Part 6

128 19 0
                                    

Pagi tu Minhye terus bersiap untuk pergi ke sekolah awal sebab hari ni minhye akan bertugas membersihkan kelas dan sebelum pergi tu minhye sempat memeluk dan kiss teddy bear kris tu yang dinamakan teddy tu sebagai Mr Galaxy.

Sampai sahaja di sekolah minhye terus membersihkan kelas. Semasa melakukan pembersihan kelas itu kris, tao and lay pergi tandas untuk menemankan tao yang takut umtuk pergi seorang diri. Tiba tiba, seseoramg menyapa mingye dari belakang. Minhye berpaling, "ouh naeun rupanya" bisik minhye perlahan.

"Hi minhye, awalnya datang? Sorang jeke?" Perli naeun lalu menjulingkan matanya keatas.

"Ouh hi naeun shi, saya datang awal sebab nak bersihkan kelas. Yang lain pergi toilet" balas minhye lalu menyambung tugasnya kembali.

"Ouh yeke? rajinnya awak" perlinya lagi.

"Haritu awak ada benda nak cakap kat sayakan? Haa bagitahu la cepat" pinta minhye sambil melakukan tugasnya itu.

"Minhye, awak sayang saya tak?" Soal naeun tiba tiba.

PELIK..kata minhye di dalam hati.

"Ishh mestilah sayang, awakkan kawan saya" balas minhye perlahan.

"Kalau awak sayang saya, awak tolong saya boleh?" Pancing naeun lagi.

"Minta tolong ape? kalau boleh tolong saya tolong la" soal mingye ragu ragu.

"Saya nak awak pujuk kris untuk saya, boleh?" Umpannya lagi.

"Kris? awak gaduh dengan dia ke?" Terkejut mingye apabila naeun menyebut nama kris.

"Ehh takde la, saya nak awak pujuk dia supaya dia terima saya. Saya sukakan dia" Terus terang baeun menyatakan hasrat hatinya.

"Haaa? Awaakk sukakan kris, sejak bilaa?" Tanya mingye tergagap gagap.

"Ye saya sukakan dia sejak saya pindah sini, saya sukakan dia sangat dan saya jealous bila dia rapat dengan awak, tao and lay. Saya harap awak boleh tolong saya ye? Kalau awak sayangkan saya tolong saya dapatkan kris ye?" Pinta naeun lalu menundukkan wajahnya.

"Okay, saya cubaa tapi saya tak janji" kata minhye lalu cuba menyembunyikan perasaannya kini yang bagaikan retak seribu.

"Yeahh, sayang awak. Awaklah sahabat saya minhye"jerit naeun lantas memeluk minhye gembira.

>Skip<

Selepas je sesi luahan perasaan naeun yang memberitahu pasal isi hati dia, minhye pun asyik termenung di dalam kelas. Pembelajarannya juga terganggu akibat kata kata naeun. "Sanggupkah dia" hanya itu yang dia fikirkan. Akibat daripada itu, kris yang menegurnya pun dia tidak melayan. Sampailah loceng rehat berbunyi kris pun menegur minhye yang sedang termenung itu.

"Hi my girl, what's wrong with you? aku panggil pun kau tak dengar? Kau tak sihat ke?" Soal kris pelik.

"Haaaa ape?" Soal minhye balik, blurnya seketika.

"Kau kenape harini ye? pagi tadi okay je masa datang. Ada masalah eh? share la dengan aku" ujar kris lalu menenung mata minhye.

"Minhye, muka kau ni pun dah macam hantu tau pucat sangat weyh" kata tao risau melihat muka minhye yang pucat bagaikan tiada darah di dalam badan.

"Tao, minhye punya cute macam ni kau kata hantu. Tapi asal muka kau pucat sangat ni? Soal lay pula

"Ehh mane ade, aku okay la dah jom rehat" bidas minhye lalu membulatkan matanya dan menarik tangan tao untuk pergi rehat.

Pantas kris menarik pergelangan tangan minhye dan ianya membuatkan minhye berpaling dan menelan air liurnya ketakutan.

"Kau kalau ada apa apa bagitahu aku, jangan pendam pendam aku tak suka. faham?!" Kata kris lembut namun agak tegas.

If I Stay | WUYIFAN |Where stories live. Discover now