Typo jangan tanya!
WARNING LAGI!!!
JANGAN MENIRU HASIL KARYA ORANG!!
IDEA TERCETUS DARIPADA IMAGINASI SAYA DAN KAWAN" SAYATolong votmen ok~
International High school (IHS) merupakan sekolah yang ternama dan terkenal di seluruh dunia. Ramai yang ingin bersekolah di sekolah tersebut walaupun hanya melalui biasiswa namun mereka tidak mengetahui keadaan yang sebenar di dalam sekolah itu. Banyak kes pembulian yang terjadi akan tetapi tiada seorang pun yang berani mahupun guru untuk melaporkan kes tersebut kepada kepala sekolah kerana sebahagian daripada pembuli itu merupakan anak orang yang ternama. Disebabkan oleh pembulian itu, ramai ibu bapa mangsa ingin menuntut tetapi tidak boleh kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk melawan dan mangsa-mangsa buli tersebut kebanyakan terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan yang mampu bersekolah di situ melalui biasiswa.
Balik kepada cerita
Alexa sedang membaca artikel di laman web sekolah tentang seorang mangsa buli yang pindah sekolah akibat tidak tahan dengan pembulian terhadapnya.
Terlalu fokus membaca artikel tersebut, Alexa sampai tidak perasan kalau ada seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Seseorang itu semakin dekat dan akhirnya......
BOO!!
PLAK!
"Aduh kepalaku" ringis seseorang
"Yakk!! Kenapa kau pukul kepala aku sial!?"
"Kalau aku ada riwayat sakit jantung, dah lama aku terbaring kat lantai. Yang kau pergi kejutkan aku buat apa bangang?" sambil menjentik kening Josh
"Hehe saja. Aku perhatikan kau dari luar kelas perghhh bukan main eh fokus tengok handphone sampai aku pun kau tak perasan."
"Btw kau tengah tengok apa?" tanya Josh
"Hm aku tengah baca pasal seorang pelajar yang kita jumpa haritu dalam keadaan lebam semua tu" Josh hanya mengangguk
"Dah kenapa dengan dia?"
"Dia pindah sekolah" mata Josh terbelalak luas
"Weyyy serious lahh? Bukan ke dia baru je masuk minggu lepas tapi kenapa pindah balik?"
"Kau pun tau kan kalau ada pelajar yang masuk ke dalam sekolah ini melalui biasiswa akan jadi apa."
"Jujurlah aku katakan mereka semua tu dah melampau tau tak? Diorang ingat disebabkan diorang tu anak orang kaya mereka sesuka hati je nak menindas orang. Mentang" lah orang yang ditindas mereka tu kurang berkemampuan dan tiada hak menuntut bukannya ikut suka mereka je nak buli orang"
Josh mengatakan itu dengan wajah yang tengah menahan emosi. Dia geram dengan sikap para pembuli itu. Kalau boleh, dia nak ratakan muka para pembuli itu di atas jalan raya biar tau rasanya.
Di meja tak jauh dari Josh dan Alexa, terdapat tiga orang perempuan yang sedang memuja lelaki idaman mereka yang baru saja habis bermain bola keranjang.
"Raven handsome betulah"
"Justin pun sama arghhh"
"Justin aku punya!" teriak salah satu dari mereka
"Kau ingat Justin nak kat kau ke hah! Mestilah dia sukakan aku" kata salah satu dari mereka
"Yakk!! Kau ingat kau cantik sangat ke hah sampai Justin tu sukakan kau?"
