mas

3.6K 49 3
                                    

Masmiah hanya memandang anak anaknya yang sedang asyik bergurau senda dengan  sesama mereka. Dia sungguh gembira melihat mereka itu sangat mesra adik beradik. Jarang adanya perselelisihsn faham, apalagi hingga berlaku pertengkaran di antara mereka. Jika berlaku pun hanya perkara kecil dan tidak lama, biasanya mereka akan selesaikannya sendiri sesama mereka. Lama Masmiah memandang anak anaknya itu. Sebenarnya dalam ketiga tiga anaknya tersebut, tidak seorang pun anak dari Masnoor sebagai suaminya yang sah. Walaupun mereka semua memang berbinti kan Masnoor. Namun Masnoor tidak tahu tentang itu. Semua ini terjadi mulanya bukan kehendak Masmiah, tetapi keadaan yang memaksa. Masnoor sebenarnya mempunyai masalah lemah tenaga batin.

Buka mati pucuk atau langsung tidak berfungsi, hanya dia tidak boleh untuk bertahan lama. Hingga ada kalanya tidak sempat pun untuk mereka melakukan persetubuhan, dia sudah pun memancut. Pancutannya juga kelihatan lemah sahaja. Puas juga berikhtiar, tetapi masih juga belum berhasil. Hanya hingga tiga tahun pertama Masmiah masih boleh bertahan dan bersabar, kemudian dari itu dia pun telah mencari dan berikhtiar dengan caranya sendiri. Mungkin ianya pun tidak akan berlaku jika tanpa kehadiran Nahar. kenalan Masnoor sendiri. Entah di mana dia menemuinya, tahu tahu sudah di bawa balik ke rumah. Mulanya hanya Masnoor sahaja yang membawanya balik, kemudian dia telah datang sendiri ketika Masnoor ada di rumah. Tetapi lama kelamaan selepas itu dia tetap datang juga, walaupun tahu bahawa Masnoor memang tidak ada di rumah.

Memandangkan sebagai tetamu, Masmiah pun melayaninyalah juga. Mulanya pun hanya biasa biasa sahaja, sekadar sembang sembang kosong. Namun mungkin kerana layanan dari Masmiah baik, telah membuat Nahar sering datang pula. Lama lama sudah menjadi terbiasa, dan menjadi semakin mesra pula. Oleh kerana sudah mesra dan juga di sebabkan sudah biasa, maka itulah bakal terjadi nya, perkara perkara yang luar biasa. Entah bagaimana Nahar sepeti tahu sahaja kemelut yang berlaku di dalam rumah tangga Masmiah. Samada dia hanya agak agak, atau memang sungguh sungguh  dia sudah tahu, Masmiah tidak pasti. Namun apa yang di perkatakan oleh Nahar hampir semua benar. Itulah yang telah membuat Masmiah jadi penasaran. Bagaimana orang luar sampai boleh tahu permasaalahan di dalam rumah tangganya.

Sebagai manusia biasa, memang Masmiah mengakui akan kelemahannya. Dengan kata bicara yang menjajikan harapan, dengan pujuk rayu dan godaan. Dia pun telah terpengaruh dan terpedaya.
" Sampai bila nak menunggu Miah, awak tu bukan semakin muda, anak masih lagi tidak ada."
Itulah antara kata kata Nahar yang telah menarik perhatian nya. Fikir punya fikir, Masmiah seperti sudah tidak boleh untuk berfikir lagi. Sehingga dia tidak sedar yang dia sebenarnya telah tewas dengan nafsunya sendiri. Cakap pasal anak, cerita pasal masa depan, itu hanya sebagai umpan untuk memancing sahaja. Tujuan sebenar Nahar adalah untuk memenuhi nafsunya sahaja. Bukan untuk membantu seperti yang di gembar gembur kannya itu.

Buktinya sebelum dapat, hampir setiap hari dia bertandang ke rumah Masmiah. Tidak pagi, petangnya, hanya tidak malam sahaja kerana Masnoor ada di rumah. Tetapi setelah mendapat dia pun menghilang, hanya mujurnya dia menunggu juga hingga sampai saat saat akhir Masmiah hendak melahirkan, selepas itu barulah dia pun terus menghilang, dan tidak muncul muncul  lagi hinggalah sekarang ini. Khabar berita tentangnya pun Masmiah tidak dengar. Cuma yang Masmiah hairan, mengapa dia perlu lari dan menghilangkan diri. Sedangkan tidak ada sebarang masalah pun yang timbul. Segala galanya dalam keadaan yang aman dan selamat. Tidak terdengar sebarang suara suara atau desas desus yang mencurigakan mengenai mereka.

Memang tidak padan ketika dia sedang memujuk dan merayu. Dengan kata kata yang cukup mempersona ketika menggoda. Bagai segala galanya dialah yang hebat belaka. Hingga membuat Masmiah benar benar terpesona dan terpedaya. Memang ketika itu hanya Nahar sahajalah lelaki yang dia percayai. Semua kata katanya Masmiah agap betul dan benar belaka. Kerana terlalu percaya itulah dia sudah tidak menimbang lagi, samada apa yang di perkatakannya itu betul ataupun salah. Sebab Nahar pun memang bijak bermain dengan kata kata. Jika orang yang lurus bendul memang seumpama makanan sahaja baginya. Begitu lah juga apa yang telah berlaku pada Masmiah ini. Sebab itulah dia mudah terpengaruh dan terpedaya dengan Nahar. Kerana terlalu percaya itulah maka berlakunya perkara tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

masWhere stories live. Discover now