16- PANTANG!

89 10 1
                                    


Keesokan harinya...

LEONA Melis Dan Zairul Adam memandang antara satu sama lain selepas mendengar akan kata doktor bahawa wanita itu dibenarkan pulang ke rumah bersama-sama bayi yang sudah dilahirnya katanya anak dengan ibu selamat dan sihat tiada apa -apa lagi jadi ia memilih untuk keluarkan Leona Melis dan Iffat Rayyan hari ini Alhamdulilah dipermudahkan urusan jugak . " Kejab aku pergi cari kan kerusi roda lepastu kita pergi ke wad Iffat ok" Leona Melis mengangguk tanda ok , dia melihat Zairul Adam yang berlari keluar demi dirinya ini seakan ia menyusahkan Zairul Adam sehingga lelaki itu sanggup berada bersama nya tinggal di atas kedai, kerja di supermarket tempat timbang sayur dan buah. Sedangkan kerja ini boleh dilakukan untuk orang lain kenapa Zairul Adam bersusah payah mahu menetap bersama dirinya ini adakah kerana anak itu adalah anak Kanda Qabriel.


Sebaik sahaja ia menyikat rambut merapikan pakaian yang ia sarungkan pada tubuhnya kelibat Zairul Adam kelihatan jelas tersenyum manis sehingga ramai yang menoleh ke arah lelaki itu amboi mat salleh pun suka kan kau ye Zairul Adam. "Sorry aku lambat ramai pulak beratur nak ambil wheelchair" kata akan Zairul Adam ia mengambil barang milik Leona Lewis dari bawah katil lalu ia sangkut pada pemengan yang ada sementara ia mara ke arah Leona Melis " Boleh ke?"

Soalya dengan nada yang cemas

"Ok je" Leona Melis menghembus nafas ia bangun dari duduk dan memijak akan lantai hospital namun tubuhnya lemah dan ia risau jikalau jahitan nya terbuka secara tiba-tiba ada tangan sasa yang menyambutnya Leona Melis menoleh ke tepi " Aku tolong ok,kau tu bukan nya kuat sangat"Leona Melis terasa terharu.

Mereka bersama-sama pergi ke Wad untuk mengambil Iffat Rayyan "Leona boleh aku tanya engkau sesuatu tak!"

"Tentang apa!"

"Keluarga engkau. "Leona Melis terkedu mendengar perkataan keluarga mereka hanya ingat Leona Melis ini anak manja,kaya raya apa yang ia mahukan pasti ibu bapa akan tunaikan . Mereka langsung tidak melihat ibu bapa nya kerana ahli keluarga tidak lagi menetap di Malaysia tapi di Sydney, Australia. "Parent engkau tahu tak yang kau mengandung dan melahirkan anak. Aku takut kalau keluarga kau mencari kau! Maksud aku ada lah yang boleh jaga engkau waktu pantang aku ni lelaki tidak tahu menahu sangat tentang orang perempuan berpantang!"

"You tanya pasal tu jangan risau lagi dua hari I akan pulang ke pangkuan diorang untuk ceritakan hal yang sebenarnya " ujar Leona Melis yang masih tidak bersedia memberitahu apa-apa tentang keluarga jangan sanga bunga yang mekar seperti nya tidak ada taman yang memiliki racun.

Seorang jururawat lelaki memberinya seorang bayi yang sudah dibaluti dengan selimut untuk mengekalkan kehangatan . Leona Melis tersenyum saat anaknya berada dalam pangkuan nya comel betul muka nya putih seperti vanilla,mata yang bulat seperti boba,pipi yang tembam seperti ikan buntal.kening oh hilang. Halus betul. "Good morning my Iffat" nama yang dipilih oleh mereka berdua sedangkan bapa nya adalah Kanda Qabriel bukan Zairul Adam namun apakah daya lelaki itu sanggup menjaga makan pakai minum nya. Zairul Adam mengusap kepala Iffat Rayyan " shall we go now!" Leona Melis mengangguk tanda boleh sebaik sahaja membayar kos hospital ini.

" Balik rumah ni aku masak kan engkau makanan orang pantang ok "Kata akan Zairul Adam "makanan orang pantang you tahu ke!" Soal akan Leona Melis yang ingin kepastian.

"Apa susah google dengan YouTube kan ada aku boleh mengkaji sikit demi sikit pasal ni" Leona Melis tergelak mendengarnya ia rasa Zairul Adam seorang yang tidak pandai buat kelakar tapi ia akui yang ia selesa dengan cara lelaki itu. "Sepatutnya semua ni bapak dia yang buat " mencium pipi Iffat Rayyan namun bila difikirkan hubungan dia tidak halal terus ia batalkan niat.

"Kau masih ada perasaan dekat Qabriel ke?" Dia cemburu oh tentunya tidak kerana ia sendiri tidak terfikir untuk jatuh cinta dengan Leona Melis ye dia jujur yang gadis itu cantik,rupawan,muka mulus,kurus ada banyak kekurangan dari kelebihan tapi gadis itu hanya layak untuk orang lain bukan dirinya. "Tanpa dia tak akan wujud iffat Rayyan!" Balas Leona Melis.

Leona Melis melihat makanan yang terhidang diatas lantai ada ikan bakar,ikan goreng sup wajah nya seakan pucat mencuka "ikan you biar betik Adam I kena makan ikan. Ieww takkan lah makanan macam ni I kena makan" dalam keibuan tetap sahaja gediknya ada dan memilih.

"Tak mati lah kalau engkau makan ikan ni,bukannya diorang tangkap dekat tepi longkang atau loji tahi. Ini semua ditangkap dekat laut ok" Zairul Adam dapat bayangkan bagaimana muka Leona Melis merengek menolak semua makanan yang ia masak comel betul mummy kau iffat.

"No Adam , I tak akan makan ikan I nak makan benda lain . You tengok lah mulut besar macam ada lalat nak masuk je. Mata tu iee lembik" Zairul Adam menjentik dahi Leona Melis "kau ni tengah macam ini pun ada tahap mengada macam budak kan. Kau fikir orang lepas pantang makan apa McDonald's,kfc or texas atau kau pikir diorang boleh melantak ikut craving this time no more for fast food Melis"

Degil betul Leona Melis dia pun ada perasan yang Leona Melis hanya makan daging sahaja jikalau ayam kurang ini ikan lagi tidak disentuh ikan bilis pun dia tak makan macam mana. "But Adam..."

"Makan kalau kau nak cepat baik pantang kau 44 hari tahu bukan sehari. !" Membulat mata Leona Melis "bullshit 44days are you crazy takkan I nak kena hadap makan ikan ni selama tu. Memang tak lah Adam!" Rengek nya.Zairul Adam menjuling kan anak matanya"engkau ni melis kalau aku cepuk sakit je dah makan"Leona Melis mencebik dipaksa makan.

"Tak sedap" pahit weyyy

THANK YOU FOR READING







MRS KANDA QABRIEL ✓| 30Where stories live. Discover now