LIMA

62 7 0
                                    

MASIH tiada tanda-tanda seseorang yang mengejarnya akan berputus asa. Ayla begitu juga, tidak berputus asa melarikan diri daripada kena tangkap dengan seseorang yang amat berbahaya bagi Ayla.

"Aku dah buang senjata kesayangan aku sebab tak nak kau takut tapi...kenapa kau masih degil nak larikan diri!" Tengking suara misteri itu.

Figura tinggi lampai itu berlari melepasi tempat persembunyian dipilih oleh gadis itu.

Dia menyorok di sebalik pasu besar. Jantung dia tidak berhenti-henti dari berdegup laju. Cecair peluh membasahi dahi dan belakang leher dia. Dia menutup mulut dia yang sudah batuk kuat. Tak guna aku menyorok dekat sini. Nanti dia akan jumpa juga kehadiran aku.

Ikutkan hati Ayla boleh lagi lari laju namun kesihatan diri tidak bekerjasama kerana Ayla ini senang sesak nafas. Bukan asma, dia macam kebelakangan ni Ayla tiba-tiba tak boleh nak bernafas dengan lancar.

"Perlahan betul kau lari. Siput tak adalah perlahan macam kau." Kutuk dia. Susuk misteri itu berbicara tepat di sebelah telinga kiri Ayla. Kan aku dah cakap.

Tubuh Ayla mulai cuak. Gadis itu tersilap langkah apabila ingin berpusing ke belakang. Asyik-asyik jatuh kau ni Ayla.

Bukan. Apabila dilihat semula...something yang panjang sengaja muncul di belakang Ayla.

Habislah hidung aku akan patah!

"Kau pengsan ke?" Lantas kelopak mata yang dipejam dibuka luas. Dia...lelaki? Dan apa benda yang membelit badan aku!

"L...Lepaskan aku lah sotong darkweb!" Lelaki tersebut tidak memperdulikan jeritan rimas gadis itu malah ketawa mengejek sahaja. Lelaki itu ada banyak bayang-bayang hitam panjang. Dah macam tangan sotong gurita.

Ayla menyampah mendengar gelak jahat yang selalu dia dengar dalam television. Ayla memusing kan badan dia. Benda yang lilit badan dia seperti bersatu dengan tubuh lelaki itu terikut pusing juga. Berharap lelaki itu berasa sakit jika 'tangan sotong' dia terputus.

Lelaki itu berhenti ketawa lalu gabus hitam tadi bertukar menjadi sepasang tangan lantas tangan tersebut memegang rahang Ayla sekuat-kuatnya. Semakin tinggi badan Ayla diangkat. Saat itu anak mata mengecil.

Seorang gadis sedang bergigil ketakutan di penjuru dinding ruang tamu. Sesaat pandangan gadis itu tertumpu kepada kedua-dua tanganya yang berlumuran darah. Kemudian, dia memandang sekujur tubuh yang pasti sudah tidak bernyawa. Pisau tertancap di atas tubuh mayat tersebut.

Lelaki itu menyaksikan Ayla nyawa-nyawa ikan. Air jernih milik Ayla jatuh jua. Tangan Ayla bergetar kuat. Mata dia terbeliak.

"Indah tak mimpi yang aku tunjuk dekat kau?"

Lelaki itu leka dengan sekitar tanpa perasan akan seseorang lagi yang menyerang dia.

Susuk tubuh ber-hoodie dark green menolak badan lelaki jahat tersebut sehingga tidak sengaja tangan yang membelit Ayla tercampak ke tepi. Ayla jatuh bergolek di depan bilik kelab seni visual.

Gadis itu memasuki bilik di depannya. Dua belah kaki seakan-akan bertukar jelly namun dia tidak mahu putus asa malah masih meneruskan perjalanannya walaupun penglihatan dia terasa kabur. Ayla jalan terhuyung-hayang sehingga tidak sengaja terlanggar rak meja khas untuk meletakkan alatan seni itu.

Ayla menyembunyikan diri di sebalik langsir. Berharap akan selamat dari ancaman bahaya. Tangan menutup dua belah telinga. Kepala ditundukkan ke bawah. Dua belah kaki dia duduk merapati badan nya.

Badan gadis itu tidak berhenti bergetar penuh hebat. Dia seperti melihat sesuatu yang sepatutnya dia musnahkan. Anak mata dia bergetar-getar. Mulut dibuka sedikit, memberikan ruang untuk bernafas lebih banyak.

Kenapa ada lagi? Desis dirinya yang sudah tidak tentu arah.

