Untitled Part 1

597 27 4
                                    

Part 1 IF I STAY.


Di kelas 5 Danger, suasana kelas yang bising tidak menghalang Minhye untuk menjalankan rutin hariannya iaitu melakar lukisan di buku lukisannya. Sedang asyik melayan perasaan sambil melukis tiba - tiba ada tangan yang mengambil buku lukisan itu dari tangannya. Minhye mendonggakkan kepalanya untuk melihat siapakah gelaran yang berani mengganggunya untuk melukis itu.


"Woii, Kris bagi balik buku aku tu" katanya sambil mencebikkan mulutnya lalu menarik tangan kris yang sedang berdiri itu. "Kalau aku taknak macam mane? ajuk kris lalu mengangkat buku lukisan itu setinggi yang boleh. Perbuatan kris itu membuatkan minhye semakin geram apabila kris sengaja mengangkat tinggi bukunya itu. "tahulah aku ni pendek" desis hatinya perlahan. "Weyh jangan la macam ni, tak baik tau buli aku. Tolong la weyh, bagi la balik" katanya lagi sambil membuat aegyo di depan kris untuk melembutkan hati lelaki yang tinggi lampai itu. "Hmm kejap erk, bagi aku tengok dulu ye. Macam ada emas je dalam buku ni yang kau nak berahsia sangat ni kenapa?" ujar kris sambil mengangkat keningnya lalu perlahan lahan tangannya ingin membuka buku lukisan tersebut. "Hmm takpe la kalau taknak bagi balik" rajuk minhye lalu duduk semula ditempatnya dan menekap mukanya di atas mejanya. Minhye takut sekiranya kris membuka buku lukisan tersebut kerana di dalam itu terdapat banyak rahsia yang diam pendam terhadap kris selama ini, perlahan lahan air matanya mengalir dan dia tahan supaya kris tidak mendengarnya. "Eh, kau ni dah kenape? Weyh alaa merajok dah ke? Takkan dah mengalah kot my princess?" kata kris sambil menggoncangkan bahu minhye perlahan. Pelik? tiada sebarang jawapan daripada Minhye. "Takkan dah tidur kot? atau dia menangis sebab aku ambil buku dia ni? eh janganlahh" desis kris di dalam hati. Minhye membatukan diri dan membiarkan sahaja apa yang kris buat kerana merajuk dengan kris yang tidak ingin memulangkan buku lukisannya itu. Kris mengangkat muka Minhye perlahan dan melihat wajah Minhye yang sudah berair itu. "Weyh, alaa janganlah macam ni. Aku minta maaf weyh, aku janji tak buat lagi dah. Jangan la nangis, please" pujuk kris sambil memegang tangan kanan minhye lembut. "Hmm nak ambil balik, dah jangan nangis. Tadi tu aku gurau je la" kata kris lagi sambil meletakkan buku lukisan minhye di atas meja. Minhye merenung kris lalu berkata "Hmm, yelah tu esok buat lagi dan lagi dan lagi" kata minhye sambil membebel di depan kris yang tersenyum menampakkan giginya yang cantik itu. "Heee yang ni last, aku janji takkan buat lagi dah sebab aku taknak buat kau menangis. Aku kan sayang kau" Ujar kris sambil mengangkat tangan kirinya seperti berikrar manakala tangan kanannya pula mengelap sisa air mata Minhye itu. "Heee yela sayang la sangat kan?! boleh percaya ke yang kau sayangkan aku? soal korang lalu bangun meninggalkan kris di belakangnya. "Ye sayang sangat sangat ni" ujar kris sambil membuat bentuk love di belakang minhye "hahaha, dah jom la rehat mesti tao dengan lay dah tunggu tu. Kesian dorang nanti lapar karang" sambung kris lagi lalu menggengam tangan minhye dan keluar dari kelas menuju ke arah kantin untuk mencari tao dan lay.


