Permulaan atau pengakhiran ?
Permulaan untuk mengenali siapa aku ?
Atau pengakhiran kepada semua yang aku ada harini . Atau kedua duanya sekali ? Aku tak pasti .Aku melangkah jauh daripada kebiasaan aku . Kebiasaan ? Ye kebiasaan . Bangun pagi , solat subuh , bersiap untuk ke kelas pagi . Sebelum tu , breakfast bersama kawan . Bergerak ke bilik kuliah . Dan diteruskan dengan aktiviti harian .
Tapi hari ni , ia berbeza . Jauh sekali .
Seusai sahaja solat sunat , aku teruskan sahaja solat subuh memandang azan baru sahaja habis berkumandang . Habis solat , aku menadahkan tangan , merendahkan diri memohon keampunan dan mohon dimudahkan segala perkara . Keputusan ini muktamad .
Aku bersiap .
Perut diisi dengan sedikit cebisan roti dan jam . Aku bersedia untuk melangkah pergi .
Pergi ke mana ?
Dengan siapa ?
Buat apa ?
Pukul berapa nak balik ?
Pasti kamu cukup mengenali soalan sebegini kan ? Pasti kamu mendengarnya tiap kali kamu mahu melangkah keluar dari rumah ? Untungnya kamu . Aku ? Tidak lagi . Kalau ada pun hanya igauan ataupun aku tak tahu , yang pasti ia bukan nyata .Mama , aku rindu .
Lagi sekali air mata aku menitis . Ah . Beratnya hati untuk pergi . Tapi aku harus pergi . Sudah tak ada apa yang ada untuk aku disini .
Pergi ke mana ?
Aku belum pasti .
Yang pasti aku harus pergi .Beg ditarik .
Melangkah masuk ke kereta .
Kereta meluncur pergi entah kemana arah tujunya .