ENAM

58 6 0
                                    

"BAGUSLAH kaki kau tak terkangkang dah."

Tidak jadi dia ingin beredar dari situ sebaliknya, tubuh bertindak untuk mengeraskan diri. Aku penat sangat ke sampai  nampak benda-benda mustahil? Saat kepalanya berpaling ke kiri, dia tidak sangka akan bertembung semula dengan sepasang mata indah itu. Senyuman yang menghiasi bibirnya langsung pudar dengan pantas.

"Ada peningkatan. Kau mesti banyak berlatih selama ni kan, my cherry. " Sambung si penegur. Figura itu tersenyum bangga sambil merenung lembut ke arah gadis remaja yang sudah tidak dapat berkata-kata. Dia di situ terasa hendak menjerit besar. Terlampau panik. Tidak pasti adakah di sebelahku ini bukanlah hanya satu halusinasi sahaja?

Tetapi, mendengarkan pemilik suara itu. Sudah tentu dia tidak berhalusinasi dan tipulah jika tidak mengenal siapa gerangan tersebut atau sengaja tidak mengenalinya atas sebab tertentu? Who knows.

Seketika terasa segar dan spontan bertukar suasana hati yang baharu. Semua ini terjadi terlalu pantas buatnya. Agak mengejutkan. Terketar-ketar mata dia begitu juga tangan bergetar sangat kuat tetapi elok sahaja disorokkan disebalik lengan baju sukan.

This is crazy!

Tiada sesiapa diantara mereka berdua memutuskan tali jambatan secara gantung.
Dia seperti tidak sedar akan perbuatannya. Lelaki itu berkerut dahi dan membongkok sedikit ke hadapan. Ayla enggan berganjak lagi. Kenapa...dengan aku ni?

"Kau boleh bangun tak?" Roh tetap sama walaupun suara sudah bertukar garau.

"Saya..." Aduh. Gagap pula. Ayla istigfar banyak kali secara perlahan. Mulut mahu berbicara sesuatu namun ada sahaja nak ikut mencelah.

"Kamu kat situ, sila beredar cepat! giliran kawan kamu pula nak lompat...tak kan dia nak jatuh atas kamu pula." Arah cikgu yang jadi pengira markah rumah suka kami.

Aku jeling lelaki yang kupernah cintai dulu tapi sekarang tidak dah!

"Nanti awak jumpa saya dekat tangga sekolah!" Ayla terus beredar dari situ. Ingin menuju ke arah kawan-kawanku.

Jejaka itu menguak rambut kebelakang. Terkelip-kelip mata dia.

"Tu...dia ke? Muka dia nampak lain." Gadis bermata empat itu dipandang olehnya dengan senyuman sukar ditafsir. "Kau tak pernah berubah." gumam dia.





















RAMAI sorakan ditujukan kepada setiap acara ahli rumah sukan mereka sertai. Pelajar paling semangat yang terjerit-jerit sambil hayun-hayun dua lighstick armybomb pada dua belah tangan dia. Satu warna merah manakala sebelah lagi warna hijau. Ini mesti kes tak tahu nak sokong siapa mereka tiga orang berkawan baik, berlainan rumah sukan. Gadis itu pula rumah kuning. Kebetulan sama rumah dengan senior dia, Khayla Afifa.

Terus dia berpeluh tubuh sambil menjeling lelaki di hadapan yang merupakan senior dia atau kata lain.

Ex crush.

Jejaka tersebut berehat di anak tangga keempat. Mata sibuk menonton acara sukan yang junior dia masuk iaitu lari 100 meter dan setelah itu, ada pula acara 200 meter.
Dia tergelak kecil melihat kelakuan lain bersorak kuat sampai nak terkeluar anak tekak. Manakala Ayla, senyap memandang si dia. Tidak putus-putus jelingan maut diberikan. Gadis itu berdiri jauh daripada si dia.

"Awak buat apa kat sini?" Ayla memulakan dahulu pertanyaan yang telah lama dipendam sejak tamat sahaja acara dia masuk sebentar tadi. Lambat-lambat lelaki itu memberi tumpuan terhadap Ayla.

Kelihatan Ayla berusaha sehabis mampu dengan riak muka marah dia. Lain pula dari sudut pandangan Irfan, Ayla ibarat kucing comel yang mahu menjadi seganas harimau. Angin petang dihirup penuh sabar dan tenang.

Kawal kemarahan Ayla, kawal sikit pun jadilah!

"Bukan ke awak dah habis sekolah, Irfan Haziq?" Tidak cukup itu lagi. Siap nama depan disebut sekali. Aku tidak tahu datang dari mana keberanian mahu tegur Irfan seperti itu. Tercengang dia sekejap. Irfan menyepetkan mata dia.

"Salah ke aku nak jenguh sekolah sendiri? Kenapa...Dah rindu aku ke?" Irfan senyum senget. Kening nipis sebelah diangkat. Irfan berjalan menghampiri Ayla. Mahu mendekatkan jarak.

"Aip-aip, jangan nak gatal datang dekat. Sila berdiri jauh dari saya!" Ayla melemparkan mata helang dia. Hilang terus senyuman senget milik Irfan. Niat hanya mahu menyakat gadis itu tetapi nampaknya dia tidak beberapa menyukai jenis gurauan seperti itu. Tak apalah, lain kali aku buat lagi.

"Wow, wow...Sorry sorry." Dia menggaru belakang leher. Irfan mengundur tiga langkah. Dia menghela nafas. Nak suruh Ayla membawa bertenang, fikir dia nak dengar cakap ke?

Irfan berdehem. "Okay first, aku minta maaf kalau kehadiran aku ni buat kau rasa meluat." Irfan tersengih kecil. Berharap dapat memadamkan api dalam diri Ayla.

"Memang pun." ringkas namun ayat makan dalam. Tanpa timbul perasaan bersalah selepas membalas seperti itu. Ayla memandang tempat lain. Entahlah, nampak sahaja wajah lelaki itu terus hadirnya perasaan benci yang teramat dalam.

"Auch! erm...untuk pengetahuan kau even kau tanya. Kemunculan aku di sekolah ini bukan membuat kerja sambilan abang kantin..." Terjungkit sebelah kening Ayla sambil tangan memberi syarat untuk menyambung ayat seterusnya.

"...Melainkan nama aku didaftarkan oleh bapak aku supaya masuk...tingkatan enam. Esok baru aku masuk berdaftar. Hari ini, aku sengaja datang sini nak tengok kau semua bersukan penuh riang." Tambah Irfan, bersama senyuman manis yang menampakkan deretan gigi putih tersusun rapi. Berita hangat kan, kan!

"Huh?"

Laju kembali menatap wajah Irfan. Belakang tangan menerima perintah otak dengan segara, iaitu menutup mulut. Kalau tak tutup, mahu suara dia menjerit kuat sampai satu padang boleh dengar. Kalah suara speaker cikgu guna.

Lepas satu-satu muncul. Kenapa kau yang pula muncul kali ini? Mampukah aku hadapi semua ujian ini seorang diri, Ya Allah?

-Akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now