- Di Kantin Sekolah -

Tao sudah mula merungut apabila bayang Minhye dan kris tidak muncul lagi. "aduhh aku dah lapar ni lay, aduhh lambatnya dorang ni" adu tao kepada lay sambil menyepak kerusi kantin itu dengan sekuat hatinya. "Auchhhh arghhh bodoh sakit gila kot, arghhh stresss" jerit tao lalu meniup niup dan menggosok perlahan kakinya itu. Lay yang hanya menjadi penonton sejak tadi hanya menggelengkan kepala melihat telatah tao yang kebudak budakkan itu lalu berkata "Sabar la bro, kejap lagi datang la tu" kata lay lalu tersenyum sinis melihat tao yang seperti ingin menangis itu. Pada masa itu, sampai la minhye dan kris di tempat kejadian dan melihat tao yang sedang duduk mengaduh sakit kakinya itu. "Weyh kau dah kenapa ni? soal minhye lalu duduk disebelah tao sambil melihat kaki tao. "Weyh pehal korang dua lambat sangat ni? kau tengok kan kaki aku dah sakit" kata tao mengadu nasibnya sambil mengusap kakinya itu. Kris yang memandang tao yang over semacam itu lalu membalasnya "Hek eleh kau ni, tak reti sabar ke? Kalau bab makan no. 1, haa kaki tu padan muka" kata kris lalu duduk disebelah lay yang tergelak melihat situasi hangat tao itu. "Hmm tu la tadi dia bengang sangat korang sebab lambat pastu dia pergi sepak kerusi tu, kan dah melarat baru dia tahu" ujar lay lalu tertawa terbahak bahak. "Eh minhye, kau bawa ape tu?" tanya lay sambil melihat tangan minhye yang memegang sebuah plastik. Minhye yang sedang memegang plastik itu lalu tersenyum mendengar soalan lay lalu menjawabnya "Heee, ni nenek aku buat tapi aku tak makan sangat korang nak?" ujar minhye lalu menyuakan plastik itu ke arah kris dan lay. Kris yang agak teruja dengan bau makanan itu terus mendapatkan plastik tersebut. "Eh ni lepat kan? Wuu favorite aku ni sedapnyaaa" kata kris lalu memakan dengan lahapnya. Lay yang turut makan juga turut memberikan respon kepada minhye "Woahh sedapnya, pandai nenek kau masak eh? nanti share resepi ngan aku tau. Aku nak try buat nanti" kata lay sambil melihat teliti isi lepat itu. "Hehe gomawo, nae arraseo nanti aku tanya nenek aku ye? kata minhye sambil tersenyum melihat telatah rakan rakannya yang seperti tidak pernah berjumpa dengan makanan itu. Dia memandang sekilas tao yang disebelahnya itu lalu tertawa melihat tao sudah comot ketika memakan kimbap itu. "Eh ape yang korang sibuk membebel ni makan je boleh tak? kau tak makan ke minhye sedap tau, nak sikit?" kata tao dengan mulut yang penuh itu lalu menyuakan kimbap yang tao makan itu. "Gwenchana, aku dah kenyang tengok korang makan kot" jawab korang lalu tertawa lagi. "Yelah tu, hee kau diet eh?" soal tao lagi dan tiba tiba tao batuk dan kaku "weyh air please, aduhh tercekik aku kalau macam ni. Aku taknak mati lagi, minhye bagi aku air" jarit tao lalu mengambil air yang minhye hulurkan itu lalu diteguknya rakus. Lay dan kris hanya mampu ketawa apabila melihat tao yang sudah seperti anak kecil yang tercekik tulang itu. "Kau ni tao makan elok elok lah, karang ade yang mati tercekik ni. Aku tak larat nak seret kau balik kelas nanti tau. Dah la berat kalah panda kat zoo tu tahu tak? sakat lay kepada tao. Merah padam muka tao apabila disakat oleh lay sebegitu, dia rela mendiamkan diri daripada dibahan lay dan kris. Kris merenung minhye didepannya lalu menyuakan makanan yang dimakannya itu untuk disuap "Aaaa" kata kris memberi isyarat untuk menyuap minhye. Minhye yang terkejut melihat kris yang sebegitu berkata didalam hati *Kris please jangan goda aku boleh tak? nanti aku meletop kat sini juga karang. tak pasal je* "Ishh malulah orang tengok kris" ujar Minhye lalu menolak perlahan tangan kris itu ke tepi. Kris yang tidak mahu mengalah masih lagi menyuakan makanan itu didepan bibir minhye, "lagi malu kalau kau taknak makan tau, pleasee aaaa" pinta kris lagi lalu mengenyitkan matanya itu. "OMG OMG KRISS PLEASE STOP IT KRISS CAIR AKU KALAU MACAM NI" jerit minhye didalam hati. "Okay" lalu minhye memakan makanan yang disuap oleh kris itu lalu mengunyahnya perlahan dan ditelan. Merah mukanya apabila dilayan seperti begitu oleh kris. Lay dan tao hanya mampu tersenyum melihat keakraban minhye dan kris yang tiada siapa mampu menghalang keakraban mereka itu. "Heee that's my princess, good girl" ujar kris lalu mengusap kepala Minhye perlahan sambil tersenyum melihat muka minhye yang sudah merah itu.


Dari jauh ade sepasang mata yang memerhati kelakuan Minhye, kris, lay dan tao.



Siapakah orang itu? - bersambung -Sorry if tak best, story ni saya dah pernah post kat fb dekat group imagine/fanfic cuma diubah sedikit. Need your feedback guys ^^

If I Stay | WUYIFAN |Where stories live. Discover now