"Diam...Diam!" Ayla masih menutup telinga dia. Bagai dirasuk sesuatu sehingga kepala terhantuk-hantuk di bahagian tempat dia bersandar. Dinding yang bersih tadi menjadi basah dengan cecair merah. Perasaan takut yang melampau mula menyelimuti fikirannya.

Ayla terkedu ketika mendengar tapak kasut seseorang di luar bilik ini. Tinggal tombol pintu dipulas, Seseorang itu laju mengorak langkah dan berjalan lurus ke tempat Ayla bersembunyi. Air mata tidak berhenti mengalir deras. Mata kembali dipejam, takut.

Jangan...ganggu aku...

Kelibat seseorang itu betul-betul berdiri tegak di hadapan gadis remaja itu. Seperti Ayla jangka, langsir berwarna kelabu itu pantas ditarik ke tepi. Ayla sedikit tercengang tatkala
Hoodie zip yang dipakai naik menutup kepala dan tubuh Ayla sendiru. Automatik bergeletar kuat tadi terus berhenti. Dengan ini, Ayla beranikan diri untuk mendongakkan kepala.

Aku tak nampak muka dia. Jangan-jangan dia pun sama juga nak bunuh aku?

Saat penglihatan ingin bertukar gelap. Bibir seseorang yang menyelamatkan Khayla pada malam itu sempat menyelit sesuatu tetapi sayang kerana tidak jelas di telinga Ayla.

"Aku minta maaf datang lambat."
Gadis itu jatuh pengsan dalam dakapan lengan hoodie. Senyuman nipis terukir ikhlas di sebalik raut muka tengah merisaukan keadaan gadis itu.
















"RUMAH hijau boleh menang!"

Ayla tersedar dari lamunan panjang akibat bunyi suara lantang cikgu setiap rumah sukan. Oh, baru teringat sekarang dia berada di padang sekolah. Sekolah mereka baru sahaja mengadakan sukan olahraga. Tahu agak lambat, tidak tahulah kenapa sekolah mereka banyak ketinggalan walhal sekolah lain sudah lama bermula.

Ayla menarik nafas panjang.

Empat bulan berlalu, sejak kejadian malam itu, Ayla mula trauma menjejakkan ke sekolah ketika waktu malam. Even ada kelas tambahan malam pun, dia akan bagi pelbagai alasan supaya tidak ikut serta dengan kawan-kawan sekelas lain.

Sedar-sedar sahaja mereka iaitu ahli kelab seni visual terperanjat melihat kehadiran Khayla di situ dengan keadaan sangat teruk. Bahagian belakang kepala sedikit terkoyak dan perlu segera dibawa ke hospital untuk menjahit luka tersebut. Kebetulan, Safiyya pun turut ada di sana kerana dia juga merupakan ahli kelab tersebut. Mereka tertanya-tanya apa yang terjadi. Ayla tidak ingat sepenuh nya apa yang jadi. Mungkin tapi bukan mungkin sebenarnya. Akibat pergi terhantuk kuat.

Memang makin masa nak ingat semulalah. Nasib baik tak jadi bo...

"...Awak nak duduk kat situ sampai habis sukan ke sampai malam, cik Ayla?" Semua pelajar di sana, terhibur dengan riak muka blur Ayla ditayangkan. Saya tak nak berkelah di sini, cikgu.

"Maafkan saya, cikgu!" Cikgu Hisyam hanya menggeleng kepala.

"Dah sekarang giliran awak lompat jauh." Ayla bersiap sedia dengan kedudukan yang betul. Kasut sudah aku tanggalkan awal-awal. Ikutkan hati aku tak nak masuk mana-mana sukan dah aku tak boleh nak lari laju macam dulu. Sebagai gantinya, cikgu rumah sukan aku masukkan aku dalam sukan ini. Okay kidding, cikgu paksa aku.

"Here we go again." Gumam Ayla seraya fokus ke hadapan. Salah teknik, nanti aku terlompat katak lagi. Ayla terus berlari ke kanan dia dan laju bertukar arah. Dia melompat ke belakang dan...

"Wow...kau berjaya Ayla!" Komen Ayla pada diri sendiri. Nak tunggu orang lain puji dia? Sesetengah tidak bersemangat atau keletihan. Maklumlah cuaca panas terik sudah buat Comeback.

Ayla tersengih teruja. Langit petang dipandang. Akhirnya aku berjaya lompat melepasi palang besi itu tanpa sebarang masalah pun. Baru sahaja Ayla ingin bangkit dari jatuh terbaring, anak mata gadis itu bertentang dengan anak mata orang lain.

"Baguslah kaki kau tak terkangkang dah."

Ayla mengeraskan diri.

-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now