Bab 29: PUTERA AIRIEL ISKANDAR

13 1 0
                                    

Apa yang berlaku? Kenapa aku dekat sini?'

Pelbagai persoalan yang menerjah pemikirannya ketika itu. Seingatnya, dia telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk pulang ke penthouse miliknya.

"Sa-saya di mana?" Soal Izz Haiden teragak-agak.

"Mengapa Tunku bertanya begitu? Tunku tidak ingatkah apa yang berlaku?"

"Apa yang berlaku?" Soal Izz Haiden keliru.

"Dh-Dhia? Where is she?" Soal Izz Haiden ingin bangun dari katil. Namun dia dihalang oleh lelaki yang digelar Dato' tadi.

"Apa yang Tunku bicarakan ini? Bertenang Tunku." Izz Haiden Cuba untuk menepis lelaki itu. Namun secara tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat sehingga dia mengerang kesakitan sekali lagi. Tidak sampai beberapa saat, dia terbaring di atas katil.

Setelah lima hari tidak menyedarkan diri, sekali lagi Izz Haiden terjaga. Namun fikirannya kali ini tidak berada diawang-awangan. Dia mempunyai semua memori tentang dirinya. Atau lebih tepat memori Tunku Airiel Iskandar.

Hanya ingatannya pada seminggu sebelum koma tidak pulih. Oleh kerana itu juga dia cepat beradaptasi dengan keadaan di sekelilingnya. Hanya beberapa perkara yang membuatkan dia berasa sangsi. Apabila wajahnya dan ahli keluarganya tidak berubah sama sekali.

Hanya perwatakan mereka yang berubah, termasuklah perwatakan sebenar Tunku Airiel Iskandar yang sering mendominasi dirinya. Yang pasti, tidak ada yang dinamakan kehidupan seterusnya.

Ini hanya umpama mimpi yang panjang. Malah, dia kini seolah-olah mempunyai dua jiwa di dalam satu tubuh. Oleh sebab itu, dia telah memilih untuk benar-benar menjadi Tunku Airiel Iskandar.  Malah semuanya dianggap berjalan dengan lancar, sehinggalah.

...

"Ayahanda ingin kamu bernikah secepat mungkin." Titah Sultan Ahmad Izham.

"Tetapi ayahanda-"

'Bagaimana dengan Dhia?' Dia tahu Dhia Amalia tidak pernah wujud di dunia ini. Namun wanita itu masih wujud di dalam ingatan dan hatinya.

"Sudah lima tahun kamu bergelar Putera Makhota. Sudah tiba masanya untuk kemu menaiki tahkta dan menggantikan ayahanda."

"Bukankah elok Jika ayahanda masih memerintah? Ayahanda masih sihat."

"Anakanda faham maksud ayahanda bukan? Kenapa mahu berdalih?" Suasana yang menjadi semakin tegang membuatkan Tunku Airiel hilang kata-kata. Tangannya digenggam kuat.

"Anakanda menurut perintah. Namun bolehkah anakanda ingin menjelajah ke Angkasa Pura sebelum kita berangkat ke sana secara rasmi?"

"Baiklah, Jika itu permintaan anakanda, ayahanda perkenankan. Tetapi ingat, walau apapun yang berlaku, pertunang kamu akan diteruskan dua purnama dari sekarang."

"Anakanda menurut perintah. Ampun Tuanku."

1 Bulan kemudian,

"Boleh hamba tahu, siapakah nama tuan hamba?" Soal Tunku Airiel kepada seorang gadis yang telah diselamatkannya dari ....

"Dhia," Langkahnya terhenti. Nama itu, sebaris nama yang sudah lama tersemat di dalam ingatannya. Tangannya digenggam kuat demi menahan perasaan yang mula bergolak di dalam jiwanya. Rasa bersalah sekali lagi menyelubungi dirinya. Sanggup dia menduakan Tengku Dhia Amalia?

"Kenapa tuan hamba berhenti?" Soalan dari gadis itu menyedarkannya kembali.

"Tiada apa-apa," jawab Tunku Airiel mendatar.

"Tuan hamba pula? Siapa nama tuan hamba?" Soal gadis itu pula.

"Izz," Entah mengapa, sebaris nama itu sengaja disebut. Mengharapkan gadis yang berada di belakangnya itu adalah isteri yang dirinduinya selama ini.

"Iskandar," apa yang dia harapkan? Tidak mungkin Dhia berada di situ.

Sampai di situ sahaja perbualan mereka sepanjang perjalanan sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju.

"Terima kasih Is-kandar,"

"Sama-sama Dhia," Jawab Tunku Airiel lembut. Malah dia sempat menatap anak mata lembut yang dapat dilihat dari sebalik pelitup muka gadis yang bernama Dhia itu.

Dewan Istana.

"Yang Amat Mulia Tunku Airiel Iskandar Ibni Sultan Ahmad Izham.  Putera Mahkota Pura Chendana masuk menghadap!" Tunku Airiel melangkah masuk ke dalam Dewan Istana setelah namanya dilaungkan kepada seisi dewan.

Tunku Airiel Iskandar terus menuju ke arah Permaisuri Maria yang berada tidak jauh darinya.

"Maafkan anakanda bonda, anakanda ada urusan yang perlu diselesaikan sebentar tadi," Tunku Airiel Iskandar memohon maaf kepada bondanya secara terus tanpa memandang gerangan yang berada di sebelahnya.

"Tidak apa anakanda, perkenalkan bakal isteri anakanda, Tengku Puteri Diyana Isabella," beritahu Permaisuri Maria membuatkan Tengku Airiel berpaling ke arah Puteri Diyana.

Bagaikan dijampi, pandangan mereka  bertaut namun tubuh mereka kaku di tempat masing-masing.

'Dhia?'

To be continued...

Comments and Votes Okayy...

Hikayat Dua Hati Where stories live. Discover now