MR.DRIVER ⋆。‧˚ʚɞ˚‧。⋆

1K 39 0
                                    

"Adik bangun lah adik teman mama jom beraya" Puan Anyra memanggil anaknya.

Sudah tiga kali dia masuk ke dalam bilik anaknya itu masih tidak bangun.Nak kata tidur mati mungkin lah sebab ini sahaja peluang untuk dia bangun lambat maklumlah cuti sekolah sebulan.
"Em.. lima minit"
"Eh tak ada lima minit.Bangun sekarang. Pukul 8 kita kena gerak takut sesak kat highway tu nanti"
"Okay...okay" balasnya perlahan.
Adriana masih mengantuk dalam keadaan mamai dia pergi mengambil tuala menuju ke bilik air.Itu sahaja cara untuk kembali segar.
Beberapa minit kemudian, dia sudah siap mengenakan pakaian baju kebaya moden berwarna biru beserta shawl berwarna silver.Ya dia memang cepat dalam bersiap.Salah satu sebab dia cepat kerana dia tidak gemar dalam bersolek.Bersolek pon hanya memakai lipgloss dan maskara itu pon hanya apabila dia rajin. Sedikit lipmatte dipakai yang warna macam nampak tak nampak.Bukan lah pick me girl dia hanya tidak handal dalam bersolek.Dirinya sendiri mengaku dan juga tidak minat untuk bersolek kerana kulitnya agak sensitif.

Sebaik sahaja siap,Adriana terus menuju ke bilik ibunya.
"Dah siap dah anak mama.Cepatnya"
"Mestilah ni Cyra Adriana la"
"Hahahah.Tunggu sekejap ye mama nak pakai tudung"
"Okay,Ina nak pergi panaskan kereta"
Itulah tugas dia sementara menunggu ibunya bersiap.Nanti tidak lah memakan masa.Kalau bukan dia,siapa lagi?Abang dia dah mula bekerja.Tepat pukul 6 pagi dah keluar rumah,tempat kerja abangnya bukan lah dekat.Ayah dia pula sudah genap 7 tahun meninggal sejak dia umur 10 tahun lagi dia membesar dengan ibunya dan abangnya.
Adriana mampu panaskan enjen kereta sahaja.Dia belum lagi dapat membawa kereta walaupun dia sudah genap 17 tahun.Kadangkala dia terfikir untuk belajar memandu sebab dia tidak mahu ibunya berulang alik menghantarnya dan mengambilnya di sekolah.Tapi masih belum ada rezeki untuk dia buat lesen dan belajar memandu.
Adriana juga pernah menangis kerana dia telah menyusahkan ibunya mengambil di waktu panas terik dan ibu dia terpaksa tunggu kerana cikgunya keluarkan dia lambat.Dia berasa bersalah kerana menyusahkan ibunya.Kalau lah duit ada semua perkara jadi mudah.
Hampir setengah jam dia menunggu ibunya,katanya mahu gerak pukul 8 sekarang dah 8:10 minit belum gerak lagi baru siap.Mak mak betulah.
Ikutkan hati dia,memang malas dia nak ikut tapi itulah dia seorang saja anak yang ada untuk menemani ibunya.

₊˚⊹♡ "Don't overthink little sweet"

Mereka memulakan perjalannya ke Seremban agak dekat lah juga dari Putrajaya ke Seremban dalam 1 jam sahaja kalau naik kereta.Dia pon pelik kenapa nak beraya rumah orang pagi-pagi.
"Kenapa awal sangat kita pergi ma?"
"Sebab mama nak tolong kawan mama,dia kan buat open house.Saja je nak tolong sikit-sikit nanti ina boleh lah kenal-kenal dengan anak-anak dia sementara mama dengan kawan-kawan mama"
"Ina mana pandai nak bergaul"
Dia nak tegur dengan orang pon fikir 10 kali ini kan nak bergaul.Ibunya pon kenapa lah ajak dia yang introvert 10 kali ganda ni.
"Ala anak dia tu friendly jangan risau,nanti dah kenal jangan pulak jatuh hati"
Adriana tidak faham apa yang dikatakan ibunya itu.Dia hanya teruskan bermain telefon pintarnya.

Sampai sahaja di lokasi yang ingin dituju dia terus menyimpan telefon pintarnya.Adriana agak sedikit terkejut apabila ibunya menghentikan kereta di hadapan pagar yang besar.
Sebaik sahaja mereka turun,mereka di sambut oleh 2 orang wanita yang seperti sama umur dengan ibunya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam Nyra,lama nya tak jumpa kau,Ya Allah rindunya" Balas seorang daripada mereka sambil memeluk Puan Anyra.

"Eh Riana ke ni dah lama tak jumpa.Dah besar dah ye kamu" yelah makcik tak akan makin kecil
Adriana hanya bersalaman sahaja dengan mereka berdua,dia pon tidak ingat yang dia pernah berjumpa dengan mereka berdua.

