Baru .
Apa benda pertama yang terlintas bila kau jumpa perkataan tu ?
Baju baru ?
Buku baru ?
Kasut baru ? Atau
Hidup baru ?
Hidup baru ? Hah . Ada ke ?Orang selalu cakap ;
"kau mulakan je lah hidup baru "
"Tutup buku lama , buka buku baru"Apa kau yakin kau boleh mulakan hidup baru ?
Ya .
Tapi untuk aku langkah ke jalan baru itu , aku perlukan GPS , En. Waze atau Miss Google maps yang sentiasa tahu jalan balik andaikata aku sesat .
"Hei , kau salah jalan ni . Jalan ni akan membawa kau kepada kesesatan" kata En. Waze
Mungkin satu hari ada yang menciptanya .
Hidup baru ,
Menjadi orang baru ?
Bagi aku , untuk melangkah ke hidup baru
Kita perlu lari .
Lari ? Ya lari .
Lari dari segala kebiasaan .
Lari dari segala mentaliti cetek orang sekeliling .
Lari dari segalanya .
Kenapa ?
Ah . Mungkin aku gila .
Tak usah dengar pendapat aku .
Aku hanyalah seorang yang mempunyai fikiran kolot dan tertutup.Ikut saja kata masyarakat , fikiran mereka terbuka .
Mereka mendakwa bahawa mereka menyokong kita ketika kita ingin berubah .
Namun ,Ah . Aku tak layak berfikiran begini . Aku hanyalah budak hingusan yang tak tahu erti dunia , Kata mereka .
Baru saja ingin belajar , tolong jolokkan buah cempedak diluar pagar itu .
Aku cuma mahu menjadi orang baru dan mencuba persekitaran baru bersama orang baru .
Semoga kita dapat menjadi orang baharu itu .
Namun , adakah yang baru itu baik untukmu ?