who is her??

2 0 0
                                    

cikgu Hassan merupakan seorang guru penolong kanan tingkatan 6 yang sangat tegas orangnya.. dia membelek file dan melihat sijil yang terdapat di atas mejanya dengan wajah yang serius dan kelihatan kerutan di antara kening dan dahinya

"kamu gagal 2 subjek penting.. Sejarah dan Bahasa Melayu.. macam mana nak memenuhi syarat masuk ke tingkatan 6 ini??? "

soal cikgu Hassan dengan nada sedikit tinggi

"cikgu, anak saya masih minat belajar sebab tu lah dia nak sambung....... "

"Puan jangan cakap apa-apa ye. Puan tengok sahaja"

Puan Melisa terkelu dan kesian melihat anaknya terpaksa menjawab semua soalan cikgu Hassan

"kamu kena fikir Bagus Bagus, tingkatan 6 bukan tempat jika kamu hanya ingin menyambung pelajaran semata mata.. tapi untuk kamu bersaing, masuk ke universiti dengan mendapat pointer yang baguss.. kalau di ikutkan, saya taknak terima rayuan kamu di sebabkan result sejarah dan bm kamu yang sangat teruk ni.. apa yang kamu boleh bagi kepada sekolah jika kamu nak masuk tingkatan 6 ini?? jawab pertanyaan saya"

"saya akan belajar betul-betul cikgu, saya.....

"tau lah kamu akan belajar, tapi adakah saya boleh percaya??

suasana di bilik guru menjadi tegang

"kamu boleh masuk ke tingkatan 6 ini, dengan syarat.. saya nak tengok pointer sem 1 kamu ada perubahan atau tidak.. kalau tak, saya taknak cakap banyak.. kamu kena tinggalkan tempat ini.. "

cikgu Hassan sangat tegas orangnya dan mementingkan pelajaran dan gred pelajar.. Auni hampir menitiskan air mata setelah mendengar kata kata cikgu Hassan

"kamu bawa ni pergi jumpa cikgu Darwati nanti dia akan tentukan kelas kamu mengikut aliran yang kamu pilih "

Auni berasa sedih dan sangat terkilan dengan kata kata cikgu Hassan. Puan Melisa pun sama, baginya, Auni merupakan salah satu anaknya yang dia harapkan untuk belajar sehingga ke menara gading walaupun mereka bukan dari keluarga senang..

"makk, auni tak rasa auni dapat bertahan dekat sini mak"

"auni jangan cakap macam tu. Mak percaya auni boleh teruskan, mak sentiasa sokong auni untuk terus belajar. jangan lupa pesan arwah ayah kamu dulu, dia nak kamu masuk universiti. takpe, mak sentiasa ada dengan auni.. jangan sedih2"

airmata auni hampir mengalir, tapi dia cepat2 mengesat airmata nya dengan lengan baju. keesokan hari, Auni masuk ke kelas 6 rendah 1, itu ialah hari pertamanya selepas 4 hari persekolahan biasa tingkatan 6 kerana dia pelajar rayuan yang lambat masuk

mata Auni melilau mencari tempat duduk. Dia mempunyai 3 orang kawan yang merupakan bekas kawan sekolah menengah dulu iaitu, Hazima, Elisya, dan Syaza..

"Fahim, Wan korang tak turun lagi ke?? " (soal ratasya kepada Fahim yang sedang rancak berbual dengan Wan)

"turun pegi mana?? belum rehat lagi lahh" (jawab Fahim)

"tu lahh awal lagii " (wan menyampuk)

"eh korang ni, sekarang ni masa SV, tak nampak tu diorang yg lain dah turun" (jawab ratasya)

"oooo ye tak ye juga enn.. ooo sekarang perniagaan ngan sv lahh lupa pulakk" (ujar fahim)

"haa tu lah bercerita je kerja"

mereka masuk ke bilik sv buat pertama kali.. semua berebut tempat duduk.. setelah mencari tempat duduk, Fahim dan Wan duduk berhadapan. di sebelah Fahim ialah ratasya dan Qistina

"Fahim aku duduk sebelah kau bolehh?? " (soal ratasya)

"duduk je lahh, dah takde tempat kann takkan kau nak duduk kat lantai HAHAHAH" (jawab fahim sambil membuat lawak)

"haha lawak nye... eh Qist, duduk depan akuu lahh"

"okayy, eh sepatutnya bahagian ni semua girls, bahagian fahim semua boyss.. kenapa dah tak teratur ni" (soal Qistina)

tiba-tiba cikgu Badrul masuk dan perbualan mereka terhenti kerana cikgu badrul menghentak meja, namun perwatakan cikgu Bad sangat lawak dan random. dia suka menyakat anak murid nya dengan melakukan perkara random seperti tiba2 meninggikan suara untuk mengejutkan pelajarnya namun sebenarnya cikgu bad hanya ingin bergurau.

"kenapa kau lambat masuk auni?? " (soal hazima)

"aku kan rayuan, so banyak proses nak masuk sini"

"ooo, fahamm"

waktu balik sekolah, Fahim menaiki keretanya proton persona, dan balik ke rumah seperti biasa. keesokan hari, Fahim tiba ke sekolah seperti biasa

"weh kau macam mana

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

unconditional loveWhere stories live. Discover now