Prolog

13 1 0
                                    

     Aku termenung melihat pemandangan di luar tingkap kereta. Hati perih menahan duka setiap kali kata-kata doktor beberapa bulan lrpas bermain di dalam kepala.Sesak.Nafas juga makin tidak teratur sebelum butir-butir mutiara kembali membasahi pipi untuk sekian kalinya.

Perutku usap perlahan sebelum mata sekali lagi dibanjiri dengan air mata.Sakit.Dugaan yang menimpa kali ini cukup sakit.Peritnya hanya hati aku sahaja yang tahu. Ya Allah sumpah aku tak kuat. Telapak tanganku ditarik kemas oleh Ash membuatkan mataku yang tadi hanya memandang ke luar tingkap kini teralih kepadanya yang sedang sibuk memandu.

"Hun..I'm sorry" bibirnya mengumam perlahan. Tangannya tidak berhenti mengelus belakang tanganku.Seraya itu aku menarik tanganku pantas.

"Hus..you know what? If I can throw back the time I choose not to be your wife... I lose everything hus.. I lose my child" pandangan kembali dilontar ke luar tingkap. Mata yang kian sembap makin sembap.Tidak aku ingat masuk kali ini sudah kali keberapa aku menangis tentang perkara ini.Bukan mudah untuk aku lupakan.3 bulan berkurung di dalam bilik masih tidak memuaskan hati aku.

"Its our child hun..please...don't treat me like this..Hun.. I tau yang I salah so please...I salah sebab I lebih pentingkan kerja I..tapi hun I tak tahu yang dalam masa I sibuk untuk perbaiki masa depan keluarga kita I lupa benda yang paling penting dalam hidup I..Its you hun" kereta diberhentikan di station minyak berdekatan. Tanganku sekali lagi disatukan dengan tangannya. Tindakannya membuatkan aku kembali memandangnya dengan tatapan yang kosong.

"Its not our child..Its mine not yours" aku merentap tanganku kasar. Dia meraup rambutnya kebelakang sebelum tatapan matanya kembali berubah tenang sebelum dia memandangku semula.

"Hun..saya tahu saya buat silap..bukan awak sorang yang kehilangan anak,saya pun kehilangan dia Hun..saya pon nantikan saat-saat kita ada anak sendiri...bukan awak seorang Hun... tapi untuk ada anak saya kena kerja lebih masa...dengan gaji yang saya ada sekarang tak cukup untuk besarkan dia... tak lepas pun nak beli barang keperluan dia...gaji saya kecil...saya tak nak awak dengan alasan ni awak maafkan saya...memang silap saya Hun...memang silap saya awak keguguran..kalaulah saya tak terlewat balik malam tu...saya betul-betul minta maaf..Hun kalau awak nak apa-apa saya tunaikan jika itu boleh legakan hati awak...cukuplah seksa perasaan saya... saya sedih tengok isteri kesayangan saya berkurung dalam bilik...makan tak menentu...saya tak minta untuk awak endahkan saya tapi tolong,tolong Hun saya merayu sangat untuk awak jaga diri awak sendiri...hati saya sakit bila tengok orang yang saya sayang, orang yang saya cinta terseksa macamni" dia memandangku lama dengan pandangan yang cukup redup. Namun  aku sendiri tahu pandangan itu sekadar mahu memujuk hatiku.

Pintu kereta dibukanya sebelum dia berlari anak masuk ke dalam station minyak dan kembali ke kereta bersama bungkusan di tangan.Paket coklat dibuka sebelum dihulurkan kepada aku.Aku faham niat suamiku itu.Dia masih lagi ingin memujuk.Ada masanya aku tertanya,tak penatkah dia melayan karenah aku.Tak tersiksakah hatinya sepanjang 3 bulan aku berkurung dan langsung tidak menyapanya sesama sekali.

Aku faham situasi keluarga kami namun aku sendiri yang tidak mampu menerima seruan takdir.Bukan Ash yang bersalah tapi aku dan aku sendiri sedar tentang perkara itu. Hati aku penat.Betul-betul penat dan aku tidak mahu mengikat dia dengan sebarang perasaan aku yang masih berkecamuk.

