Haerin melangkah menyeberang jalan. Fikirannya benar-benar kusut. Kenapa? Dia yakin yang dia tak salah pandang. Matanya tak mungkin menipu.
Dia nampak Asahi! Tapi belum sempat dia hampir dengan tubuh itu, sekali lagi dia hilang jejak.
Tiba-tiba tubuhnya dirempuh kasar ke tepi jalan. Sekelip mata saja dia berada di dalam pelukan seseorang.
"Woi, buta ke?! Mata kau letak kat mana ha?! Lain kali kalau nak lintas tu guna mata, bukan guna lutut! Macam mana kalau aku terlanggar kau tadi?"
Haerin terpinga-pinga. Dia hampir dilanggar ke tadi? Cuainya dia...ini lah padahnya kalau fikiran melayang ke tempat lain. Macam mana kalau dia betul-betul kena langgar tadi? Mujur lelaki ini sempat menariknya ke tepi.
"Bodoh betul. Ada mata tapi tak reti nak guna! Kau ni kan..." Kata-katanya terhenti bila sepasang mata lelaki yang erat melindungi Haerin memandang tajam matanya.
Dengan hanya pandangan mata sahaja dah buat mulutnya terkunci. Terus dia masuk dalam kereta dan beredar dari situ.
Haerin mengeluh. Dia meleraikan pelukan lelaki yang telah menyelamatkannya.
"Asahi..." Bulat mata Haerin bila Asahi muncul di depan matanya. Rasa tak percaya. Dia rasa macam nak peluk Asahi kat situ juga tapi Haerin menahan perasaan.
"Macam mana awak..."
"Tolong lah....kalau nak mati pun jangan depan aku."
"Kenapa?"
"Kau boleh tanya aku kenapa? Kau ada otak ke tak ni? Tadi kenapa lintas tak tengok kiri kanan? Hmmm? Dah tak sayang nyawa ke?" Keras Asahi bersuara.
Sungguh, jantungnya rasa nak tercabut bila Haerin hampir-hampir dilanggar. Nasib baik dia sempat tarik Haerin.
Dia tak rela Haerin pergi. Bodohkan dia? Dia mahu Haerin pergi dari hidupnya tapi dalam masa yang sama dia yang sebenarnya tak mampu Haerin melangkah jauh darinya.
Haerin tersenyum.
"Kenapa kau senyum? Aku tengah marah kau ni."
"Saya rindu nak dengar awak marah-marah macam ni." Semakin melebar senyuman Haerin. Matanya sudah digenangi air mata. Sungguh, dia sangat rindukan Asahi.
Asahi meraup kasar mukanya. Dia tenagh marah boleh pula Haerin cakap macam tu.
Asahi bangun sambil mengibas baju dan seluarnya.
"Kau boleh bangun tak?"
Haerin menganggukkan kepalanya.
"Boleh jalan tak?"
Sekali lagi Haerin ingin menganggukkan kepalanya tapi tiba-tiba dia menggelengkan kepalanya. Biarlah dia menipu untuk kali ini jika itu mampu buat Asahi menghabiskan sedikit lagi masa dengan dia.
"Kau terseliuh?"
Haerin menganggukkan kepalanya. Dia cuba jalan terhencut-hencut di depan Asahi. Tunjuk yang dia benar-benar sakit.
"Sini aku dukung kau."
Haerin dah bulatkan matanya. Dia mengelak sedikit tubuhnya dari tangan Asahi. Biar betul Asahi ni? Takkan lah depan orang ramai.
"Kenapa? Kaki kau kan sakit."
"Saya tak kisah kalau awak nak dukung saya tapi tunggu la kita kahwin dulu. Masa tu semuanya dah halal. Saya akan izinkan awak dukung saya hari-hari.
Wajah Asahi pula yang merah dengan pengakuan Haerin. Ah, rasanya dia tak akan dapat tunaikan apa yang Haerin katakan itu. Tak mungkin dia dan Haerin dapat hidup bersama. Sangat mustahil!
"Jom. Aku hantar kau pergi klinik."
"Klinik? Tak nak lah. Kejap lagi okay lah ni." Gila apa nak pergi klinik. Tak pasal-pasal je nanti dia kantoi.
Asahi dah merenung tajam muka Haerin.
"Kau ingat sakit ni boleh sembuh sendiri ke kalau tak dirawat?"
"Erk....tapi sakit saya ni tak teruk pun. Rasanya tak payah lah sampai kena pergi klinik."
"Jangan degil boleh tak. Aku nak kau pergi jumpa doktor, nak suruh dia periksa sama ada kaki kau ada retak ke tak. Nanti kalau dah teruk kau juga yang susah."
"Kalau teruk pun nanti awak juga yang kena tanggung."
"Kenapa pulak aku?"
"Nanti kalau dah teruk sangat kaki saya, lepas tu saya tak boleh jalan mesti tak ada siapa yang nak kat saya dah. Masa tu saya akan paksa awak kahwin dengan saya juga walaupun awak tak nak. Awak kena jaga saya seumur hidup awak"
"Jangan nak mengarut boleh tak?!"
"Siapa cakap saya mengarut?"
Asahi mendengus kasar. Tiada hati untuk membalas kata-kata Haerin tadi.
"Asahi jangan lah jalan laju-laju."
"Auwwww!!!"
Terus Asahi kembali pusing bila Haerin menjerit.
Sungguh la, Haerin jadi perempuan yang betul-betul mengada kali ini demi menarik perhatian Asahi.
"Sakit..." Haerin buat muka sedih.
"Aku tahu..." Perlahan Asahi membalas.
Rasa bersalah kerana berjalan laju tadi sedangkan dia tahu Haerin sakit. Asahi mengeluh.Haerin sedar tak yang Haerin ni sangat comel sebenarnya. Walaupun simpati dengan keadaan Haerin yang sakit tapi dia rasa terhibur sebenarnya. Haerin nampak sangat manja!
Rasa nak cubit-cubit je pipi Haerin. Asahi cuba buat muka serius walaupun sebenarnya dia ingin tersenyum lebar.
![](https://img.wattpad.com/cover/327694912-288-k485575.jpg)
YOU ARE READING
GONE FOR GOOD ~ASAHI~
Fanfic"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...