" Ada apa nak jumpa aku nih sampai tak sabar nak sekarang juga. " Nawra dengan muka yang ketat duduk di hadapan dua kawan baiknya itu. Seorang bernama Alesha dan seorang lagi bernama Qaireen. Jangan tanya kenapa dia ada dua kawan je, disebabkan oleh sifat dan mukanya yang tegas itu membuatkan orang takut untuk berkawan dengan dia dan selalu dilabel sombong.
" Amboi kau dengan salamnya tak ada , salam mana salam ? " Qaireen menjeling Nawra yang tersenyum itu. Dia ingat dia seorang je boleh buat perangai tegasnya itu , Qaireen pun boleh lah.
" Assalaimualaikum kawan – kawan saya ada apa nya panggil saya di waktu saya sedang bekerja ini ? " Nawra memberi salam sambal terseyum mengejek kepada kawan -kawannya itu, bukan dia tak tahu yang mereka sengaja mengenakannya.
Alesha dan Qaireen saling berpandangan sebelum memandang wajah Nawra semula.
Nawra termenung sambil melihat setiap orang di dalam kafe itu. Rata – rata mereka telah bekerluarga dan umur mereka Nawra dapat rasakan sebaya dengan dia. Kata – kata Alesha tadi membuatkan dia terdiam. Alesha nak kahwin manakala Qaireen telah pun menjadi tunang orang dan dia masih lagi dengn kehidupannya yang bujang itu. Apakah malang nasibnya?
Daripada tadi dia dapat rasakan pandangan pelik daripada orang sekelilingnya itu , mahupun daripada pandangan lelaki ataupun perempuan . Ini semua salah adik dan juga sepupunya lah. Yang si adik terlebih risau nak tinggalkan dia seorang diri di rumah kerana ibunya Puan Fatimah tiada di rumah kerana menyertai acara di sekolah tempat dia mengajar dan terpaksa bermalam di sana.
Dah terpaksa Nawra kena ikut dua monyet tu datang main futsal.
Yang perempuan sebelah dia nih tak habis – habis menjelingnya. Ingat dia seorang ke ada mata.
"Ini mesti baru dua hari couple sibuk datang nak tengok bf main pastu acah sibuk assignment berlambak. Culture shock lah nih." Nawra yang mendengar kata sindiran itu menutup laptop nya dengan kuat. Part assignment tu dia nak berterima kasih lah sebab budak tu ingat dia muda lagi walaupun dia dan nak masuk ke 30-an.
Dan dia tahu kata sindiran itu ditunjukkan kepada DIA , sebab hanya mereka berdua sahaja disitu dan hanya dia yang bermain laptop disitu. Awek siapa lah perempuan ini desis Nawra .
Tak lama selepas itu, Fakhri adik kepada Nawra datang kearahnya dengan senyuman yang manis. Nawra menjeling kesebelahnya, dah kenapa perempuan tu tergedik macam sotong pulak nih !
Dan bagaikan ada mentol di kepala Nawra. Action Nawra.
" Baby ,I lapar jom pergi makan mamak. " Nawra perasan wajah perempuan itu tadi berubah riak. Ini yang dia mahukan , siapa suruh dia buat sakit hati. Umur baru setahun jagung ada hati nak kurang adab macam tu. Siapa sebernanya yang culture shock dekat sini.
" Iyer jom, baby tunggu Haiyan kejap ." Jangan terkejut kenapa Fakhri hanya layan dengan gelaran baby daripada Nawra kepadanya kerana itulah panggilannya di rumah. Sebab dia anak manja dan bongsu.
" Eh Aileen kau buat apa dekat sini ? " soal Fakhri setelah melihat rakan sekelasnya di university itu berada di situ dan dia sebernanya tahu kenapa perempuan itu berada di situ kerana ingin melihat dirinya.
" Aku ... aku , teman kawan . " Fakhri mendegus . Teman kawan konon padahal intai dia.
" Oh ini aku nak kenalkan. " Belum sempat Fakhri menghabiskan ayatnya , Aileen dengan cepat bangun dan menarik begnya. Jujur dia sakit hati melihat Fakhri begitu rapat dengan perempuan itu . Siap BABY bagai.
" Aku kena gerak dulu lah weh. Kawan aku dah sampai." Dengan cepat dia bergerak pergi daripada situ. Fakhri hanya memandang kepergian Aileen dngan senyuman. Kawan konon.
Fakhri memandang semula kearah kakaknya, apalah yamg si Nawra tu buat dekat si Aileen tu.
" Kau buat apa kak dekat dia ? " terhenti gerakan tangan Nawra yang sedang mengemas barangnya itu.
Nawra memandang muka adiknya, " Kau suka dia eh baby? " dengan senyuman mengejek Nawra hadiahkan kepada Fakhri. Macam lah dia tak tahu daripada pandangan mata Fakhri, Nawra dah dapat teka.
Fakhri yang sedikit tersentap itu dengan kuat membetulkan anak tekaknya.
" Mengarutlah kau kak , kau kemas lah dulu baby nak jumpa Haiyan kejap. " Eleh nak jumpa Haiyan ke nak kejar Aileen tu.
" Iyer cepat sikit aku lapar ni." Sedang ralit Nawra mengemas barangannya tiba – tiba dia terdengar satu suara. Ah sudah dahlah Fakhri dan Haiyan berada jauh daripadanya. Matilah kalua dia kena kacau.
" Kalau baby tu tak nak teman awak , baby nih boleh je temankan awak ." Nawra mengangkat wajahnya, ini budak mana pulak nih .
" Kalau baby tu tak nak teman tak payah sibuk hal orang " Inilah Nawra Saleena bila orang nak ngorat dia marah orang tu balik.
Afiq memandang Nawra dengan ketawa. Garangnya kakak si Fakhri nih pahtulah si Haiyan selalu pesan jangan nak cuba mengorat si kakak Fakhri itu.
" Kalau ayat baby tak jalan, saya nak bagi pickup line nih " Nawra hanya memandang lelaki di hadapannya dengan muka kosong.
" Apa beza awak dengan atap rumah " Nawra memandangnya dengan tak percaya. Banyak – banyak benda dalam dunia ini atap juga dia bagi.
"Awak dengan atap rumah sama – sama penting bagi saya." Itulah Afiq Hadeef. Raja pickup line hambar.
" Fakhri kalau kau tak nak gerak dalam masa 5 minit kau balik lah sendiri." Dengan cepat Nawra mengangkat begnya dan meningalkan Afiq yang terkulat - kulat di situ. Damn she cantik dan Afiq akan pastikan Nawra akan jadi suri hatinya kerana dia telah jatuh hati kepada Nawra Saleena.
YOU ARE READING
NAWRA SALEENA
Short StoryNawra Saleena Susah untuk didekati tapi senang untuk dimiliki. Muhammad Afiq Hadeef Mudah untuk didekati tapi susah untuk dimiliki. Hanya cinta biasa , di dalam dunia mereka. Kumbang yang inginkan bunga dan bunga yang cuba untuk menolak kumbang.