"Hus..saya boleh minta apa sahaja bukan?" aku menyoalnya. Senyuman dilontarkan membuatkan dia yang tadinya tampak tegang dengan situasi sekarang mula mengukir senyuman kelat. Aku tahu dalam hatinya mungkin dia mahu aku memanfaatkan kata-katanya tapi dalam masa yang sama ada satu permintaan yang dia juga risau kalau -kalau itu yang menjadi permintaan hatiku.

"jadi ceraikan saya Hus.. ceraikan saya dan biarkan saya cari kebahagiaan saya sendiri" senyumannya mati. Aku sedar bahawa permintaan itu satu-satunya permintaaan yang paling dia takut untuk dengar.Takut sangat.Hati aku juga meronta pilu tapi aku abaikan.

Bagi aku cukuplah aku menyiksa perasaan sendiri.Aku berkurung juga atas alasan yang sama.Aku tak mampu untuk lihat muka Ash bila dia dapat tahu tentang keguguran aku.Riaksi dia bila lihat anak yang selama ini kami tunggu tiada.

"Hun..please not that...please..U just need time hun..Not this what i mean when im said you can ask everything" tangan aku kembali diraihnya membuatkan coklat yang berada di tangan aku tadi terlepas.Matanya mula berkaca.

Aku faham dia tidak mahukan perpisahan tapi berlainan pula dengan aku yang beranggapan bahawa hubungan kami betul-betul berada di hujung tanduk.Tunggu masa sahaja bila hati aku akan tawar hati.Tawar hati?tawarkah hati aku?sebenarnya aku sendiri masih kurang pasti dengan perasaan sendiri tapi cukuplah selama setahun setengah sahaja tempoh perkahwinan kami, aku tak mahu lagi menyiksa perasaan sesiapa. Ini untuk kebaikannya juga. Terikat dengan perkahwinan ini hanya buat kedua-dua jiwa kami terseksa.

"Hus..this is my last wish...so please...divorce me...I will forget you...everything about you" dia memandang aku lama sebelum nafasnya dihela dengan berat. Mungkin dia sedar bahawa permintaan aku kali ini aku benar-benar mahukannya.

"Izara hanalisha..." dia berjeda seketika sebelum pandangannya beralih.Aku perasaan matanya bergetaran.Dia masih menahan empangan matanya agar tidak membanjiri kelopak mata.Tangannya juga mengigil.Aku faham permintaanku kali ini memang sangat berat dan aku sendiri juga tidak nafikan.

"ask for something else hun"dia kembali memandangku.Tangannya mengenggam tanganku erat.Anak mataku di pandangnya dalam.

"tolong lah honey..Bukan ini yang awak mahukan...Bukan ini yang saya mahukan..Tolonglah"tangannya dilepaskan membuatkan dia cepat-cepat menarik tanganku kembali.

"saya tak mahukan ni honey"dia memandangku.Merayu.

"saya nak ni husband..Ini satu-satunya permintaan saya..Saya tak nak benda lain..Macam.Mana husband..Beritahu saya apa saya perlu buat bila saya pandang muka awak pon saya naik meluat"aku tersenyum kelat.

"tapi bukan ini penyelesaiannya untuk kita...Bincanglah dengan saha honey...Semuani masih boleh dibincang...Awak tak sayangkan saya ke?kalau awak meluat saya boleh keluar..Ambil lah masa sebanyak mana yang awak nak...Saya tak kan anggap tindakan awak tu sebagai menderhaka..Tolonglah sayang" aku mengalihkan pandangan.Tidak mampu lagi berlawan hujah dengan Ash.Aku faham dia kecewa.Aku juga dan disebabkan itu jugalah perpisahan merupakan langkah yang terbaik.

Melihat tindak-tandukku dia menghela nafas berat.Sebelum enjin kereta kembali dihidupkan.

"saya ceraikan awak dengan talak satu...maafkan saya...saya betul-betul minta maaf"dia mengumam perlahan.

"terima kasih husband"dia langsung tidak memandang aku pada ketika itu.Dia membisukan diri dan hanya fokus kepada pemanduan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MiseryWhere stories live. Discover now