Pertemuan pertama

110 9 7
                                    



Aku nampak kelibat seorang lelaki berdiri di hadapan kedai, memegang sebuah gitar. Entah berapa lama dia hanya berdiri di hadapan.

Aku mula melangkah untuk keluar dari cafe, belum sempat aku lakukan sedemikian, Naim berjalan ke arah lelaki tersebut dan kemudian mereka masuk berdua.

"Y/n." Naim menyapa, tangannya memegang amp dan cable, tekaan aku, untuk gitar lelaki tersebut.

"Ni la abang aku, yang nak buat gig dekat sini." Naim menambah. Abang kepada Naim memberikan senyuman lalu menghulurkan tangannya. "Saya Kahar." Katanya dengan ringkas.

Aku menyambut salamnya. "Y/n, marilah duduk dulu." Aku senyum dan mengajak dia duduk berdekatan dengan pentas kecil diperbuat oleh kayu itu. "Okay, Kahar boleh set up dulu, lepas tu boleh mainkan satu dua lagu, saya nak dengar."

Kahar mengangguk. Dia mula set up gitar acoustic milik dia. Kahar mengeluarkan pick gitar bercorak bunga kemudian memetik gitar tersebut untuk memeriksa tuning.

"Uh.. awak ada specific genre? Preferred genre ke?" Kahar bertanya. Aku berfikir sementara kemudian membuka mulut untuk menjawab. "Acoustic, indie more to lagu yang soft soft gitu."

Kahar mengangguk kepalanya, rambut kerintingnya bagaikan spring. Ini kalau aku tarik ni boleh cari regangan panjang menggunakan f=ks.

"Okay... kalau saya nyanyi lagi Indonesian acoustic boleh?" Dia bertanya. Aku hanya mengangguk. "Boleh ja."

Kahar mula memetik gitar, kedengaran melodi lagu yang amat aku kenali.

"Kau datang, tatkala sinar senja ku telah redup." Suaranya lembut, menyanyikan lagu dengan merdu, jari jemari masih memetik gitar dengan lancar.

Lagu diteruskan, nyanyian Kahar semakin lama semakin merdu. Selepas habis nyanyian lagu. Dia kemudian melihat ke arah lantai, bagaikan malu ingin bertentang mata.

"Okay.. awak boleh mula bila?" Aku bertanya dengan senyuman.

Kahar bagaikan terkejut. Naim ada beritahu, abangnya sudah bertahun tidak membuat persembahan. Mesti rasa kekok.

"Harini pon boleh... uhm tapi.. gig saya dua kali seminggu sahaja. Kan?" Dia bertanya. Aku me  mengagguk. "Haah, 2 kali seminggu."

Aku berdiri dan meninggalkan Kahar di pentas kayu lalu berjalan ke arah Naim sedang mencuci alatan mesin kopi. "Macam mana?" Naim bertanya. Aku tersenyum. "Abang kau dapat kerja tu.. tapi kan.. kenapa akak tengok abang Naim tu macam awkward semacam?"

Naim tergelak kecil sambil menggeleng kepalanya. "Abang tu sejak kerja sendiri, dia jarang keluar, jumpa orang maybe sebab tu kot dia inteovert sikit. Takpa nanti okay la tu. nanti akak jumpa Kahar yang sebenar." Naim jawab sambil membancung segelas kopi. "Akak nak, kan?" Naim bertanya.

Aku hanya mengangguk. Masih lagi melihat ke arah Kahar yang sedang bermain drngan gitarnya sendiri.

Apabila cafe buka, customer ramai yang datang, iyalah, waktu breakfast la orang serbu cafe. Sama ada untuk beli kopi, beli pastries nak buat bekalan.

Mata aku masih lagi setia melihat ke arah Kahar, pentas kayu itu memang bertentangan dengan mesin kopi, jadi aku, sebagai barista, memang boleh nampak setiap gerak geri Kahar. Dia nampak... takut? Kekok?

Setelah selesai kopi terakhir customer, keadaan mulai reda, aku membancuh secup kopi cappuccino dan berjalan ke arah pentas kayu yang menjadi sarang kepada Kahar yang terlihat gementar. Aku berani tinggal counter sebab Naim dah pandai guna mesin kopi tu.

"Okay?" Aku bertanya dengan lembut. Agak confuse kenapa dia tak menyanyi dari tadi.

"Uh.." Kahar membalas. Menunjukkan tangannya yang sedikit bergetar. Aku mengangguk. "Nah, sejuk ni, sedap, saya baru buat." Aku berkata sambil menghulurkan air tersebut.

Kahar mengambil dengan tangan yang tidak stabil. Aku duduk di atas kerusi kayu bertentangan dengan dia. "Awak.. nervous?" Aku bertanya.

"Saya.. dah lama tak perform dan." He cleared his throat and closed his eyes. He took a deep breath before speaking again. "Saya lama tak keluar rumah.. duduk tempat crowded." He added.

Aku faham. Ini mesti case social anxiety. Bila lama tak keluar dan berinteraksi dengan orang jadinya.. takut, gementar.

"Okay.. sekarang macam mana?" Aku bertanya kepada dia. Kahar hanya memandang ke arah lantai.

".... Awak teman saya?" Kahar bertanya agak malu dengan pertanyaannya sendiri. Aku ketawa kecil kemudian mengangguk. "Boleh." Aku berkata.

"Jangan risau, takda apa lah, ada awak dengan saya ja dekat sini." Aku senyum dan berkata. Kahar hanya memandang aku, mengendahkan semua pelanggan lain. Ramai sekarang. Semuanya tengah menikmati makanana.

"Awak dengan saya.." Kahar mengulang dan mengangguk sebelum memetik gitarnya. Aku senyum ke arahnya lalu mengangkat kedua-dua ibu jari aku. Kahar tersenyum sedikit.

Kahar mengambil nafas dalam dan menghembusnya sebelum mendekatkan wajahnya ke arah microphone.

"Tentang bunga
Indah wajahnya kemayu" Dia bermula. Kahar memandang ke arah aku, bagaikan merenung ke anak mata.

"Memaparkan sejuta lamunan" kahar sambung lalu memandang ke arah lain.

"Tentang bunga
Selalu mekar mewangi." Pandangannya kembali. Entah mengapa tiba-tiba pipi aku terasa sedikit merah.

"Memaparkan sejuta lamunan."

"Cinta yang kuberikan untukmu
Jangan pernah berpaling
Kau juwita, kau juwita
Jangan pernah layu" matanya langsung tidak malu untuk menatap mata aku. Aku hanya tersenyum lalu menyanyikan lagu itu dengan suara yang perlahan.

Kahar hanya tersenyum lebih lebar, aku boleh nampak gementar dia masih ada namun sudah mencair menjadi keselesaan.

Habis sahaja lagu, aku menepuk tangan lalu tersenyum ke arah dia. Kahar sedikit malu tetapi tersenyum juga. "Awak ni.." kahar berkata lalu menutup mukanya dengan tangan sendiri.

"Awak nak saya teman lagi?" Aku bertanya. Kahar kelihatan malu. "Boleh ke?"

Aku ketawa. "Mesti la boleh, saya kan owner." Aku melawak dengan dia lalu mengedip sebelah mata. Kahar ketawa lalu mengangguk.

"Teman saya.."

—-
A/n: OKAY TU JE

Kopi dan GitarWhere stories live. Discover now