Jimin menguap entah yang ke beberapa kali matanya berasa tersangat berat untuk membukanya. Jimin mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat keadaan sekelilingnya. Huh! keluhan berat dilepaskannya.
Dia merasakan sudah lama dia duduk disitu dengan keadaan mengatuk tetapi situasi di dalam dewan itu sedikit pon tidak berubah. Pengetua pula tidak habis habis dengan ucapan perpisahannya. Haish! bencinya.
Kalau diikutkan hatinya nak jer dia sumbat earphone ke telinganya tetapi bila teringatkan yang dia berada di majlis formal dia terpaksa menahan dirinya untuk berbuat demikian.
Maklumlah menghadiri majlis konvo untuk pelajar tahun akhir lah katakan so, kenalah ikutlh aturcara majlis.
" Baik aku berangan lagi best dari dengar orang tu membebel" Jimin bermonolog sendirian untuk memutuskan perkara yang ingin dia lakukan.
" Jimin cepatlah beratur, jup lagi nama kita ni " Hyemin yang merupakan kawan baiknya nenegurnya." Huh?? errmmm.. ok" Jimin membalas dengan blurnya.
" Ok, baiklah sekarang saya akan mengumukan pelajar yang mendapat keputusan terbaik sepanjang tahun ini" Pengacara majlis itu mula mengeluarkan suara suspennya untuk menaikkan rasa gemuruh dalam kalangan para pelajar.
"Aduhai, pengacara majlis ni pon.. xyah lah nk buat suara cam tu.. aku dah cukup berdebar ni." Hyemin bersuara dengan mengelabahnya. Hish! menyampah betul.
"Oi..oi.." Kalau ye pon berdebar tak perlu rasanya kau nak patah-patahkan jari aku ni. Jimin bersuara seakan berbisik di telinga Hyemin untuk menyedarkan rakanya itu.
"Hehe.. Mian..." Hyemin tersengih sambil melepaskan tangan rakannya itu.
" Ala.. pengacara majlis pon kalau kau tak buat suara suspen tu pon aku dah tahu yang aku akan dapat anugerah tu" EunWoo ketua kelas Jimin dan Hyemin itu mula bersuara dengan angkuhnya kat depan dorang sambil membetulkan kot yang dipakainya.
"Uwwekk!! " Hyemin yang dengar apa yang dikatakan oleh EunWoo itu terus membuat reaksi seperti ingin muntah.
" Ni lagi sorang orang yang perasaan diri dia bagus.. hahahXD" Jimin pula yang bersuara lalu menaikkan ibu jarinya dihadapan EunWoo kemudian menjatuhkannya kebawah menunjukkan tanda sebagai loser.
Bukan mereka berdua sahaja yang mengejek tindakkan EunWoo itu malah semua pelajar perempuan yang berada disitu turut melakukan perkara yang sama.Lagi lagi EunDong dan BongSun yang sekepala dengan Jimin dan Hyemin.
" Ok, dipersilakan Han JiMin dari kelas 5A1 untuk naik ke pentas. " Dalam rancak-rancak Jimin berbual dengan rakan sekelasnya Pengacara tersebut memanggil namanya.
" Wei, dia panggil nama kaulah.." Eunwoo yang berada di belakangnya menepuk bahunya untuk menyedarkan Jimin.
" Huh?? seriously??" Jimin bersuara seperti tidak percaya.
"Ermm.." EunWoo sekadar humming. Jelas terpancar di wajahnya yang dia sungguh kecewa.
"Ok,Thanks sebab sedarkan aku.." Jimin bersuara sambil menepuk sedikit bahu EunWoo. HahaxD terasa bersalah pula nak naik atas pentas ambik anugerah tu lepas aku ejek dia tadi..
**Skip**
Tamat sahaja majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang dan sijil tamat belajar kepada para pelajar, mulalah acara yang paling ditunggu-tungguboleh semua pelajar iaitu acara bergambar bersama keluarga, tenaga pengajar dan rakan-rakan.
Jimin juga tidak melepaskan peluang keemas tersebut untuk bergambar bersama dan dijadikan kenangan.
Setelah puas Jimin, Hyemin, EunDong, BongSung dan Taehee bergambar bersama dengan pelbagai pose dan mimik muka, mereka berlima telah berjalan ke meja makan untuk menikmati makanan yang telah disediakan khas untuk mereka.
Sedang mereka menjamu selera, tetiba sahaja EunDong menjerit.
"Wei, Kau dah kenapa?? Kena sampuk ke huh??" Hyemin yang terkejut bersuara.
"Ni mesti kau nampak mamat pemalas yang kaya dan poyo tu kan?? " Jimin bersuara seolah mengerti akan situasi EunDong.
EunDong hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum malu malu dan seakan sudah faham benar dengan gelaran yang diberikan oleh Jimin dan rakan-rakannya kepada Prince Charmingnya iaitu Jung ChanWoo.
"Laa.. sebab tu je?? Hish kau ni kan buat aku terkejut je taw tak" TaeHee yang berada disebelah EunDong terus memukul lengan EunDong.
"Sorrylah guys aku bukannya apa.. tapi korang tengoklh ChanWoo tu handsome sangat" EunDong pula bersuara untuk membela dirinya.
"Oh,Ye??" TaeHee membuat muka menyampahnya tanda tidak bersetuju dengan jawapan dari rakannya itu.
"Handsome ye?? Kau tunggu jup ye aku nak pergi tarik dia datang sini duduk sebelah kau biar hilang sikit angau kau tu..haha" BongSun mula bersuara seperti mengugut rakannya yang seorang itu.
" Huh?? Janganlah.. aku merayu sangat kat kau jangan" EunDong mula cuak dengan ugutan dari BongSun yang sememang soerang yang berani dan pantang di cabar itu.
Bongsun mula bangun dari duduknya dan mengatur langkah untuk ke meja tempat ChanWoo berada.
EunDong memandang semua rakan-rakannya yang lain dengan muka yang penuh dengan simpati tetapi apa yang dia dapat adalah semua sahabatnya itu menaikkan ibu jari mereka kepada mereka tanda padan dengan mukanya.
Tidak sampai beberapa saat EunDong berjalan ke meja ChanWoo, dia sudah berpatah balik ke mejanya dan rakan-rakannya berada tadi.
"Mana ChanWoonya??" Jimin bersuara seakan memerli sedangkan dia sendiri sudah mengetahui sebabnya. BongSun tidak berani untuk meruskan langkahnya kerana Vernon yang merupakan jejaka kacak di sekolah mereka tiba tiba turut serta di meja makan ChanWoo.
Rasanya sebab apa Bongsun tu path balik?? Apa kaitan dia ngan Vernon tu erk??
Haha watak Mark aku xwujudkan lagi... Maybe next chapter baru ada kot.