EMPAT BELAS

48 5 0
                                    

SUIS kipas ditekan. Terlupa pula hendak membukanya patut lah rasa membahang aje dalam kelas ni. CCTV  yang menyala automatik dipadamkan tatkala meneliti Ayla sudah menyelesaikan denda yang diberikan.
Ayla menyambung kerja pembersihannya.

Kepunyaan siapa? Her club teacher yang pasang. Dia takut kalau Ayla larikan diri daripada tanggungjawab dia. Ayla menghela nafas. Tak suka dianggap buruk oleh cikgu sendiri.

Ayla tak faham kenapa orang sekeliling dia susah benar nak percayakan diri dia. Dari dulu sampai sekarang dia orang masih seperti itu dengan Ayla padahal orang lain yang buat tapi Ayla pula dipersalahkan.

Tak adil kan?

"Agaknya wujud tak seseorang yang selalu percayakan segala perbuatan dan perkataan aku? aku penat dengan semua ni..." Kepala direhatkan pada atas pemegang mop yang dilapik dengan belakang tangan Ayla.

Terlalu banyak masalah dipendam. Dihina, dituduh, dimaki dan dikhianati serta dihancurkan kepercayaan yang diberi.
Semua itu Ayla pernah hadap.

"Seolah-olah aku lah paling tidak berguna di mata mereka." Suara Ayla semakin mengecil tatkala meluahkannya. Masih jelas ayat yang pernah orang lain katakan kepadanya. Retak seribu hati. Kilauan air terdapat di matanya.

"Kenapa kau tak mati je dari dulu? Dasar pembunuh."

Kepala digeleng laju. Bibir digigit menahan air mata yang berebut-rebut ingin keluar. Hujung tudung menjadi pengelap air mata yang degil nak bermain air. Ayla mula mengemop lantai selepas siap menyapu lantai dan mengelap meja yang penuh dengan sampah sarap kecil.

Siku tajam Ayla terlanggar kotak kecil yang terduduk atas meja. Dengan pantas dia menyambut kotak kecil tersebut menggunakan sebelah tangan sahaja.
Fuh, sikit lagi nak jatuh ke lantai kotor ni.
Ayla termenung melihat isi kotak kecil itu.

Mini flowers bouquet yang diperbuat daripada kertas warna. Salah satu barang masa lalu Ayla. Teringat balik kisah tahun lepas membuatkan Ayla tergelak sendiri dengan kebodohan nya. Terlalu bodoh apabila mengenal cinta padahal kau tahu yang tak semua lelaki single kat sini.

Nasib aku tak bagi dia bunga ini. Malu pula dekat diri sendiri. Kenapa lah aku boleh terfikir nak buat macam tu? Kenapa? kenapa!

"Ish, kalau lah masa tu aku tak pandang depan mesti aku tak akan jatuh cinta sedalam ini!"

Dihentak-hentak nya batang mop itu ke lantai ibarat melihat muka Irfan di bawah sana yang sedang tersenyum nakal kepada dia.

A.N.N.O.Y.I.N.G.

Terlena dengan masa lalu, tiba-tiba datang kelibat susuk misteri berjalan terkedek-kedek di sebelah tingkap kelab persatuan biskut ini. Ayla dijangkiti demam cuak. Pegangan pada mop hampir terlonggar. Cepat-cepat meletakkan nya ke penjuru bilik.

"Haih, jangan macam-macam dah lah nak lewat malam!" Ayla membungkuk. Berharap tubuhnya tidak terlihat oleh susuk misteri itu. Perlahan-lahan mencari tempat persembunyian yang cukup selamat.
Tak kan pak guard tak sedar ada orang curi-curi masuk?

"Siapa pula eh pemenang bertuah seterusnya..." tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil bunyi itu datang dari arah luar kelas. Betul-betul jelas, ada suara orang lain selain dirinya.

Dengar sahaja omelan susuk misteri itu pantas gadis itu menyorok di bawah meja. Suis lampu dan kipas sudah ditutup. Sah pervert! Bagaimana dia lepas masuk ke sini!

"Hmm ada bau biskut lepas bakar lah...macam bau tu datang dari kelas ni."
Dada Ayla sudah berdebar kencang. Bawah bibir digigit kuat.

Lelaki misteri itu melangkah masuk ke tempat kelas Ayla berada. Dia berjalan mendekati tempat persembunyian Ayla. Dia tersenyum senang kerana menjumpai mangsa baharu untuk dijadikan 'koleksi mainan' dia.

"Aku tak rasa kau dapat bersembunyi dengan betul." Ayla menekup mulut sendiri supaya tak terkeluar suara yang sudah bergetar kuat begitu juga debaran di jantung. Ya Allah, tolong kirim kan seseorang untuk selamatkan hambamu dalam kesusahan. Ya Allah!

Ayla mulai sesak nafas. Mata dia semakin melebar. Tak lama itu, tangan kanan laju menampar pipi sendiri. Takut trauma dia datang menyerang mental lagi. Sedar Ayla, Sedar!

Pernafasan berjaya dikawal. Ayla menarik satu nafas dan hembus sekali. Ayla menatap tajam ke arah bayang-bayang lelaki disangkakan miang itu.

Aku tak akan biarkan lelaki tak guna itu pijak maruah aku macam itu je! Aku tak akan biarkan dia fikir perempuan ini lemah di mata lelaki seperti dia!




-akan bersambung-

Maaf, patah perkataan terlalu pendek TT

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now