UTH 101: Selamat Datang ke UTUH

468 10 0
                                    

Wisma Alumni KWASA, beberapa bulan sebelum.....

"Kau pasti pasal ni?" seorang lelaki bersuara.

"Tuan Menteri, mereka adalah batch paling teruk dalam sejarah SBP. Watak2 sampingan memang patut dimatikan. Tapi untuk kematian budak2 yang jadi penggerak cerita ni, adalah terlalu merugikan.

Mereka boleh jadi orang2 berpengaruh dalam negara ni jika digilap dengan betul," balas seseorang di dalam gelap.

"Saya faham. Tuan Zakir yang ada salah seorang anaknya dalam kejadian pada tahun itu pun, inginkan masa depan yang cemerlang.

Tapi, Tuan2 kena realistik, mereka ini samada ada rekod akademik yang teruk atau ada rekod disiplin malah jenayah di sekolah. Mana2 universiti di negara ni tak akan pernah menerima mereka," terang Dato' Sardon, atau lebih dikenali sebagai Menteri Don.

Seseorang di podium ketawa kecil.

"Dato, kami semua dalam bilik ni tau tak akan ada universiti akan terima mereka memandangkan kedua2 sekolah telah tercemar nama mereka selepas media menghebahkan di kaca TV.

Sebab itu kami minta budi baik Dato untuk letakkan budak2 ni di universiti istimewa Dato Menteri."

"Maafkan saya, Dato Tamin, tapi saya tak faham maksud Dato," ujar Menteri Don, keliru.

Kata2nya itu mengundang gelak tawa yang besar memenuhi bilik itu.

"Dato tak perlu pura2 tak tahu. Alumni2 KWASA dah menjadi menteri dan politikus berpuluh tahun sebelum Dato menjadi Menteri. Apa Dato ingat, rahsia negara ini kami tak tahu?

Semua dalam bilik ni tahu ada satu universiti di Hulu Selangor yang memang dikhaskan untuk students begini," ucap Dato Tamin, sambil menuruni podium.

Menteri Don terdiam mendengar kata2 Dato Tamin.

"Dah tentu kami ada kuasa lebih dari cukup untuk memasukkan pelajar2 kami dari KWASA ke sana. Tujuan kami bertanyakan pada Dato hanya untuk meminta bahagian sama dari Sekolah Ku Anuar Tahir."

"Kenapa kau nak budak2 dari SKATA?" Menteri Don mencelah.

"Kemahiran meniru, kerjasama, hive mind, mampu guilt trip dan gaslight seluruh batch. Ini kemahiran seorang politikus, Dato. Beratur parti politik nak manusia2 pemikiran begini. Takkan Dato nak biar bakat2 begini jadi, pffttt......," Dato Tamin memandang sebentar ke belakang "....cashier pasaraya atau kerja kilang dengan keputusan 10 G mereka?"

Kata2 Dato Tamin disambut gelak tawa mereka di belakang. Tawa mereka seiringan, menjadikan Menteri Don sedikit meremang dibuatnya. KWASA jelas bukan sekolah asrama normal seperti SKATA.

"Tapi, kalau Dato tak hendak pun tak apa. Kami meminta dengan cara baik. Kami masih boleh....well, menarik bakat2 dari SKATA secara tak langsung ke uni ini dengan cara kami.

Jadi, apa kata Dato? Setuju atau tidak?" duga Dato Tamin.

---------------------------------------------------------

Beberapa bulan selepas, EXIT PLUS Bukit Tagar....

"Adik, adik sure ke universiti adik kat sini? Seram semacam je jalan dia. Heeee Papa takutlah," ujar Encik Firman Samed.

Lelaki berusia 40-an itu merasa gerun melihat kiri dan kanan mereka hanya hutan selepas melalui plaza tol.

"Hish, Papa jangan takut la. Adik dah waze dah. Tengok ni, dalam beberapa kilometer je lagi," ujar Fahdi.

"Yeke? Hmm,Papa ikut jelah. Eh, Mama kata Abang pun dapat universiti sama,kan? Wah, senanglah Adik, boleh belajar sama2 dengan Abang.

Ingat tau, jadi orang yang.....ba, ro, ga, wau, nun, alif. Apa dia?" Encik Firman mengerling sikit ke Fahdi.

PROJEK: UTUHWhere stories live. Discover now