"Of course Cecilya is the most beautiful"
"Boleh korang berhenti tak? Dari tadi tak habis" rebutkan si Justin tu. Kalau boleh satu satu daripada korang mengalah dan cari lelaki lain"
"AKU TAKKAN MENGALAH!!" ucap keduanya serentak
"Kau ingat senang ke nak cari lelaki yang handsome, macho dan tinggi seperti Justin tu Vinna oiii? Lagipun aku dah lama on crush kat dia sebelum senah seorang ni yang sibuk menggatal" kata Cecilya
"Ewah ewah ewah senah kau panggil aku ehh... Kau apa tau soal hati orang? Kalau dah suka nak buat macam mana, aku takk-"
"Melodee Georgia, aku sarankan kau cari lelaki lain macam si Aider tu boleh tahan apa. Biarkan je lah si Justin dengan cely tu pun kalau Justin tu nak" potong Vinna
"Hello of course lah Justin tu nak kat aku. Aku kan cantik, kaya"
"Tinggi betul lah konfiden kau ni" tindas Dee
"Eeeiii kau ni kan mema-"
Cikgu pun masuk sebelum Cecilya menghabiskan ayatnya.
"Selamat pagi semua"
"Selamat pagi madam"
"Sila duduk"
"Terima kasih madam"
"Sebelum mulakan kelas madam nak bagi tau sesuatu. Disebabkan minggu depan korang dah nak habis sekolah dan akan menjejakkan kaki ke universiti, pihak sekolah ada mengadakan aktiviti khas untuk kamu semua yang akan melepaskan gelaran senior di sekolah ini. Terdapat dua pilihan sama kamu semua ingin melancong atau berkhemah di hutan. So, di tangan madam sekarang ada kertas undian jadi korang pilih mana yang korang inginkan. Hanya satu pilihan saja." Madam Lyn mengeluarkan kertas vote dan menyuruh Xavier untuk mengagihkan nya
"Xavier tolong agihkan seorang satu dan kumpulkan sewaktu rehat nanti"
"Baik madam"
"Kalau semua dah dapat simpan dulu nanti kamu vote, sekarang ni buka buku sejarah muka surat 97"
Skip waktu belajar
Selepas menghabiskan masa selama 2 jam untuk sejarah, akhirnya waktu rehat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semua murid bergegas keluar kelas sebaik saja cikgu keluar.
"Riss" panggil Josh
"Apa" jawab Alexa tanpa memandang orang yang memanggilnya
"Untuk aktiviti tu, kau vote apa?"
"Entahlah. Kau pula?"
"Emm aku nak pergi melancong tapi aku nak cuba berkhemah di hutan. Macam best jer lagipun aku kan selalu melancong"
"Aku rasa berkhemah kot"
"So, kita sama-sama pilih berkhemah"
Alexa hanya mengangguk saja
"Alexa, awak pilih apa untuk aktiviti tu?" tanya Xavier yang baru saja datang dari kantin
"Berkhemah"
"Samalah kiter yerrr"
"Hm" singkat padat dan tepat itulah Alexa
"Haish kau ni! Boleh tak kalau bercakap tu at least sampai 5 patah perkataan dengan aku? Ni tak asyik-asyik hm kau tak bosan ke hah? Kalau dengan Josh pula boleh je kau bagi ayat panjang" ucap Xavier panjang lebar
"Deyyyy for your information aku ni bestod dia okayy"
"Aku pun nak jadi kawan kau" Xavier membuat muka comel yang tak jadinya
"Eeeiii naik geli aku tengok baik kau tak payah buat muka macam tu lagi. Meremang bulu roma aku tengok" kata Josh sambil menggosok lengannya
"Sibuklah kau ni"
"Boleh korang pergi?" arah Alexa
"Kenapa pula" Xavier memang banyak betul benda nak tanya
"Nah" Alexa menyerahkan kertas vote kepada Xavier
"Omoo aku lupa nak kumpulkan. Terima kasih ingatkan aku"
"PERHATIAN, SILA HANTAR KERTAS VOTE SEKARANG. BAGI YANG BELUM VOTE, VOTE SEKARANG SEBAB SAYA DAH NAK HANTAR. KALAU LAMBAT HANTAR SENDIRI. TERIMA KASIH"
TBC
SILAKAN VOTMEN IYEEEERR
YOU ARE READING
UNEXPECTED TERROR
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan berjuang habis-habisan untuk bertahan hidup daripada menjadi mangsa pembunuhan yang kejam. Tapi mampukah mereka bertahan dan berjuang bersama-sama atau lebih mementing...