dari dulu lagi. Selepas menghabiskan makanan nya tu lalu dia bergerak membuang sampah di dalam tong sampah yang sedia ada di bilik tu. Sofea duduk di kerusi lalu memulakan assignment yang perlu dihantar minggu depan.***********************************
YOU ARE READING
Demi Perhatian Mu
RomanceDisebabkan satu insiden membuatkan Nur Ayana Sofea berubah seratus peratus dari seorang yang ceria dan suke bergurau menjadi seorang yang pendiam, senang dibuli tapi dia hanya mampu berdiam walaupun dibuli dengan teruk oleh kawan kolejnya. Nik Muham...