BAB 5

14 3 2
                                    

Kaki dan lengan Sri kebas , belakang badannya pula sakit . Dek kerana telah merangkak selama beberapa minit di dalam laluan rahsia . Hujung bagi laluan rahsia ini masih belum ditemukan olehnya .

' Kalau sudah terperangkap di sini , janganlah mati terseksa . Aku mahu mati dengan kerelaan hati , supaya rohku tenang dan tidak akan mengganggu Ana ' , dia berjenaka dalam mindanya , ingin menghilangkan gugup yang bertakhta di sukma .

Sebenarnya , Sri tidak dapat melihat apa - apa pun di dalam laluan rahsia tersebut , kerana tiada sumber cahaya . Dia hanya membuta tuli , mengikut sahaja laluan itu membawanya pergi . Tambahan pula , malam masih berlabuh . Di awal laluan rahsia , cahaya bulan masih menerangi segenap laluan . Lama - kelamaan , keadaan sekeliling menjadi kian gelap dan cahaya sirna sekelip mata .

Ketika itu , Sri berfikir untuk berpatah balik . Tidak mungkin baginya dapat menelusuri laluan rahsia tanpa sebarang cahaya . Fikirannya turut menerawang akan serangga atau makhluk yang mungkin menghuni laluan rahsia itu . Namun , Sri tekad untuk meneruskan perjalanan kerana amat sukar baginya untuk memusingkan badan di laluan yang sempit ini .

Sri tercungap - cungap keletihan . Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan . Risau jika dia mati kerana kekurangan udara . Dia berhenti seketika , merehatkan tangan dan kakinya yang sudah lenguh . Belakangnya pula perit kerana berada pada postur yang sama sepanjang perjalanan .

' Betulkah tindakanku ini , bagaimana kalau sangkaanku salah berkenaan ayahanda . Takkan hanya sebuah mimpi , mendorongku melakukan perkara seperti ini . ' , fikirnya sejenak .

Setelah beberapa ketika Sri mengelamun , dia meneruskan perjalanan semula . Sri harus bergegas keluar dari laluan rahsia ini sebelum pagi menjelma . Jika ayahandanya berjaya menjejakinya , pasti semua usaha ini sia - sia belaka . Lagi - lagi , apabila difikirkan berkenaan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya .

Sedang Sri asyik memikirkan berkenaan situasi di istana ketika kehilangannya . Tiba - tiba , kornea matanya menangkap biasan cahaya dari kejauhan .

' Sudah siangkah ? , menurut perkiraanku , sepatutnya matahari belum terbit lagi ' , getus hati kecil Sri .

Namun , Sri berpendapat bahawa tiada masa untuk berteka - teki . Dia harus lekas menuju ke arah cahaya yang terbias di udara , dalam laluan sempit ini . Semakin Sri menghampiri cahaya tersebut , semakin terang kawasan di persekitarannya , sehingga Sri perlu menutup rapat matanya kerana silau .

Rumput . Kulit tangannya menyentuh rumput . Udara yang dihirup sudah tidak sesak seperti di dalam laluan rahsia . Sri membuka matanya , dia sekarang berada di pinggir hutan .

" Sudah semalaman rupa - rupanya aku menelusuri laluan itu . "

Anehnya , Sri tidak dapat mencari laluan rahsia yang ditelusurinya sebentar tadi , seperti lenyap ditelan bumi . Namun , Sri menghiraukannya kerana terdapat bunyi riuh - rendah orang ramai di luar kawasan pinggir hutan .

Sri berlari anak menuju ke kawasan yang riuh - rendah itu . Gemuruh hatinya kerana ini adalah kali pertama dia bersua muka dengan manusia selain manusia di dalam istana .

" Selamat tinggal istana neraka " , bisik Sri .

•••••

Kawasan itu dipenuhi ramai orang . Gerai makanan bertaburan , suara penjual yang memborong barangan memenuhi suasana . Ramai orang sedang berpusu - pusu membeli makanan dan barangan basah . Juadah yang dipamerkan di setiap gerai menghidupkan nafsu makan Sri . Makanan yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini . Perut Sri mula berkeroncong , mungkin kerana telah semalaman berhempas - pulas merangkak melalui laluan rahsia itu .

Namun , Sri tidak mempunyai wang . Dia hanya membawa barang kemas miliknya sahaja , tetapi hanya digunakan apabila berlaku kecemasan . Tiba - tiba , seorang peniaga menegur Sri .

" Hoi , gadis kamu mahu beli Barbeque milikku , beli sekali pasti mahu berkali - kali " , ujarnya dengan penuh bersemangat .

Sri terbungkam , dia tidak tahu ingin berkata apa , mindanya ligat mengatur perkataan . Akhirnya , dia menggeleng laju , lalu membuat isyarat yang dia tidak mempunyai wang yang mencukupi .

