Chapter 2 - Buah Betik Masak Ranum. Nak Dua Kati, Boleh?

1.1K 20 37
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Pergh.. laju gak aku publish chapter  kedua 'AIK' ni. Hmm, mungkin lima enam chapter  lagi akan tamat le citer ni. Tak panjang pun sebab malas nak kembangkan lagi watak-watak & jalan citernya. Layan je, ekk?

•••♦◄♥►♦•••

Jam tiga dua belas minit petang Yuzrie sampai di kedai runcit dengan basikalnya. Terus saja dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia mencapai penyapu lantas menyapu di dalam kedai membawa ke lantai kaki lima.

Seorang pelanggan masuk. Lelaki awal tiga puluhan dengan pakaian kotor dan sedikit koyak. Tentu kerjanya seorang petani atau buruh ladang. Yuzrie melayan lelaki itu yang membeli sekotak rokok serta air mineral botol besar.

"Hmm, mana la orang tua gendut ni? Mujur aku sampai tepat masanya, boleh gak layan sorang pelanggan," gumam remaja itu di dalam hati lalu meneruskan kembali tugasnya.

"Eh, bila kau sampai Yuz? Mak Bee tak perasan pun."

Wanita Pakistan gempal itu terkejut dek melihat budak remaja kacak tersebut yang muncul bak manusia halimunan.

"Baru sepuluh minit. Mak Bee ade kat belakang kot time  saya sampai tadi. Saya layan sorang pelanggan masa Mak Bee tak ade. Duit dah saya masukkan dalam laci."

"Ala, tak payah le nak bagitau pasal tu. Mak Bee percaya kat Yuz. Hal duit-duit ni jangan dok kisah sangat. Janji Yuz dah datang bantu ni pun dah kira bagus."

"Terima kasih, Mak Bee."

"Eh, sorang je ke? Mana Danil?"

"Dia suruh saya bagitau Mak Bee yang dia ade latihan takraw kejap lagi. So, saya sorang je lah yang keje petang ni."

"Oh, macam tu ka? Tak ape lah. Mak Bee pun bukannya nak bertegas sangat. Kalau Yuz pun ade hal petang ni bagitau je. Mak Bee faham, Mak Bee tak kisah."

"Eh, saya free  Mak Bee. Lagipun, latihan kawad Kadet Polis hari Sabtu dan Isnin je."

"Hmm, bagus le tu. Nampaknya Yuz kena kerja sampai tutup kedai jam tujuh nanti le, ye?"

"Okey arr, Mak Bee. Saya sedia berkhidmat seperti yang diamanahkan boss.. he he."

Wanita itu pun turut sama tergelak hingga bergoyang payudaranya. 


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• a𝓃ak ikan kehausan • {aik}Where stories live. Discover now