tidak sangka

2.3K 43 3
                                    

Memang tidak sangka akan jadi begini, dulu tujuan Tipah keluar bekerja dengan bermaksud untuk membantu keluarga. Maklumlah pendapatan suami nya sebagai buruh pun tidak seberapa. Sekadar cukup cukup untuk makan pakai sahaja. Jadi Tipah fikir biarlah dia keluar berkerja, sekurang kurangnya dapatlah juga  dia membantu meringankan beban suaminya untuk perbelanjaan dapur. Hingga tahun kedua, memang tidak ada sebarang masalah. Tipah pun seronok dan gembira dengan kerjanya. Keadaan kehidupan keluarganya pun mula berubah. Mereka telah boleh membesarkan rumah. suaminya pula boleh membeli motorsikal baru. Makan minum juga sedikit mewah. Pakaian pun sudah boleh untuk silih berganti. Pendek kata segala galanya serba berubah walaupun tidak seberapa bagi orang lain.

Namun sejak kehadiran seorang ekskutif baru dalam syarikat tempat dia berkerja, telah membuat Tipah lajak jauh berubahnya. Bukan keluarganya yang berubah, tetapi diri Tipah  sendiri yang berubah. Berubah sikap, dari seorang yang hanya biasa biasa, kini menjadi seorang yang lebih positif, hingga dia telah di naikkan pangkat. Turut berubah juga tabiatnya, dari seorang yang seolah olah tidak punya pendirian, kini menjadi seorang yang lebih tegas sehingga sudah berani pula memarahi suami. Dari segi penampilannya lagi banyak berubah. Tipah sudah pandai bergaya dan melawa. Dia sudah mengenali dunia fesyen dan solekan. Pakaiannya juga sudah mula singkat singkat dan dedah dedah di sana sini. Tudungnya pun sudah tidak kelihatan lagi hilang entah kemana.

Bila Muzab suaminya menegur, terus sahaja dia melenting. Tipah yang sekarang ini sudah pandai melenting, egonya terlalu tinggi. Hingga tidak boleh langsung di tegur, apalagi untuk di persalah kan. Dia menganggap dirinyalah yang lebih baik dari semua orang. Segala galanya bermula sejak kehadiran Azroy, seorang eksekutif muda baru yang telah meminati dan memberi perhatian kepadanya. Awalnya memang Tipah tidak menanggapi nya langsung, kerana ketika itu dia masih sedar dan tahu diri lagi. Namun itulah namanya manusia, jika sudah setiap hari di goda, gunung yang kukuh pun boleh rata. Jika pujian yang di terima terlalu sering, lautan luas pun boleh kering. Seperti itulah yang terjadi pada Tipah. Dalam mulutnya berkata tidak, tetapi di dalam hati seperti berkehendak. Dalam mata tidak mahu melihat, tetapi sebenarnya di hati tetap berhajat. Dalam tindakan seperti malu dan segan, namun itulah sebenarnya apa yang sangat di harapkan.

Lama kelamaan memang Tipah merasa seperti ada satu perasaan aneh yang ujud di dalam dirinya, iaitu perasaan rindu. Sekiranya dalam beberapa hari Azroy tidak mengganggu atau mengusiknya, Tipah akan mula tercari cari dan tertanya tanya juga, seperti untuk tahu, mengapakah Azroy tidak melakukan itu lagi. Waihal pada yang sebelumnya, dia tidak pernah peduli atau ambil kesah pun dengan apa yang telah Azroy lakukan padanya. Samada dari kata katanya atau dari perbuatan nya. Tipah menganggap Azroy tidak ubah seperti anak muda yang baru meningkat dewasa. Masih seperti keanak anakkan. Memang usia mereka pun agak jauh berbeza, hampir sepuluh tahun jaraknya. Tipah yang sudah berusia tiga puluh lapan tahun, manakala Azroy pula baru hendak masuk dua puluh sembilan tahun.

Sebenarnya dalam diam diam, Tipah telah tertarik juga dengan Azroy. Hanya sebagai seorang perempuan, memang dia malu dan segan untuk menunjuk nunjukkan sikap dan perasaan nya itu. Apalagi dengan keadaan usia dan kedudukannya yang sekarang ini, pasti akan menjadi ejekan dan hinaan dari orang sekeliling. Dalam tidak sesiapa pun yang  tahu, Tipah sebenar nya sering mengintai dan memerhatikan Azroy. Dia memang tidak boleh mengelak dan menipu dirinya sendiri. Betapa dia sering terbayang bayang wajah Azroy yang kacak tampan bergaya itu. Dari gaya dan penampilannya, dari perwatakan dan tingkahnya, semua telah membuat Tipah terpedaya dan terpesona. Hingga malam jadi impian, dan siang pula jadi igauan.

Suatu hari sedang Tipah berada di pondok menunggu bas, sebuah kereta telah berhenti di hadapanya. Rupa rupanya Azroy dengan kereta barunya. Dia telah mempelawa dan mempersilakan untuk Tipah naik. Memandang kan semua orang yang ada di sekeliling sedang memerhati ke arahnya, serta demi untuk menjaga air muka Azroy, Tipah pun naiklah juga. Walaupun sebenarnya hatinya agak keberatan. Itulah buat pertama kalinya mereka duduk dan bersembang berdua, dengan tidak ada orang lain yang turut sama. Ketika itulah juga mereka pun saling mengenal secara peribadi  di antara satu sama lain. Hingga Tipah merasa ianya hanyalah sebagai satu angan angan atau khayalan sahaja. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

tidak sangka Where stories live. Discover now