RENJANA: 1

18 1 0
                                    

Mata dipincing tajam. Fokus Renjana terletak pada sekumpulan tentera Inggeris yang sedang berdiri di tepi jalan sambil mengawasi penduduk kampung yang sedang bercucuk tanam. Kebanyakan penduduk berpekerjaan petani dikerahkan untuk mengusahakan tanaman dan hasil tanaman akan dibahagikan majoritinya kepada pihak British. Begitu juga dengan hasil lombongan bijih timah, semuanya dimonopoli si kapitalis.

Sedih.

Seakan kita pula menumpang negara mereka.

Kasihan bila dilihat orang kampung yang sudah dimamah usia turut dipaksa untuk mengusahakan tanaman dengan masa kerja yang lama, terutamanya kaum lelaki. Gajinya pun tak seberapa, cukup buat makan sahaja. Bapa Renjana juga tidak lari dari dipaksa bekerja. Memang menjadi tugas harian Renjana untuk ke tempat kerja ayahnya untuk menghantar makanan siang.

Beg rotan yang berisi bekas makanan ubi kayu dan sambal tempoyak digenggam erat dalam genggaman Renjana apabila dia mulai menapak di hadapan barisan tentera British. Kain selendang yang menutupi separuh bahagian kepalanya turut Renjana pegang dengan kuat, seakan mencari kekuatan dalam dirinya. Walaupun perkara ini dilakukan hampir setiap hari, Renjana masih terasa perasaan gugupnya. Tidak, dia bukannya takut. Tiada sekelumit pun rasa takut dalam diri Renjana apabila berhadapan dengan penjajah. Mereka tidak berhak ditakuti. Ini tempat Renjana, mengapa dia perlu takut?

"Stop".

Terkedu Renjana. Nafas tersekat di tekak.

Buat pertama kali, dia ditahan. Susuk tubuhnya kini menjadi perhatian utama barisan tentera ini.

Badannya dibiarkan membelakangi si pemilik suara, menunjukkan bahawa dia tiada langsung rasa hormat pada mereka walau setitik pun.

"Turn around".

Kaku.

Renjana hanya diam tanpa berkutik namun genggamannya pada beg rotan yang mengandungi bekas makanan bapanya semakin kuat seolah mencari kekuatan dari situ.

"I order you to turn around".

Meskipun berbahasa Inggeris, Renjana mengerti arahan yang diberikan tentera Inggeris itu. Namun, hati masih memilih untuk tidak mengalah. Arahan itu dibiarkan tidak disahut bagai angin yang terbang melaluinya. Renjana mengetap bibirnya menahan rasa gementar bercampur geram dalam hati.

Biadap, Inggeris biadap.

Bunyi telapak kaki menghampirinya membuatkan degupan jantung Renjana makin menggila. Namun, wajahnya masih dicuba beriak tenang. Kalimat nama Allah laju dituturinya, berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk dirinya yang malang ini.

"I said turn around!"

Bahu Renjana ditarik lalu tubuh Renjana dipusing kasar menghadap si pemilik suara. Terpelanting bekas makanan yang Renjana bawa untuk bapanya. Renjana sempat terjerit kecil melihat lauk yang dia bawa habis jatuh tumpah ke tanah. Ubi kayu tadi berterabur terkena pasir atas tanah, sambal tempoyak tumpah membasahi tanah dengan warna merahnya.

Dunia seakan jeda seketika.

Di hadapan Renjana, terpacul seorang tentera British muda berkulit putih bermata biru dan tinggi lampai berwajah bengis. Anak mata biru itu jatuh pada kedua anak mata hitam Renjana sebelum turun perlahan ke seluruh wajah Renjana dengan riak bengis. Renjana membalas renungan kosong itu dengan pandangan mata tajam. Cengkaman kuat pada bahu Renjana yang tadi perlahan melembut apabila wajah Renjana menemui kedua anak mata biru itu.

Lantas, Renjana menolak kasar sentuhan tentera British itu dari pundaknya. Perlahan kaki menapak ke arah bekas makanannya yang sudah jatuh tumpah atas tanah lalu dikutipnya satu persatu sisa makanan atas tanah. Perasaan marah dan geram yang sedang bermaharajalela dalam hati Renjana cuba tahan sekuat hati. Mereka bersenjata, jika Renjana membiarkan dirinya dibawa amarah, mungkin hujung senapang itulah pengakhirannya.

