Cuti sekolah sudah pun tamat, semua pelajar tingkatan dua boleh bawa barang ke blok pt3 dan spm. Ya, sekolah Azalea memang asingkan blok pt3 dan spm jauh dari blok tingkatan satu, dua dan empat. Kenapa? Pengetua nak pelajar-pelajarnya fokus, jauh dan tenang.
Ah apa apa ajelah, janji kelas tak tukar! Azalea masih lagi dengan classmate yang sama masa form two.
Total 24 orang, tapi si Hakim pindah pulak, tinggal 23 je. Setiap batch maximum 25 orang sekelas, tapi paling ramai selalunya 24 orang je.
Kelas lain semua 23 atau 22 total kecuali kelas si Azalea. Sebabtu la paling bising dalam batch, kelas dia la. Dia la kapla.Ah tak penting juga, kelas kali ni tingkat tiga der! Penat weh.
"Weyyyy korangggg, ada budak baru la. Laki. Muka dia macam Danish do, sumpah." kata si Azril kaki gossip."Serious la wey! Dia kelas mana? Kelas kita nak penuh dah takkan la kelas kita." sorang lagi menyampuk.
"Taktau, yang aku tau dia mentee Cikgu Norehan." Azril sambung gossip lagi.
Azalea yang tak berminat nak tahu apa-apa berkenaan budak baru itu hanya diam dan teruskan aktiviti menyampu sampah.
______________________________________________
"Wey, confirm! Dia kelas kita wey!!" selepas hilang beberapa minit Azril datang semula.
"Bawak dia masuk der, nak buat member." sambung Syed."Kelas kita ramai dah kenapa HEP bagi dia masuk kelas kita juga, kelas lain kan banyak" Azalea mula buka mulut.
"Taktaula wey, maybe sebab Hakim pindah, HEP malas cari kelas kosong dah. Terus letak sini je. Btw dengar cerita dia kena pindah sebab buat kes." kata Jannah bff merangkap roomate Azalea.
"Kejap lagi kita gossip, jom sambung kemas kelas ni dulu, berhabuk gila." Azalea dah tak sabar.
______________________________________________
Harith masuk ke kelas baru. Correction, sekolah dan kelas baru. Dia disambut meriah oleh beberapa pelajar lelaki.
"Wey, Dan 2.0 HAHAHAHA sama do muka ngko macam Dan." Nadeem dengan suaranya yang kuat menyapa budak baru.
"Duduk la sini dulu, meja belum susun." kata Azril bertanggungjawab lah sangat.
Tak banyak bicara, Harith pun duduk atas meja macam classmate baru nya juga. Classmate lelaki semua relax main mobile legends dekat atas meja. Manakala, classmate perempuan sibuk mengemas.Matanya menangkap susuk tubuh seorang budak perempuan yang sedang menyapu. Kenapa? Sebab sekarang perempuan tu hingaq dok melalak.
"Wey Syed hang pi pinjam penyodok sat, aku dok sapu dah ni! Hang pi cari sampai jumpak!!" Azalea mula bebai. Terkejut Haritb tengok.
Tak lama lepastu, Syed sampai semula. "Penyodok takdak, tak dapat lagi. Kena pi minta kat bilik guru."
"Jom budak baru, ikut aku. Kita ronda-ronda." Syed ajak Harith."Hang tak payah nak ronda sangat, aku nak cepat." Azalea menyampuk.
"Mak aih. Period ke perempuan ni?" bisik hati Harith.______________________________________________
Harith dan Syed kembali ke kelas. Mereka membawak penyodok, penyapu, dan marker baru. Kebetulan Harith yg pegang penyodok. Awkward! Azalea ambil penyodok, tanpa sepatah kata dan teruskan aktiviti menyapu.
"Eh tak cakap apa-apa pulak. Tadi macam banyak bunyi sangat." Harith menggumam sendiri.
Conversation dengan classmate lelaki semakin rancak. Cepat je dah ngam. Sebab main mobile legends and pubg sama-sama.
"Kami nak panggil apa kat hang." Nadeem mula menyoal Harith. Geng lelaki mana ada panggil nama gitu je. Diorang banyak nicknames.
"Apa nama penuh kau?" Azril menambah.
"Nuwair Harith." Harith jawab pendek.
"Sedapnya nama, macam dalam novel." Jannah bisik betul betul dalam telinga Azalea. Sibuk pasang telinga minah tu. Orang juah nun disana yg menyembang, di yang sibuk terlebih.
"Apa kata kita panggil dia Roth. Rith,Roth. HAHAHAJA" cadang Badli aka Ganesh.
"Tak lawak do." Azril tak support member.
"Aku tau. Kita panggil dia Wae (sebutan wa ei). Amacam okey tak?" Nadeem aka paklong memberi cadangan lagi bernas dari si Ganesh.
Kenapa tak guna Harith? Kenapa Nuwair jadi Wae? Sebab kelas tu dah ada orang nama Harris kan dekat tu. Tiber. Adam Harris. Diam je orangnya. Tak masuk campur hal orang.
Harith tak biasa dengan friendship macam ni. Belum rapat dah ada nama manja. hahahha. Dulu, dekat sekolah lama kawan-kawan rapat pun hanya panggil dia Harith atau Rith saja.
YOU ARE READING
the unnoticed role
Teen Fiction"Maybe he's the one." -Azalea "Boleh percaya ke minah ni?" -Harith Semuanya bermula dengan doa si gadis remaja. Doa yang hanya di dalam hati. Azalea hanya terdetik jika ada dia versi lelaki, bawalah lelaki tersebut ke sisinya. Kuasa Allah, siapa yan...