SEMBILAN

55 6 0
                                    

SEBUAH van putih memandu memasuki jalan  Taman Jengka Mutia. Kedengaran enjin van putih berhenti di depan pagar rumah seseorang. Belum sempat orang itu ingin menekan tengah stereng. Ayla menyedari ketibaan van tersebut terus berlari ke luar rumah. Tudung sarung sudah dipakai sebentar tadi. Pantas sungguh tidak balas Ayla.

Pekerja yang ditugaskan untuk menghantar barang pelanggan turun daripada van putih. Mereka berdiri menghadap antara satu sama lain. Pagar besi menjadi halangan mereka.

"Sila tulis ic dan sign di sini." Pen diserahkan. Ayla menurut arahannya. Bungkusan itu akhirnya bertukar tangan.

"Terima kasih." Ayla tersenyum sekilas. Pekerja itu melemparkan senyuman ramah.

"Okay kak, sama-sama!"

Setelah kelibat jejaka itu hilang. Ayla memasuki rumah dan menutup pintu sliding lalu menguncinya semula. Nasib mak ayah tiada di rumah kerana telah pergi membeli bahan mentah dan alatan dapur baru sejam yang lalu.

Tambahan pula Ayla memang berseorangan di rumah jadi tidak akan tertangkap lah ketika membeli barang online secara senyap-senyap bersama sepupu Ayla yang bernama yang Mawar Fariha. Cantik orang nya.

Bungkusan yang berada dipelukkan Ayla di bawa masuk bilik dan diletakkan atas meja belajar. Gadis itu melabuhkan punggung di birai katil. Dia ingin berbalas mesej dengan seseorang. Telefon laju dihidupkan. Mesej WhatsApp yang tertera nama bunga mawar ditekan. Papan kekunci diketik berkali-kali.

"Baju hoodie kita berdua dah sampai...kenapa kau tak cakap dekat aku yang pos laju tu hantar awal?" Dua tanda baris bertukar biru menandakan sudah dibaca.

"Eh, tapi kat situ tulis lagi tiga hari baru sampai." terhenti terus pergerakkan Ayla nak mengirim lagi satu mesej.

Lidah terkelu.Dahi berkerut. Mata yang membaca mesej Mawar tadi automatik ke arah bungkusan hitam. Ayla meneliti bungkusan misteri itu. Nama penghantar tidak tertulis. Eleh, fikir smart ah tak tulis nama lepas tu sengaja buat aku tak tidur malam sebab asyik fikir siapa yang bagi!

"Kalau aku tahu siapa yang bagi ni memang aku sumbat bungkusan ni dalam lubang punggung dia. Biar tak boleh buang air besar selama-selamanya eh terkutuk dia pula!" Laju Ayla istigfar banyak kali seraya bungkusan itu diletakkan atas almari baju. Selepas itu Ayla terus menyambung membaca buku novel genre fantasy.
















SETIAP pintu dewan yang ditutup sepanjang peperiksaan dijalankan lantas dibuka serentak. Pelajar-pelajar lain melangkah kaki ke luar dewan. Ada yang bertanya kepada kawan sebaya dia tentang jawapan apa yang mereka tulis dan ada yang tercengang apabila sedar jawapan dia tulis sudah terang-terang salah selepas membaca buku rujukan dia semula. Dia pasrah dengan kecuaian sendiri.

Paper last dah habis!

Ayla berlari anak mendapatkan beg dia yang berada di kantin sekolah. Kerusi ditarik supaya lebih mudah dia ingin membuka zip beg tersebut. Perbuatan Ayla terhenti tatkala perasan sesuatu yang aneh.

"Aduh! Ini bukan aku punya." Ayla tahu pun sebab dekat zip beg mesti ada keychain zenitsu. Hadiah dari kakak aku tu. Mata melilau sekitar kantin, takut-takut ada beg sebijik macam Ayla.

Manusia mana pergi rembat beg aku!

"Kenapa Ayla?" Safiyya baru sahaja sampai dah keliru dengan aura kepanikan yang datang dari kawan baik dia. Ayla laju mengangkat kepala.

"Ada orang terambil beg aku sebab aku cari beg yang macam ni dekat sekeliling tak ada. Hmm...nak tak nak aku kena tanya setiap kelas lah."

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now