Suasana petang yang redup ditemani angin sepoi-sepoi membuatkan taman mak long tempat yang paling sesuai untuk aku menenangkan fikiran kini.
Sejak kebelakangan ini, fikiran aku bercelaru dengan masalah yang menimpa abang Ayden. Punggung dilabuhkan di bangku yang disediakan di situ. Kaki disilangkan.
Fikiran aku melayang apabila mengingati abang Ayden.
"Adik, apa-apa yang berlaku dalam hidup kita ni Allah dah aturkan. Adik jangan pernah sesekali menyesal. Abang pun terkilan apabila papa pilih perempuan lain untuk jadi suri hati dia selain mama. Tapi, mesti ada sebab papa buat keputusan macam ni."
Abang terlalu positif berbanding aku. Dia tak pernah nak salahkan Encik Arman Akhtar dalam hal ni. Abang Ayden masih fikirkan perasaan orang lain. Tapi, siapa yang akan faham perasaan aku? Kenapa orang nak aku faham lelaki itu sedangkan aku paling benci pengkhianat. Lelaki curang seperti itu tak layak dipanggil 'papa' dalam hidup aku!
"Abang tahu adik kecewa dengan papa sebab peristiwa enam tahun yang lepas. Walaupun kita berpisah tak semestinya abang dah lupa adik. Adik tetap adik abang. Adik kandung perempuan abang. Adik dan abang sama-sama lahir dari rahim mama. Ingat itu. My little princess."
"Abang tak nak adik rasa semua lelaki itu sama macam papa. Abang tak cakap yang adik kena cari lelaki buat masa sekarang untuk dijadikan suami adik tapi abang nak adik tahu yang abang nak tengok adik bahagia macam perempuan lain. Abang tak nak nanti kalau abang tak ada dengan adik, adik terus benci dengan semua lelaki yang adik kenal. You deserve with someone you love dik."
"Abang, lelaki yang baik tak kan pernah wujud kan? Adik tak nak mana-mana lelaki dalam dunia ni. Cukup adik ada abang dalam hidup adik. Adik tak nak lelaki lain dah," putusku. Aku sayang sangat abang aku. Walaupun cinta pertama anak perempuan sepatutnya ayahnya. Namun, bagi aku tidak.
"Dik, abang takkan ada selamanya dengan adik. Kalau abang pergi jauh nanti macam mana?"
"Abang jangan cakap macam tu. Adik masih perlukan abang untuk jaga adik."
Abang Ayden mengusap kepalaku. Aku ditarik ke dalam pelukannya. Erat. Satu-satunya lelaki yang aku percaya dalam dunia ini.
Kerusi disebelahku di tarik. Aku memandang ke arahnya. Senyum terukir dibibirnya. Hilang kenangan aku dan abang Ayden daripada ingatanku.
"Jauh kau termenung. Kau rindu Ayden ke?" soal Darwisy. Dia memandang ke hadapan menikmati pemandangan hijau sama seperti aku.
Wajahnya aku pandang untuk seketika. Aku mengangguk kepalaku. Sisi matanya memandangku sebelum dia memusingkan badannya ke arahku.
"Aku pun rindu dia. Dah lima hari dia koma. Aku rasa macam aku hilang sepupu aku," luah Darwisy.
Aku memandangnya. Tubir matanya merah. Menahan air mata daripada jatuh. Dia memandang semula ke hadapan. Takut aku melihat wajahnya yang kian mendung.
"Kau rasa abang Ayden dapat survived ke?" soalku.
"Insyaallah. Doa yang baik-baik untuk dia. Dia tak boleh pergi selagi kita tak tahu siapa dalang di sebalik ini."
Aku mengangguk kepalaku. Pesalah mesti dihukum! Janji aku pada abang Ayden mesti dikotakan.
"Aku akan pastikan orang itu akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat," janjiku.
"That's my girl! I know you can do it Arsya. Kau kena menang untuk battle ni. Aariz Wafiy antara orang paling kuat dalam Hawk. Aku nak kau kalahkan dia. Jangan bagi muka dekat dia," kata Darwisy dengan serius.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...