Dasar penjajah biadab. Jika mereka sedar bahawa makanan yang sedang Renjana kutip ini ialah satu-satunya sumber kudrat yang mereka ada, belum tentu mereka akan berasa simpati. Hidup mereka mewah jika dibandingkan dengan penduduk yang setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sambil Renjana mengutip sisa makanannya yang jatuh, lengannya diraih kasar oleh dua tentera yang lainnya agar Renjana kembali berdiri semula. Selendang putih yang menutup mahkota rambutnya terbang entah ke mana. Maka, jatuh semula bekas makanan yang Renjana pegang erat tadi. Terpalit semula butiran-butiran pasir pada ubi kayu yang Renjana kutip semula tadi. Ditarik badan Renjana sambil tangannya diikat ke belakang untuk menghadap tentera tadi. Renjana membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Baginya, menyerah itu bukannya menerima.

Anak mata biru itu kembali bertaut dengan anak mata hitam milik Renjana.

Tajam dan bermakna.

Edward Wilhelm.

Sempat Renjana kerling ke arah tag nama yang tersemat kemas pada baju korporat milik tentera di hadapannya ini. Jika dilihat, Renjana yakin lelaki itu bukan berpangkat biasa. Bajunya juga lain dari biasa, lebih kemas dan mewah. Mungkin juga baru sahaja distesenkan di sini. Baru kali pertama wajah ini terpampang di pandangan Renjana padahal dia kerap ulang-alik kawasan ini.

Anak mata biru itu hanya menatap wajah Renjana sahaja tanpa berkata apa-apa, lama. Seolah apa yang berada di dalam otaknya tidak mampu mulutnya ingin mengungkapkan.

Renjana mengerut dahinya. Apa masalah lelaki ni? Dari pada dia tunggu si pemilik anak mata biru itu bercakap, baik dia pergi sahaja dari buang masa. Renjana cuba menarik lengannya namun genggaman di lengannya itu enggan dilepaskan oleh dua orang tentera tadi.

"Lepaslah! Aku tak ada apa-apa kaitan dengan kau!", marah Renjana apabila usahanya untuk melepaskan diri gagal.

"Shut up and stay quiet!", balas salah seorang tentera yang sedang mengunci pergerakannya.

"Jangan sentuh aku! Lepaslah!"

"Be quiet! We can hurt you!"

"Pukul lah! Tembak lah kalau mahu ditembak sangat! Kau fikir aku takut dengan senjata kau?"

"How dare you!"

Tangan tentera itu diangkat untuk menghalakan penampar pada wajah Renjana namun sempat ditahan dengan suara garau milik tentera di hadapan Renjana.

"Stop!"

Renjana yang memejam mata sedang menunggu impak dari tamparan tersebut terus terjegil matanya. Dipandang tajam ke arah lelaki Edward di hadapannya ini.

"Let her go. Clearly, she has no weapon on her".

Dengan hanya tiga perkataan itu, tubuh Renjana terus dilepaskan dan ditolak jatuh ke bumi, betul-betul di hadapan kasut Edward hingga mulut Renjana hampir tercium dengan kasut kulit lelaki itu. Tubuh Renjana dilayan lagaknya sebuah anak patung tanpa nyawa, namun hairan apa? Mereka memang tiada hati dan perasaan. Renjana hanya kaku di situ tanpa berkata apa-apa, sebaliknya dirinya sedang menahan rasa benci dan geram yang teramat. Begitu mudahnya dia untuk diperkotak-katikkan oleh pendatang zalim seperti mereka.

Bahu Renjana disentuh.

Terangkat kepala Renjana untuk melihat sepasang anak mata biru itu sekali lagi dengan penuh kebencian. Kebencian yang membara dalam hatinya, kebencian yang membuatkan Renjana ingin mencarik-carik wajah lelaki itu. Namun sayang, nyawanya terletak pada hujung senapang yang bila-bila sahaja boleh diacukan kepadanya.

Renjana hanya diam. Sentuhan pada bahunya, Renjana tepis kuat. Tersentak Edward dengan tepisan Renjana.

Kedua anak mata itu bersabung dengan lama tanpa tiada kata-kata apa yang terucap dengan kedua- duanya membawa perasaan yang berlainan.

Satu dengan dendam.

Satu dengan rasa.

Rasa yang belum boleh disingkap dan diungkap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RENJANA.Where stories live. Discover now