" Oh , kalau begitu ambillah 3 batang , percuma daripadaku ! Jangan lupa beritahu kerabat dan kawan - kawanmu berkenaan geraiku ! " , lalu dihulurkannya 3 batang Barbeque kepada Sri .

Sri mengambilnya lalu menggigit perlahan . Rasanya sangat sedap . Dia tidak pernah merasa makanan yang seenak ini . Sri menguntumkan senyuman kepada peniaga itu lalu membuat isyarat bahawa makanan itu sangat sedap .

Dia meneruskan perjalanannya di sekitar kawasan jualan . Hiruk - pikuk peniaga dan pembeli yang sedang tawar - menawar mendatangkan rasa kebahagiaan kepada Sri . Dia tidak menyesal melarikan diri dari istana , tetapi dia perlu bersembunyi dengan segera , sebelum ketiadaannya di istana disedari oleh ayahandanya .

Sri tidak berselubung kerana dia tahu , rakyat jelata pasti tidak mengenalinya . Raja tidak pernah menunjukkan rupa paras puterinya kepada umum . Setelah penat berjalan ,  Sri melabuhkan punggungnya di sebuah bangku . Dia melihat anak - anak kecil sedang berlari keriangan .

Tiba - tiba , seorang pemuda menawarkan aiskrim kepada Sri . Tanpa ragu - ragu , Sri mengambilnya lalu dijilat aiskrim itu perlahan . Aiskrim itu manis dan sejuk , ia menyegarkam minda Sri . Pemuda itu tersenyum manis kepada Sri , ketika Sri sedang menikmati aiskrimnya . Sri membalasnya pula dengan senyuman kekok , tidak selesa dipandang pemuda itu .

" Terima kasih ya ! " , ucap Sri kepada pemuda itu sebelum bergegas melarikan diri .

Sri harus cepat mencari tempat persembunyian agar ayahandanya tidak mengetahui lokasi keberadaannya sekarang . Namun , Sri kekontangan idea , dia buntu . Sedang Sri leka berjalan , dia merasakan terdapat beberapa orang sedang membuntutinya . Sri tetap optimis , fikirnya itu pasti bayangannya sahaja .

Namun , sangkaan Sri meleset apabila seseorang menggengam lengan Sri dengan kuat .

" Nak pergi mana gadis cantik " , ujar pemuda yang bertubuh sasa .

Sri ketakutan , adrenalinnya mengepam laju di dalam urat sarafnya . Tanpa berbasa - basi , dia menggigit tangan pemuda bertubuh sasa itu . Pemuda itu mengerang kesakitan , lalu menyuruh kawan - kawannya menangkap Sri .

Sri pantas melarikan diri . Langkahnya dibuka luas , kakinya menapak laju . Dia melanggar segala benda yang menghalangnya termasuk peniaga - peniaga yang sedang mengangkut barangan jualan mereka . Barangan mereka bersepah di lantai jalanan . Sri dapat mendengar peniaga - peniaga tersebut memakinya .

Sri menuju ke arah pinggir hutan supaya gerombolan lelaki itu tidak dapat mengesannya . Taktiknya terbukti berkesan , mereka menuju ke arah bertentangan .

Kelegaan Sri yang sementara memudar , perutnya pula memulas . Sri perlu melepaskan hajatnya dengan kadar segera . Ini pasti kerana makanan yang dilahapnya tadi , perutnya masih belum beradaptasi sepenuhnya dengan makanan yang baharu .

Hutan . Sri terpaksa mencari tempat untuk dia melepaskan hajatnya dalam hutan ini . Dia berlari mencari tempat yang sesuai dan tersembunyi . Nasibnya baik , dia menemui sebuah tandas yang sudah kelihatan usang di tengah - tengah hutan . Ini sangat janggal bagi Sri , tetapi dia terpaksa , kerana perutnya sudah tidak dapat bertahan dengan lebih lama .

Akhirnya , hajatnya berjaya dilunaskan . Kelegaan menyelimuti hati Sri kembali . Dia ingin bangun daripada kedudukannya yang mencangkung , akan tetapi Sri tergelincir dan menyebabkan pinggulnya tersekat dalam mangkuk tandas . Sri berusaha untuk keluar , usahanya sia - sia dan gagal . Pinggulnya seakan - akan sudah bersatu dengan mangkuk tandas .

" Tolong ! Tolong ! " , Sri menjerit meminta pertolongan .

Malangnya , tiada sesiapa yang akan menjawab mahupun mendengar rintihan Sri , kerana dia berada di tengah hutan . Mungkin , di sinilah destinasi terakhir bagi Sri .


Puteri JambanWhere stories live. Discover now