"Ina kenal tak ni aunty Shaz yang kecil-kecil ni pula aunty Zira atau lebih tepat datin Zira"

"Eh apa datin-datin ni,aunty je ish kau ni Nyra,macam baru kenal aku sebulan"

Adriana hanya mampu tersenyum.Dia masih tidak ingat.

"Eh apa ni borak kat luar,jom masuk dalam.Kunci kereta bagi driver aku nanti dia alihkan kereta kau"
"Haah jom masuk,buat macam rumah sendiri je"


Kepala Adriana sudah mula pening apabila masuk ke rumah besar ni.Besar weh,rasa macam tak cukup sehari nak teroka kawasan di dalam rumah ini.Kalau dia kena tinggal dengan ibunya pasti sesat.

"Riana dengar tak ni apa yang aunty cakap?"
"Ha? ye aunty? Maaf tak dengar,terpegun tengok rumah aunty ni cantik sangat" tak tipu memang betul cantik dan besar.Ruang tamunya di hiasi dengan perabot yang unik bertemakan classic.
"Aunty cakap,Riana pergilah duduk kat tepi swimming pool tu. Ada meja kerusi kat sana,makanan pon ada.Riana tak lah bosan sangat dengar kami berborak sebab nanti anak saudara aunty akan teman Riana kat sana."
"Baik aunty,terima kasih"turutnya.
Dia lebih rela duduk dekat tepi sana daripada duduk dalam ni silap-silap boleh pengsan sebab pening dengan keluasan dalam rumah ni.

₊˚⊹♡ "Don't overthink little sweet"

30 minit sudah berlalu, Ariana tidak sedar kerana leka bermain telefon pintarnya,bateri telefonnya pon tidak banyak hanya tinggal 50% sahaja ,nasib baik lah rumah ni ada banyak tempat pengecas boleh lah dia cas telefonnya.

Adriana rasa kebosanan.Dia  bercadang ingin menjelajah semua makanan kat situ.Lebih baik jelajah sekarang,nanti dah ramai orang pasti dia malu nak mengambil makanan.
Di antara semua makanan yang ada di situ matanya tertarik dengan foodtruck TEALIVE yang ada di corner lot luar rumah itu.Dia terus berlari anak menuju ke foodtruck itu. Dalam perjalanan dia ke sana,dia melihat ada sports car yang parking berdekatan dengan foodtruck itu.Tanpa dia sedari ada sepasang mata memerhati dia

'Fuh gila lah kereta ni,siapa punya lah ni mesti orang tu kaya,kalau lah satu hari nanti aku dapat naik kereta ni' kata hatinya.

"Abang, saya nak Bang Bang Milk tea" order nya sambil menjengketkan kakinya.Maklumlah pendek.
"Satu sahaja ke?tapi maaf tau kami tak sediakan penutup"
"Ye satu je bang. Tak apa boleh je" Adriana tidak kisah dengan penutup tu yang penting dapat air.

Siap sahaja air itu dia menghulurkan duit.

"Eh adik ni tak perlu bayar "
"Ha?Betul ke ni?"
"Ye dik"
Ku kira perlu bayar.
"Okey lah kalau macam tu saya nak lagi satu,terima kasih bang" hm tamak betul.Orang dah cakap free inilah peluang untuk order banyak-banyak, melepas cravingnya.
"Okey dik sekejap ya"
Dia berlalu meninggalkan foodtruck itu sebaik sahaja dia mendapat air itu. Adriana terlalu khusyuk memandang air itu.Siapa je tak seronok dapat air free.Kalau nak harapkan dia beli mungkin perlu tunggu abang dia dapat gaji dulu.Selamat duit dia,boleh simpan beli coklat.Baru sahaja 10 langkah bergerak tiba-tiba kaki dia terlanggar sesuatu membuatkan dia terjatuh ke hadapan.

'plush' airnya tertumpah di muka depan kereta itu.Seluruh muka kereta sports itu di penuhi dengan bubble tea.Tudungnya juga telah basah akibat percikan airnya yang tumpah.Nasib mukanya tidak tersembam di kereta itu.Kalau tak,memang mandi air boba lah dia harini.Badan melekit,muka dapat malu ha bagus.

"Omaigadddddd,apa aku dah buat ni"
Dia pusing belakang melihat benda yang membuat dia terjatuh rupanya kucing.Terlalu khusyuk sangat dengan air tealive ,dia tidak perasan kewujudan kucing hitam itu.
Dia terkaku di depan kereta toyota gr86 itu. Sudah pasti bukan calang-calang orang yang memiliki kereta itu.
'arghh macam mana ni'
'macam mana kalau orang ni dato pastu saman aku,mana aku nak dapat duit'
'macam mana kalau orang ni suruh aku ganti rugi kereta dia,aduh abang tealive lah ni taknak bagi penutup'
'macam mana kalau..'


"Dah habis overthinking?"

Mr.DriverWhere stories live. Discover now