Bahagian 1 Asmaraloka : Kampung Murni

62 0 1
                                    

Penulisan ini hanyalah fiksyen semata mata. Nama, tempat, watak, wilayah, kampung, bandar sama sekali tidak ada. Jikalau ada, hanyalah kebetulan. Kisah ini juga adalah rekaan semata mata. Kisah ini hanyalah mengikut imaginasi sang penulis. Sang penulis yang baru sahaja mengarang cerita. Segala kesalahan tatabahasa, ejaan amatlah dikesali. Selamat membaca.

1950 - Kampung Tasek Biru

Berkumandang azan subuh di sebuah kampung yang bernama kampung tasek biru. Kampung yang warganya hanya hidup berserdahana. Bercucuk tanam, menternak kambing. Lalu dijual ke bandar. Kelihatan warga di kampung untuk mulai keluar, melakukan kerja masing masing, tinggalkan keluarga di rumah sementara mencari rezeki untuk sesuap nasi. Tapi ini bukan lah cerita tentang kampung ini, cerita tentang seorang pemuda teruna bernama "Angkasa". Seorang pemuda yang kurang pembelajaran, namun percakapan nya anat murni, santun nya amat sopan, wajahnya bersih, tiada cela terlekat di kiri dan kanan pipi nya. Dia duduk bersama makcik nya, Puan Qhasidah, selepas kematian ibu dan ayah angkasa semasa perang jepun melanda kampung itu. Puan qhasidah seorang ibu tunggal. Suaminya terkorban ditembak oleh jepun semasa menjaga keamanan negara. Sesudah mereka berdua solat subuh. Qhasidah menghidangkan sarapan untuk dia dan angkasa menjamu selera. Pagi itu, angkasa akan keluar dari kampung tasik biru. Angkasa seorang yang minat dalam sastera, syair, puisi, karang buku dan seangkatan dengan nya. Namun dia juga perlu berguru untuk menambah ilmu, membetulkan kesilapan tatabahasa nya, mendidik nya. Angkasa mengambil keputusan untuk keluar dari kampung dan berjumpa dengan guru yang dia telah diberitahu oleh rakan nya, Idlan.

"Adakah betul kau ingin pergi kas? Tahukah kau arah tujuanmu?" Tanya qhasidah pada anak buah nya ketika mereka sedang enak menjamu selera.

"Betul makcik. Muktamad atas pilihan saya. Tak perlu bimbang, idlan akan menghantar saya sampai depan pintu rumah guru itu. Saya sudah tahu hala tuju saya." Jawab angkasa nada lembut sambil senyum.

"Baiklah kalau begitu, jaga lah diri kau di sana nanti. Jaga lah laku mu. Hormat orang di sana termasuk adat mereka. Jangan lah kau buat perkara yang mendatangkan musibah" pesan qhasidah untuk angkasa. Angkasa hanya senyum sambil menganguk

Sedang mereka menjamu kopi dan nasi. Kedengaran orang memanggil di depan rumah mereka

"Assalammualaikum. Kas, oo kas. Kami sudah sampai ini. Sudah siap siaga ke engkau?" rupanya idlan sahabat angkasa. Rambut rapi ke tepi, pendek orangnya, berjambang sedikit. Bersama kereta kuda dan pakcik samad yang tahu akan selok dan belok untuk menuju ke kampung tersebut.

"Waalaikummusalam, eh idlan. Sekejap aku mengambil barang barang aku" terkejut angkasa, tekaan nya salah. Meneka idlan akan lambat namun rupanya lebih awal dari dia jangka

"Eh tidak mengapa, kalau mahu makan, makanlah dahulu. Jauh perjalanan nanti, risau kenudian kau menangis di tengah jalan akibat kelaparan hahaha" Gurau idlan

"Tak apa, aku sudah selesai makan. Lagi pula, aku akan membawa bekal sedikit untuk kita bertiga makan di tengah jalan" balas angkasa

Angkasa keluar dari rumah, memakai sepatu. Manakala qhasidah hanya melihat dari anak tangga di rumahnya itu. Melihat pemuda yang dia selama ini jaga seperti menatang air yang penuh, sudah mula membesar, sudah mula mencari kehidupan dan impian.

"Angkasa, ingat pesan makcik nya. Hati hati kau disana, semoga kita akan berjumpa lagi. Jangan kau lupa untuk solat. Ingat Allah, selalu lah minta bantuan Nya" sayu saja qhasidah berpesan kepada angkasa.

"Baiklah makcik sudah tentu kita akak berjumpa. Makcik baik baik di rumah ye. Jangan terlalu keras bekerja. Jaga kesihatan, jangan lupa makan. Kas akan pulang tak lama lagi. Doakan kas ye" balas angkasa meyakinkan kepada makcik nya itu bahawa dia akan baik baik sahaja. Qhasidah hanya mengangguk sahaja. Angkasa dan cium pipi kiri kanan sebelum menyinggah ke dahi qhasidah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ASMARALOKAWhere stories live. Discover now