BAB 1

257 16 0
                                    

Hujan lebat di luar sana membuatkan aku masih di sini dari pagi sehingga malam. Kedai telah pun tutup pada pukul 5 petang tadi, tetapi disebabkan hujan tanpa henti aku masih terkurung di dalam kedai aku sendiri. Ini padahnya bila ayah menyuruh aku mengambil lesen kereta aku endahkan maka siapa yang susah sekarang ni?

"Dah pukul 8 setengah ni, macam mana aku nak balik kalau hujan tak ada tanda-tanda nak berhenti"  Jam ditangan aku perhatikan. Aku sudah maklumkan pada ayah dan mak dan malangnya aku yang dimarahi oleh mereka. Mula la mengungkit tentang pentingnya lesen memandu itu. Penat menadah telinga tahu?

Ting!

Loceng kedai aku berbunyi menandakan ada orang yang memasuki kedaiku. Rasanya aku dah tulis yang kedai sudah pun tutup tapi ahh salah aku juga sebab tak kunci pintu! Ok please Nara kau kena berani

"Maaf encik, kedai dah tutup sekarang ni. Boleh encik datang esok pagi?" Nara mara ke pintu utama kedainya. Seorang lelaki bersut kemas, tinggi lampai, berpenampilan kemas dan..

Handsome..

'Apa kau ni Nara, buatnya mamat ni jahat ke? Cuba buruk sangka sikit dekat orang yang kau tak kenal' Aku memandang lelaki ini dengan pandangan berhati-hati. Mata aku cuba untuk melihat mata lelaki itu tetapi wajah lelaki itu masih di skrin telefon miliknya

"Saya nak cari bunga kecil-kecil tu, aa what is the name of the flower? saya lupa pula" Lelaki itu panggung kepala lalu mata kami bertembung. Si lelaki itu menarik senyuman manis padaku. Ah cairnya!

"Encik maksudkan bunga baby breath ke? Kalau bunga tu maaf sekarang tak ada encik sebabnya kedai saya pun dah tutup dan stok bunga tu sampai esok pagi. Boleh encik datang esok?" tutur aku dengan lemah lembut. Hish harap aje handsome tapi tak faham bahasa ke aku cakap dari tadi.

Hareez mengeluh kemudian dia memandang semula wajah gadis di depannya. Kalau bukan disebabkan Tya Amanda a.k.a menantu pilihan uminya yang tiba-tiba merajuk dengannya tanpa sebab tak ada maknanya dia bersusah payah cari kedai bunga malam-malam begini. Ini pun uminya yang memaksa. Sudahlah bagi cadangan katanya gadis itu suka kan bunga 'kecil-kecil' itu.

"Bunga apa ja ada sekarang ni? Tolong saya cik, saya memang perlukan bunga tu malam ni juga" Dan kalini aku pula yang mengeluh panjang. Sudahlah penat kerja belum habis lagi, dengan masalah transport untuk dia balik pun dia masih serabut pikirkan, ini datang pula pelanggan dari syurga gamaknya

"Encik nak bagi bunga dekat siapa? kalau girlfriend mostly saya akan cadangkan bunga rose 3 kuntum. Encik nak tengok? bunga itu je la ada sekarang ni yang lain kena tunggu kedai buka esok hari"

"Bunga rose 3 kuntum?"

Alahai cik abang yang handsome, siapa gadis malang jadi girlfriend lelaki ni. Bunga 3 kuntum pun tak tahu maksud like seriously!? Aku ketawa 'sopan' di hadapannya, kang lebih-lebih dia viral kedai aku naya pak karim

"Bunga rose 3 kuntum maksudnya, I Love You jadi sesuai kalau encik nak bagi pada girlfriend encik" terang aku padanya. Haih cute pula tengok wajah blur lelaki didepan aku ni.

"Bagi saya bunga tu, maaf dah ganggu waktu kerja awak tapi saya terdesak sangat nak kalau tak ada orang mengilai waktu saya tidur nanti". Jangan tanya siapa kalau bukan perempuan bermasalah tu, hidupnya dahulu tenang sebelum kewujudan gadis bernama Tya Amanda itu, tetapi disebabkan uminya yang makin hari makin desak dia kahwin, uminya sendiri yang mencari calon buatnya.

Ya sekarang zaman moden, mana ada istilah 'kawin paksa' lagi tapi dia lain jadi dia turuti sahaja kemahuan uminya. Anak mak katakan

Aku hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Kaki melangkah ke ruang belakang untuk mengambil plastik serta barang-barang untuk dibungkuskan. Lampu dihidupkan kemudian dia memulakan tugasnya itu sambil mata mengerling ke arah lelaki yang sedang duduk di bangku hadapan, kusyuk benar empunya badan memandang skrin telefonnya itu.

𝐎𝐆 || MRS. FAEYZ DYLANWhere stories live. Discover now