Little E.H. ❄️

49 4 0
                                        

"Abang... Harsa nak makan mashemello tu-" Ezer Harsa menjengketkan kakinya. Maklumlah ketinggian abangnya macam pokok mangga dekat rumah jiran sebelah.

"Kau dah makan banyak sangat benda pelik ni. Tak payah makan benda ni lagi. Tak sihat untuk budak macam kau." Dingin saja nada Emril Hatta berkata.

"Eeeee-" Kaki dihentakkan tanda protes. Tak sukanya dia dengan abangnya. Kalau dengan kakaknya semua boleh. Abangnya lebih tegas berbanding kakaknya.

'Kak Hera tolong Harsa!! Harsa nak makan benda lembut tu lagi.'

"Bagilah abang."

"No Harsa."

"Abang ni tak best lah."

"Kesah pula aku."

"Eeeee" Bibir Ezer Harsa sudah tersebik apabila marshmallow kesukaannya masih berada di tangan abangnya. Benci lah kalau macam ni. Kenapa susah sangat nak makan jajan kagemarannya itu.

"Kau jangan suka sangat benda alah ni. Kau tu masih budak. Kau tu masih kecik tak boleh makan benda manis." Bebelnya lagi.

"Alaaa~ kak Hera boleh je makan lolipop selalu."

"Perangai tak elok tu kau jangan ikut. Tu yang buat dia selalu sakit."

"Mana ada orang sakit sampai demam makan lolipop." Laju saja Ezer Harsa menjawab. Gara-gara nak makan benda lembut itu lagi.

"Kau tak payah banyak bunyi lah Har aku bagitau daddy baru tau." Ezer Harsa memang takut dengan daddynya sebab daddy dia tegas lain macam. Takut!

"Tak payah lah abang..." Meleret saja nadanya.

"Tahu pun takut. Nak kena ugut dulu ke baru nak dengar kata ke Har?" Cepat-cepat Ezer Harsa geleng kepala.

"Harsa minta maaf abang." Laju saja dia meminta maaf.

"Hmm-"

Baru saja kaki kecil itu mahu berlalu figura kakak berdiri di hadapannya.

"Kakak dengar tadi ada orang nak makan marshmallow? Siapa budak kecik yang nak makan benda lembut ni tadiii?" Eileen Hera menjongketkan keningnya. Ezer Harsa mahu tapi tadi dia dah janji tak nak makan benda lembut tu lagi. Kalau dia makan nanti abang Hatta akan bagitau daddynya. Eileen Hera mengangkat tinggi jajan kagemaran adiknya itu. Sengaja!

'Harsa tak nak kena marah dengan daddy.'

Daddynya marah macam beruang. Dia tak nak. Mummynya saja yang boleh jinakkan daddynya. Tapi Harsa nak makan mashemello. Erm...

Air matanya mahu jatuh namun dia cuba untuk tahan. Nanti abang Hatta kata dia pondan.

Dia memandang lantai. Tak nak pandang kakaknya takut nanti dia menangis sebab tak dapat benda kesukaannya itu.

Emril Hatta geleng kepala. Hujung matanya tajam menikam ke dalam anak mata adik perempuannya itu.

"Baby girl don't you dare to give him that.." Amaran! Eileen Hera hanya tidak menghiraukan amaran daripada abangnya itu.

"Tak kesian ke dekat Harsa. Hari ni dia belum dapat makanan kesukaan dia tau. Abang jangan nak marah and halang dia. Jangan bagi adik Hera kempunan nak makan makanan kesukaan dia." Rasa macam nak nangis sebab kakaknya memang suka memanjakan dirinya. Sayangggg kak Hera.

"Dia ni masih kecik. Tak elok nak makan makanan tak sihat macam tu. Sekali sekala boleh lah. Ni kalau setiap hari mahu rongak gigi budak kecik ni."

"Abang ni dah kenapa nak tegas sangat dengan Har? Dia budak lagi kot." Bebel Eileen Hera.

"Dari kecik lah kena bendung awal-awal daripada macam Hera selalu makan benda tak sihat tu." Mata Eileen Hera membulat. Aik! Dia pula yang kena?!

Abang Hatta ni dah kenapa? Datang bulan ke apa? Asyik nak marah je kerja. Penatlah nak layan abang dia ni.

Derap kaki daddy menapak ke arah tengah ruang tamu itu. Tangan elok disimpan di dalam poket kanannya manakala kaki bergerak menuju ke arah mereka. Mereka bertiga mengunci mulut. Habislah!

"Kenapa ni?" Lembut saja suara garau itu bertanya.

"Urm-" Ezer Harsa mati kata.

"Tak- ada apalah daddy." Laju saja Eileen Hera menjawab. Tangan kecil adiknya ditarik untuk pergi dari situ. Si kecil hanya membuntuti kakaknya. Emril Hatta sudah menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal. Kepala digeleng perlahan. Jadi, dia yang kena jawab lah sekarang ni? Nasib baik dia sayang dengan dua ketul ni.

Mata hijau mereka saling bertemu. Evren Hakimi sudah merehatkan belakang badannya dengan sofa tersebut. Tangan disilang di dada. Seperti seorang pesalah Emril Hatta menunggu untuk disoal jawab oleh daddynya.

"Kenapa?" Soal Evren Hakimi lagi.

"Tak ada apalah daddy. Borak kosong je."

"Are you sure?"

"Yup."

"Kenapa muka macam kena cover something daripada daddy? Adik-adik ada buat salah ke?"

"Nope!" Emril Hatta rasa macam nak lari daripada situ. Kalau daddy tahu yang si kecil Harsa makan marshmallow lagi macam mana? Habislah!

"Hari ni daddy maafkan Hatta." Lima patah perkataan itu buat Emril Hatta susah untuk berkata-kata. Terasa kasar saja saliva memenuhi kerongkong.

"Terima kasih daddy." Laju saja dia pergi dari situ.

Bukan Evren tidak nampak di kecil Harsa menyembunyikan marshmello di belakang tubuhnya tadi. Walaupun umur sudah menginjak lima tahun namun Ezer Harsa tetap saja masih kecil.

Kembar pula sudah berusia sepuluh tahun. Cepatnya masa berlalu! Evren Hakimi seperti tidak percaya dengan kehidupannya yang sekarang apabila anak-anaknya kian membesar dengan sikap yang kadangkala buat dia pening kepala. Baru saja dia mahu melabuhkan punggung di sofa.

Wajah cantik isterinya menyapa ruang mata.

"Abang-" Lunak saja suaranya memanggil dirinya.

"Ya canim-"

"Kenapa anak-anak naik tingkat atas?" soalnya ingin tahu.

"Tak ada apa-apa lah."

"Ya ke?"

"Yup!" Laju saja dia membalas soalan isterinya itu. Banyak tanya betul lah isterinya dia ni. Rasa macam nak diamkan saja dengan bibirnya.

Arsya terus memeluk leher suaminya. Bukan dia tidak tahu cara lelaki itu memandang dirinya. Bahaya! Walaupun mereka sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata namun bapak beruang ni bukan boleh percaya sangat. HAHAHAHA.

Hujung bibir Evren Hakimi naik. Tahu takut! Mereka hanya melayan perasaan mereka tanpa menyedari hari kian petang. Tanpa sedar mereka tertidur di atas sofa yang empuk itu. Indahnya takdir Ilahi kerana mereka masih diberi peluang untuk terus kekal sebagai suami isteri. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan terus bahagia. Biarlah mereka melayari bahtera perkahwinan mereka tanpa ada perkataan bersarak. Biar maut saja yang mampu memisahkan mereka.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang