Beberapa bulan telah berlalu. Kali terakhir dia bertemu dengan Ayla adalah bulan 10 tahun lepas. Rindu betul dia ingin bertemu dengan Ayla. Bertemu empat mata dengan gadis itu sendiri. Tak apa, malam ini, mereka akan bertemu kembali. Tak sedar, bibir menguntum senyum sendiri.
"Yang ni okey tak, Kael?" Suara mummy menyentakkan lamunan Fahrin. Kepalanya laju sahaja bergerak ke arah mummy nya.
"Kael tak adalah tahu sangat citarasa orang perempuan ni macam mana. Tapi kalau bagi Kael, dah cantik ni. Tak tahulah bagi mummy macam mana," balas Fahrin. Sudah hampir satu mall mereka tawaf. Namun, tak ada satu pun barang yang mummy nya berkenan. Atau lebih tepat lagi, hadiah yang ingin diberikan kepada Ayla sempena sambutan ulang tahun gadis itu yang ke-20 pada malam nanti.
"You ni! Semua you cakap cantik!" Datin Clarissa membebel kepada anak tunggalnya. Fahrin hanya mampu menggaru-garukan kepalanya.
Dah tu, dia nak cakap apa? Dah memang cantik kan. Inilah padah kalau mummy mengajak dia menemani bagi memilih hadiah bagi orang perempuan. Dia manalah reti bab bab macam ini. Eloklah kalau mummy mengajak bibik ke. Senang sikit.
Dia sudi menemani pun kerana mummy yang menyebut nama Ayla. Laju sahaja dia bersetuju. Sepatutnya, dia berehat saja di villa kerana hari ini merupakan hari cuti. Bukan selalu bermalas-malasan. Tapi demi Ayla, gagah juga dia bersiap.
Datin Clarissa kembali membelek barang perhiasan lain. Rambang mata dibuatnya apabila melihat pelbagai jenis barang kemas yang bersesuaian dengan remaja terpapar dalam peti paparan. Yang mana satu ya yang menjadi pilihan hati Ayla?
Fahrin mengambil tempat di sofa menunggu. Mummy nampak agak rancak berborak dengan salesgirl bertanyakan itu dan ini. Tahulah teruja nak jumpa bakal menantu. Eh eh eh?
Kaki kanan naik menindih kaki kiri. Tangan kiri pula berada di arm rest. Telefon dikeluarkan dari poket seluar jeans nya.
Tiada apa yang menarik perhatian. Boring!
Whatsapp dituju. Baru dia ingin mengskrol ke bawah, matanya terpaku pada nama yang telah di pin kan.
'My Ayla.'
Chat terakhir mereka adalah pada malam dia menyapa Ayla buat kali pertama. Setelah itu, tiada lagi chat di antara mereka.
Dia pun tidak ingin mengacau Ayla kerana waktu itu, Ayla sibuk dengan STPM. Sekarang, gadis itu sudah free. Bolehlah dia kembali kacau. Kacau untuk dijadikan suri hati! Ahak.
Profile picture Ayla ditekan. Tiada wajah sang gadis yang dia rindui. Ayla mengambil gambar dari belakang. Hanya belakang badan Ayla yang kelihatan.
Ralit dia memandang gambar tersebut sehinggalah mummy menghampiri dia. Itu pun dia tak perasan.
"Jauhnya anak mummy ni mengelamun. Fikirkan apa?" Mummy mengusap kepala anaknya. Fahrin mengangkat kepalanya. Tangan mummy dicapai sebelum dikucup hangat. Setelah itu, dia mendirikan badan.
"Tak ada apalah." Bahu mummy dipeluk.
"Dah siap ke?" soal Fahrin. Mata melekat pada beg kertas yang terpampang logo Habib Jewel itu.
"Dah! Kael yang kuat mengelamun sampaikan mummy dah siap beli pun dia tak perasan." Mummy menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Fahrin tertawa geli hati. Setelah itu, bahu mummy dipeluk sebelum mereka bersama-sama keluar daripada butik barangan kemas itu.
"Mummy ada nak pergi mana-mana lagi tak?" soal Fahrin. Hari ini, dia akan ikutkan semua permintaan ratunya ini. Asalkan mummy gembira.
"Jom teman mummy masuk Versace. Nak beli beg."
YOU ARE READING
Fahrin Mikael: Love and Addiction
RomanceSequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra