Sambungan part 1
"Mana ChanWoonya??" Jimin bersuara seakan memerli sedangkan dia sendiri sudah mengetahui sebabnya. BongSun tidak berani untuk meruskan langkahnya kerana Vernon yang merupakan jejaka kacak di sekolah mereka tiba tiba turut serta di meja makan ChanWoo.
Sampai saja di tempat duduknya tadi, BongSun terus menyembamkan mukanya di meja tersebut.
Tindakannya itu membuatkan rakan-rakan ketawa dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam xD. haha.
"Padan muka kau.. tulah tunjuk berani lagi.." Kali ini EunDong pula yang menaikkan ibu jarinya kepada BongSun.
Vernon memang lelaki paling handsome kat sekolah tu tapi satu jer sifat dia yang orang xsuka. Dia terlalu jujur sampai semua takut nak dekat dengan dia kecuali lelaki lh sebab dorang tu gentle sikit tahan kena maki. xD.
Vernon ni pernah mintak couple kat BongSun. Orang cantik lah katakan tu yang ramai yang minat sampai Prince kat sekolah tu pon minat dia tapi BongSun tolak sebab nak habiskan belajar dulu. Perempuan kan mestilah kena jual mahal baru dapat tahu lelaki tu setia ke tak.
Ala senang cerita BongSun ni memang sukakan Vernon tu jugak. Tu yang jadi pemalu bila terserempak dengan Vernon. hahaxD.
**SKIP**
Jimin POV
Selesai je makan, semua kawan-kawan aku pergi tinggalkan aku sensorang kat meja makan ni.
Dorang nak pergi bergambar dengar Prince-Prince Charming dorang tu.
Happy lah EunDong tu sebab tadi masa kitaorang tengah makan tetiba ChanWoo datang bagi kertas untuk vote dia jadi King malam ni. Haish menyampah betul. Mamat poyo lah katakan semua pon sanggup buat untuk jadi popular. haha kejam betul aku ni describe dia.
Si EunDong ni pulak yang miang sangat gi ambik semua kertas vote tu tulis nama ChanWoo. Mentang-mentanglah Prince Charming dia tu berdiri belakang dia siap peluk bahu dia lagi.
Disebabkan tu jugak lah ChanWoo menawarkan dirinya untuk bergambar dengan EunDong lepas dia habis makan nanti. Peluang keemasan kan mana boleh nk dilepaskan ><...
Yang si minah potpet Taehee tu pulak dapat tawaran jadi mc untuk acara lepas ni. Ermm.. maklumlah dah nak habis sekolah kan so, menggila lah sikit malam ni sebab nanti lama tak jumpa.
BongSun lagi lah Vernon dengan beraninya gi ajak BongSun jadi pasangan dia untuk acara tari-menari kejup lagi.
Luckly, BongSun terima kalau tak buat malu je.. hahaxD
Hyemin kawan sekepala aku tu pulak memang terlebih mesra..Friendly lah katakan. Sekarang ni dia tengah berjalan kat sekeliling dewan yang besar ni untuk cari mangsa yang sudi bergambar dengannya.
Excited punya pasal semalam sanggup dia datang rumah aku semata-mata nak pinjam duit untuk beli kamera baru.
Katanya, kameranya dipinjam oleh abangnya Sehun sebelum abangnya pergi ke London untuk sambung belajar.
Aku pulak time tu menang pokai So, memang tak de lah nak bagi dia pinjam duit tu.
Dia pulak memang Queen of drama kalau tak dapat yang dia dapat tu memang tarik muka lah jawabnya.
Ermm.. Kesian punya pasal aku pon bagilah dia pinjam kamera canon sx60 kesayangan aku tu. Member lah katakan.
Happy punya pasal dapat pinjam camera aku sampai sanggup caj 10 jam dan tukar sd card yang baru. Semuanya untuk pastikan yang dia dapat tangkap gambar dengan banyak dan cantik.
Lagi pon bila lagi ada masa macam ni untuk tangkap gambar sesama kan..
So, sekarang ni tinggal lah sensorang kat meja tunggu dorang habis buat kerja dorang sambil tengok persembahan yang disediakan khas untuk malam ni.
Tengah seronok-seronok aku tengok persembahan tu ada pulak sorang mamat ni datang duduk sebelah aku.
"Hai, sorang nampak mana kawan awak yang lain??" Lelaki itu menyapa.
"Oh, Hai jugak.. dorang ada jer kat dalam dewan ni jugak tapi tak tahulah area mana.. ada apa-apa ke tanya tentang dorang ni? " Aku bersuara tanpa pandang ke arah dia sebab mata aku ni tengah syok layan persembahan khas dari pelajar lelaki kelas aku. Dorang buat tarian No More Dream and Dope tu. Mana boleh lepaskan peluang ni.
"Ermm.. xdelah saya cuma tanya je.. Tapi bagus jugak dorang xde kat sini sebab saya nak jumpa awak bukannya dorang" Lelaki itu kembali bersuara dengan perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Jimin.
"Huh?? Apa dia?" Jimin sengaja menyoal kembali lelaki tersebut sedang dia dah dengar tadi apa yang lelaki tu cakap tapi dia saja je pura-pura tak dengar.
"Ermm.. tak de apa apa lah.. Ni lama lagi ke mata awak tu nak tengok persembahan kat depan tu??" Lelaki itu menyoal kembali.
" Ermm.. tak lah dah habis dah pon persembahan ni.. ada apa awak dat.." Jimin bersuara lagi sambil memusingkan kepalanya kearah lelaki tersebut dan kata-katanya terus terhenti saat melihat wajah lelaki tersebut."Ma...Mark??" Jimin bersuara lagi seakan tidak percaya.
Oh yeahh!! Seperti yang dijanjikan, Finally watak Mark muncul jugak.. HahahxD