Cuti? siapa yang tak suka kan? Aku dan sahabat baik aku, Ariana atau aku panggil dia Ari, masing-masing sedang mengemas peralatan untuk pulang ke kampung halaman. Bukan cuti sekolah, tapi kerja.
"Weh Az! cuti ni kau balik Terengganu kan? Ke kau balik Johor?" soal Ari yang baru sahaja keluar daripada tandas kerana mengambil peralatan keperluannya.
"Rasanya cuti ni aku balik Ganu lah. Dah lama aku tak jumpa umi aku" jelasku padanya. "Kenapa? Kau nak ikut ke?" soalku semula.
"Hehe.. Kalau boleh lah, tapi entah lah, aku rasa aku balik Johor lah. Rindu Mama" Jelasnya sambil menyimpan baju ke dalam begnya.
"Faham. Masing-masing rindu mak" Kami berdua gelak terbahak-bahak.
"Eh aku gerak petang ni tau. Mak aku ada kirim barang so aku kena gerak awal. Kau kalau gerak malam tu hati-hati. Kau tu perempuan" Bebel Ari.
"Ye aku tau. Kau tu pun sama, kalau ngantuk berhenti dulu. Jangan drive ikut kepala kau aje" Bebelku kembali pula. Masing-masing taknak kalah.
Selesai mengemas barang, Ari gerak untuk pulang ke rumah parents dia. Aku dan Ari sudah seperti adik-beradik angkat. Kami sewa rumah bersama kerana tempat kerja kami dekat dan aku duduk berseorangan.
"Haih, balik seorang lagi" keluhku. selalunya aku akan balik dengan Ari atau dengan along. Tapi dah tiga tahun ni aku kena balik seorang diri. Maklumlah, along dah berkeluarga takkan aku nak kacau pulakkan?
Bunyi deringan handphone menyentakku. 'Ummi🌠' nama yang tertera. Segera tombol hijau ku slidekan ke atas.
"Assalamualaikum Ummi, Ummi sihat?" soalku yang mengepitkan handphone di antara telinga dan bahu.
"Ummi sihat. Az macam mana? Balik dengan siapa ni?" Soal Ummi dengan nada yang risau.
"Balik seorang je lah Ummi, macam biasa. Ari balik Johor, Along pulak balik dengan family dia" Jelasku kepada Ummi.
"Hmm yelah, hati-hati on the way balik nanti. Oh nanti adik dengan kawan dia nak tumpang Az tau. Nanti Az amik diaorang dekat rumah sewa adik" pesan Ummiku.
"Okaylah Ummi. Ni Az nak keluar sekejap. Nak beli barang sikit"
"Yelah, hati-hati. Assalamualaikum" pesan Ummiku.
"Waalaikumussalam"
Aku kini melangkah masuk ke dalam keretanya. Beg baju sudah pun diletakkan di boot kereta. Senang bila mahu bertolak nanti. Aku menuju ke mall.
Tiba di Mall, kaki laju melangkah laju ke kdai favouritenya. Kedai buku.
"Haish, nasib sempat. Dah nak habis dah stock yang ni" keluh ku dengan nada lega.
Asyik aku membelek buku di rak, aku terjerit kecil apabila tanganku ditarik dan diriku ditahan di sebalik rak.
"U-Um.. Apa yang encik buat ni?" soalku dengan takut-takut.
"Kau.. kenal Qisha kan?.."
Mataku membuntang. Nama yang ku benci kini menitir di bibir seseorang yang tidak ku kenali.
"Aku dah agak kau kenal dia" lelaki itu kemudian tersenyum jahat.
"A-Apa maksud encik? s-saya tak fahamlah. Saya tak kenal pun siapa Qisha tu" aku cuba menafikan.
"Kau jangan tipu aku! Bagitahu aku! Apa yang kau tahu pasal Qisha?!" teriak lelaki itu.
"S-Saya tak tahu apa-apa! lepaskan saya!" tolakku kemudian lari dari lelaki itu. Lelaki tu pula hanya tersenyum sinis.
YOU ARE READING
His & Hers [OG] [hiatus]
FanfictionMuhammad Adyyan Nazzhanieff→ Pendiam? Misteri? Itu adalah sifatnya. Tiada sesiapa yang dapat menambat hati dia kecuali seseorang. Ramai perempuan mahukannya, tetapi ditolak dengan dingin. Nurul Azwaina Riyzliyz→ Seorang yang ceria, periang tapi han...