00:02

1 0 0
                                    

"Kau pergi mana malam- malam macam ni, Chempaka? Anak dara mana keluar waktu malam?"

Baru saja dia melangkah masuk ke dalam rumah sudah di soal dengan soalan begitu. Ingatkan dia akan di tanya dengan soalan penuh kerisauan yang dia dapat rupanya hanyalah kemarahan.

"Saya pergi ke taman permainan tadi, mama," jawabnya sambil melangkah untuk ke biliknya.

"Hei! Sini kau! Ni pinggan mangkuk ni siapa nak basuh? Kau fikir aku kuli ke kat dalam rumah ni?" jerit mama.

Chempaka memejam matanya sebentar sebelum memandang ke arah mamanya.

"Kenapa mama tak suruh Sarah? Sarah lagi tadi ada kat rumahkan?" soalnya kembali.

Puan Saleha membesarkan matanya apabila mendengar jawapan dari anak sulungnya.

"Sarah tu masih kecil! Dia baru 8 tahun! Engkau tu dah 9 tahun, takkan tak faham lagi?!"

Iya, Sarah 8 tahun dan dia 9. Apa yang membezakan mereka? Chempaka adalah kakak, Chempaka perlu mengalah. Itu saja!

Dia penat. Matang sebelum umur adalah sesuatu yang dia tidak pernah minta.

Semua ni berlaku sejak saat itu.

Malas mahu berperang lidah dengan Puan Saleha, Chempaka terus melangkah ke singki. Tangan kecilnya segera mencuci segala pinggan mangkuk yang dia sendiri tidak gunakan.

Selepas selesai membasuh semua pinggan mangkuk, dia terus melangkah masuk ke biliknya.

saudadeWhere stories live. Discover now