Taman itu sudah lama tidak aku kunjungi. Kenangan manis yang kini menjadi kisah silam mula terlayar dalam mindaku.
"Mi amore,Amanda."
Bait-bait cinta tidak aku dengari lagi ,kini ianya kekal sebagai memori.
Kekal buat selama-lamanya dalam memori Amanda Jasmay."Alex Benicio."sebaris nama meniti
di bibir Amanda. Cukup untuk membuatkan dia teringat akan kisah pahit dan manis yang dia lalui apabila bertemu dengan pemilik nama ini suatu ketika dahulu.~~~~
Amanda terjaga dari mimpinya. Mimpi tadi bagaikan nyata bagi dia. Habis berpeluh satu badannya seperti baru dikejar hantu. Jam menunjukkan 3 pagi. Amanda bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud sekaligus menenangkan dirinya daripada mimpi yang dialaminya tadi.
Amanda merupakan seorang yang cantik,sesiapa sahaja yang memandangnya pasti terpikat. Amanda berdarah kacukan melayu Arab,bentuk mukanya menjadi idaman wanita Malaya dengan dagu yang runcing, berkulit putih kemerah-merahan serta mempunyai bulu mata yang lentik persis wanita-wanita Arab.
Namun sayang, hati Amanda telah pun tertutup untuk lelaki akibat disakiti oleh orang yang paling dipercayai.